#SayangRaya : Raya Bersederhana Part 1

4:35:00 PM

Salam Syawal buat semua.

Dah 9 Syawal baru nak update cerita raya. Tak lagi bagi IQ sebab IQ masih dalam mood raya. hihi. Ok, IQ nak cerita secara simple2 je pasal raya IQ, seperti mana yang IQ cakap, tahun ni raya secara bersederhana setelah pemergian Arwah Ummi dan Arwah Suami IQ tahun lepas. Maka, tahun ni balik raya pun tumpang naik kereta adik. Tak kuasa IQ nak drive jauh2 padahal kereta adik ada kosong. hihi.

IQ balik kampung hari Sabtu. Tapi lambat bertolak. Tengok Google Maps, tol Gombak da jem teruk. So, plan ikut Kuala Klawang, N9 sebab nak singgah Temerloh tengok kakak IQ yang admit wad sehari sebab baby dalam perut tak aktif. Nasib baik boleh keluar sehari sebelum raya, kalau tak beraya la kakak IQ di wad sambil tersedu sedan. 

Raya Pertama.

Kitaorang sampai Terengganu malam. Bermalam di Sea View Resort, Pantai Teluk Lipat, Dungun. Esoknya awal pagi gerak ke rumah abah IQ. Selalunya rutin raya kalau balik Dungun ni akan ke rumah tok IQ dulu, tapi tahun ni IQ dan adik beradik decide nak pergi rumah abah IQ dulu. So, sesi bergambar dengan keluarga besar tak ada sebab kami sekeluarga singgah beraya rumah tok dah nak masuk tenghari. Lewat setengah jam, masing2 dah bawa haluan masing2.


Tahun ni keluarga besar setting baju raya warna dark brown. Tapi macam biasa la, IQ malas nak ikut sangat. Lebih-lebih lagi tak sempat nak ambik gambar sekali. 
#sayangraya : Raya Bersederhana Part 1
Gambar je la ada, IQ dan keluarga IQ tak ada dalam gambar kali ni
Hari raya pertama pergi beraya rumah tok, rumah moyang sebelah mama IQ. Lepas tu IQ sempat pergi beraya rumah family kawan baik IQ. Then pergi photoshoot dengan tempat wajib di Pantai Sura. Sape tahu pun boleh agak dekat mana. hehe.





Raya Kedua.

Disebabkan raya pertama tak sempat jumpa sanak saudara, raya kedua kenalah singgah rumah dorang. Setiap rumah sempat kami singgah di Dungun, kalau ada yang tak sempat, kirim salam kejauhan sahaja. Balik dah ler setahun sekali, jumpa sedara mara pun setahun sekali. huhu. 

Dari Dungun sampai ke Kuantan Pahang berayanya. Sempat singgah rumah tokmi dan rumah mak long di Kuantan. Lepas tu dah tak larat dah. Bila da penat mula la tanduk naik. grrrr....dah2...rest duluan, sambung beraya esoknya pula



haaa...nanti la IQ sambung balik...tunggu...PART 2

You Might Also Like

18 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Beraya sakan tu IQ. Nti singgah bera lak yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beraya dengan saudara mara sahaja, bertanya kabar. InsyaAllah akan ke sana nanti =)

      Delete
  2. Syoknyaaa! Meriah betul rayanya. Selamat hari raya ya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, Alhamdulillah, biasa2 je, selamat hari raya!

      Delete
  3. Wah tema coklat, sama lah saya tahun ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, tema coklat tahun ni, tu la, nampak macam ramai tema coklat tahun ni. =)

      Delete
  4. meriah dgn colorfull raya, suka la qaid dpt jumpa sepupu sepapat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kan? seronok sangat. budak2 ni kalau ada kawan lagi la

      Delete
  5. Seronoknya beraya...
    Qaid handsome bersongkok...
    Take care....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, beraya macam2 tu je...hihi...henseng macam arwah ayah dia..
      =)

      Delete
  6. Pandai si kecik tu bergambar raya ye...gebussss betul dia comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tu pun jenuh suruh pandang kamera, dah besar nanti xtau la macam mana plak...heee

      Delete
  7. Wahhh meriah sambutan Hari Raya Izyan..
    No wonder masih mood raya.
    Mood raya akak hanya akan on bila hujung minggu, hari bekerja terpaksa off sat, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambut simple2 je kak, berziarah tu penting..

      hihi, smbung hujung minggu ni plak yer. =)

      Delete
  8. Replies
    1. simple2 je raya ni. tak beli dkat butik pun. XD

      Delete
  9. Comelnya si kecik tu....hihi...selamat hari raya iq dan anak=)

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers