Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!

10:53:00 AM

Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Semalam ofismate IQ ni tetiba cakap, "teringin nak makan makanan korea" Agaknya dah jemu menjamu ketupat rendang lemang semua, dia meluahkan rasa nak makan makanan korea. So, tiba je waktu lunch pada jam 12 tengahari, tup tup ofismate IQ pun cakap, "Jom! Grab Car dah sampai!" IQ tanya, "kita makan mana hari ni?" Pantas ofismate IQ jawab, "Sunway Putra Mall" IQ pun ber UUUUUU..haha! Mengekor la IQ masuk Grab Car ke Sunway Putra Mall. Tambang Grab Car ke Sunway Putra Mall dalam RM9 satu hala dari Solaris Mont Kiara.

Sampai Sunway Putra Mall, IQ terfikir, nak makan dekat kedai makan korea sebelum ni ke sebab ada la kitaorang pergi makan makanan Korea juga sebelum ni, tapi rasa dia so-so je. Rupa-rupanya kali ni, kawan IQ memilih restoren DubuYo sebagai tempat lunch kami. First time IQ makan di DubuYo ni. Kalau ofismate IQ tu dah berkali-kali dah sebab dia peminat makanan Korea. Tanya je menu apa dekat dia, dengan senangnya dia akan terangkan. IQ ni bukanlah seorang yang berani nak try makanan berlainan negara ni. Kalau tak ada yang mengajak, IQ tak akan mencuba dengan sendirinya.

IQ dapat info terbaru dari ofismate IQ ni, nama DubuYo ni dahulunya dikenali sebagai Dubu-Dubu. Nama Dubu-Dubu digunakan semasa permulaan DubuYo dibuka di Malaysia. Namun, telah ditukar nama kepada Dubuyo selepas satu ketika. Sebabnya IQ tak pasti. Berbalik kepada lunch kami tadi, kitaorang sampai di Level 3 @ 4, (IQ pun lupa. Maaf yer.) dan terus IQ tanya ofismate IQ, kita makan dekat DubuYo ke? Dia pun jawab, Haaaa...betul! Ok, macam menarik je ni. hihi.

Sampai-sampai terus cari tempat duduk. Kitaorang pilih untuk duduk di luar restoren. Lebih terbuka dengan suasana mall. Kerusi dan meja pun banyak untuk memuatkan 50 orang dalam satu satu masa. 
Kitaorang duduk je terus diberikan menu. Ada menu baru sempena raya pun ada. IQ macam blank. Tak tahu nak makan apa sebab tak tahu mana yang sedap dan kena dengan tekak ni. Tau tau je la menu yang bukan menu Melayu ni  kadang susah nak telan. Fuhhh...berpeluh nak pilih menu. Perut dah lapar dah ni.
Ada menu khas untuk daily deals dan ada juga menu set untuk makan beberapa orang. Kalau nak jimat dan nak rasa variety, better ambik menu daily deals. Setiap orang ambil menu berbeza, boleh rasa makanan berlainan rasa dan jenis. Kalau nak ambil set pun boleh rasa yang pelbagai tapi harga lebih sikit la. Jumlah makanan pun lebih berbanding menu lunch. 
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Menu set. Ada set untuk dua orang dan juga set untuk 3-4 orang. 
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Ni menu Daily Deals. Lebih jimat sebab siap air semua. Kalau beli lebih dari 4 set, boleh dapat menu free macam dalam list tepi tu. Menarik kan?
Kalau makan makanan yang bukan dari negara kita mesti kita ragu-ragu kan dengan status halalnya? Jangan risau, DubuYo ni antara restoren makanan Korea yang mempunyai lesen Halal. Boleh makan dengan senang hati. IQ pun dah mula fikir nak bawak Qa'id untuk makan dekat sini. Ada menu yang tak pedas, boleh budak kecik tu makan. Heee..
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Sementara tunggu makan sampai, snap la gambar kejap. Kami bertiga. Selalunya berempat, sorang lagi kena pergi pejabat lain. So, tak ada sorang.
IQ memang suka kalau air yang sampai dulu. Ada sesetengah tempat, makanan sampai dulu. Kalau dah start makan dulu, mula la tercekik. Kalau tak ada air mula la tahan air mata tercekik sorang-sorang. Haha! IQ order air Peach Tea. Sedap tau! Rasa seteguk, nak seteguk lagi. Harap tak teguk sampai habis jer.
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Peach Tea.
Kawan IQ ada order Kimbap sebagai menu tambahan. Pada mulanya, IQ macam tak nak cuba makan Kimbap ni, sebab IQ tak makan sushi. Tapi bila kawan IQ cakap yang Kimbap tak sama dengan Sushi. Kimbap ni bahan-bahannya dimasak, berbeza dengan Sushi yang ada bahannya mentah. So, IQ try la satu kimbap ni. Ok, rasanya boleh tahan. Kalau perut kosong, ok la nak makan kimbap ni. Tapi kalau dah penuh, rasa lain macam. Kenapa? Cuba makan nanti. Lain rasanya kalau perut dah penuh tapi still nak sumbat makanan. haha!
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Meat Kimbap.
Dan makanan first sampai adalah makanan IQ. IQ order Korean Gogi Set iaitu Kimchi Gogi Chicken. Rasanya sedap! Manis manis macam tu. Ada la pedas sikit, tapi tak ada la sampai kena ulang minum air macam tu. Ok la. Setiap menu diberikan side dish macam dekat bawah ni. Ada sayur taugeh, Kimchi dan juga Fishcake yang dihiris halus. Dan juga sup telur + tauhu. Side dish ni boleh ditambah jika dah habis. Boleh direquest dekat pelayan restoren yer. 
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Kimchi Gogi Chicken.
Sorang ofismate IQ ni suka makan sup-sup. So, dia memilih Soondubu Jigae Chicken Set sebagai lunch dia semalam. IQ ada try supnya. Serius sedap! Kalau combine dengan side dish pun lagi meletup-letup rasanya. Korang kena try rasa makan jugak, baru terasa kelainan dengan makanan yang biasa kita makan.
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Soondubu Jigae
Sorang lagi ofismate ni plak pilih Spicy Chi-Jue Dak sebagai lunch dia. Dia ni la yang suka sangat makan makanan Korea. So, menu dia kali ni lain daripada menu kitaorang. Menu kitaorang menu yang da lama di DubuYo ni. Dia pilih menu baru DubuYo. Ok la rasanya. Cuma disebabkan ada cheese tu, rasa makanan Korea dia macam hilang. Kalau nak makan makanan Korea ni, avoid menu yang ada cheese untuk rasa makanan Korea yang asli. 
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Spicy Chi-Jue Dak
Makanan dah sampai, apa lagi. Makan laa..Memang tak pandang kiri kanan dah. Sebab dah lapar. Pilihan makanan kali ni semua ada nasi dan nasinya sangat unik dan sedap kalau dimakan begitu sahaja. Cenggitu haa..hihi..
Lunch Di DubuYo Sunway Putra Mall Sedap!
Kemahen makan tak pandang kiri kanan dah. 
Setel makan lunch. Ofismate ada bungkus kimbap satu set. Wahh..best sangat la tu. Makanan dia ok la, tak mengecewakan. Pernah kitaorang makan makanan Korea dekat satu tempat ni, mall yang sama tapi dekat area Food Street. Rasa makanan Korea dekat situ so-so jer. Untuk DubuYo ni best! IQ bagi 4 bintang dari 5 bintang. hihi.

Kepada sesiapa yang nak rasa makan makanan DubuYo ni, jangan risau. DubuYo ni banyak cawangan. Boleh google dan lihat. IQ malas nak google dan letak kat sini. *sebenarnya dah google tapi tak jumpa sebab malas nak cari lebih-lebih. hehe. Ok la. till then, bai!

You Might Also Like

30 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. tak pernah makan korean cuisine...nak try makan di sinilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la, orang kata first try mungkin rasa tak best, kena banyak kali try baru rasa kesedapannya

      Delete
  2. Cam bestttt je nii. Kat sini tak banyak sangat tempat makan camni. Kena g sana la baru dapat merasa.hee

    Eh,lama tak blogwalking.baru perasan header baru,template baru. Wahhhh. Cantikkkk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, reen kena naik kL la nanti, kalau naik kL roger2 la, boleh makan sama2 ke..hehe..

      hehe..terima kasih. simple2 je buat..

      Delete
  3. Lama tak makan dekat Dubuyo SPM sebab tersuka dgn seoul garden punya menu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seoul garden pun IQ tak pernah try, even orang lain da berjuta kali dah try, IQ je belum lagi

      Delete
  4. Bestnya. Sy tak pernah lagi makan kat dubuyo.. Nanti nak try gak la

    ReplyDelete
  5. dekat eh opis IQ dgn sunway putra mall, akk selalu gi sini ari jumaat..sebab lunch hour lama sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada la dekat mana,ofis IQ dekat solaris mont kiara. dalam 5-10km ke Sunway putra ni. HKL dekat la kan dengan SPM ni kan kak?

      Delete
  6. gadis K-pop ada kat sana tak? khi khi khi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadis K-pop kena datang area pejabat IQ ni uncle. sini bersepah minah dan mamat k_pop..hehe

      Delete
  7. makin ramai pulak kedai makan ala ala korean food ni . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, IQ pun perasan, makin banyak kedai makan korea ni dekat Malaysia.

      Delete
  8. Saya dah dua kali lalu kat situ. Tujuannya shopping for nothing. Tapi tak terlintas hati nak rasa makanan tu. Tak tau bila agaknya nak ke situ lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke, mungkin adam boleh try dengan seseorang nanti

      Delete
  9. selalu juga lalu depan kedai ni, tapi tak pernah berpeluang nak masuk makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kelapangan dan nak try suatu yang berlainan, boleh try di DubuYo ni,

      Delete
  10. Xyah go Korea. Kat Malaysia pun byk makanan Korea dah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, betul tu, rasa makanan korea dekat malaysia da lain sket, ikut tekak malaysia

      Delete
  11. Set makanan semua menarik ..

    ReplyDelete
  12. sedap.. antara kedai yang CT suka.. okayla lepas rindu kat Korea skali skala..

    ps : CT da follow sini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...wahhh, peminat makanan korea jugak la ni.

      terima kasih CT, nanti IQ follow balik

      Delete
  13. yoooo sedap sangat tuu...kita kat sini terliur sama dah...nak cuba meat kimbap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tau husna. IQ pun ingat nk repeat. heeee

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers