Seperti yang IQ janji, IQ nak cerita sedikit sebanyak pasal Kayap yang dihidapi anak IQ, Qa'id. IQ terpaksa buat dua part untuk elakkan entry tak terlalu panjang. IQ nak cerita di sini untuk rujukan semua dan juga untuk pengajaran semua, agar tak tersilap mentafsir tentang kayap ni.
Bintik Merah Muncul Tepi Mata
Qa'id ni memang ada masalah kulit iaitu Eczema dari dia berusia beberapa bulan lagi. Eczema dia memang on off sepanjang masa. Kejap je elok, lepas tu jadi balik. Lepas beberapa hari, akan naik balik. Masa raya hari tu, IQ try sapukan krim pelembap Cetaphil pada pipi dia. Nampak berkesan. Tapi satu bintik merah muncul tepi mata belah kiri dia. Try letak Cetaphil, tapi tak jalan jugak. Try letak Mopiko kot2 kena gigit serangga berbisa macam semut api. Tapi tetap tak jalan.
![]() |
Bintik merah pertama muncul di sebelah mata. |
Tetiba juga muncul bintik yang sama di bahagian perut. Kali ni dua biji dan agak besar. Still try sapu Cetaphil. Masih berfikir Eczema dia mungkin merebak ke bahagian perut. IQ memang jaga makan Qa'id tapi kadang-kadang terlepas pandang kalau terbagi jajan yang ada kandungan yang tak sesuai dengan Qa'id. Keadaan Qa'id bertambah teruk bila terbagi lauk sayur yang ada rencah udang kering sebab Qa'id tak boleh makan seafood. Alah dengan seafood dan juga ayam. Balik KL lepas raya ke-8 dengan keadaan Qa'id yang makin menggaru badan.
Keadaan dia makin teruk. Kerap menggaru. Bahagian perut makin merebak. Daripada dua biji di perut, naik beberapa biji lagi. Dekat pergelangan tangan ada satu bijik. Pandangan IQ masa tu efek makan sayur rencah udang kering hari tu. Tapi ianya tak berhenti di situ sahaja....
Bertambah Teruk Selepas Dua Minggu
Orang kata kayap ni akan naik teruk lepas dua minggu. Yer, memang lepas dua minggu Kayap mengganas. Kalau ikutkan, Qa'id just ada 4-5 biji sahaja, tapi ada satu malam IQ tersalah letak krim Steroid, sebab IQ ingatkan Eczema pada awalnya. IQ pernah dinasihati letak Steroid pada Eczema yang telah merah untuk hilangkan radangnya. So, IQ letak la Steroid pada perutnya yang konon kena Eczema tu.
![]() |
Naik teruk lepas sapu Steroid |
Keesokan harinya, NAH! Makin bertambah2 bijik yang naik. Dah mula tak senang duduk, kenapa makin teruk, patutnya makin elok. Try tanya mak sedara dan kawan. Ada yang kata Eczema, ada jugak cakap kesan ulat tilam. IQ try letak Cetaphil balik untuk hilangkan rasa gatal pada perut Qa'id.
Ingatkan Eczema, Rupa-rupanya KAYAP
![]() |
Pergi klinik |
IQ bawa Qa'id ke klinik. Klinik Pakar Kanak-Kanak yang IQ selalu bawak Qa'id tak buka plak, walaupun tengok kadnya sepatutnya buka. Pergi klinik kedua yang menjadi pilihan IQ. Jumpa Dr Cassidy di Poliklinik Suhaimi, Wangsamaju. IQ ceritakan dari awal dan akhir, IQ cakap Qa'id ada Eczema, tapi bila doktor cakap Qa'id bukan kena Eczema tapi sebenarnya Qa'id kena Kayap. Terkejut IQ dibuatnya. Tak terlintas dalam kepala IQ yang Qa'id kena kayap.
Doktor ada cakap, kayap ni terhasil daripada virus yang sama daripada virus Chicken Pox. Terus IQ teringat masa Qa'id kena chicken pox hari tu, bintik2 chicken pox nya tak keluar banyak. So, pada hemat IQ, mungkin ni kesannya juga. Kayap akan terjadi apabila virus di dalam saraf tak dimatikan sepenuhnya, dan muncul kembali selagi masih berapa dalam saraf badan. Steroid yang IQ sapu sebelumnya itu hanya membuatkan Kayap beranak pinak. Sebab itu Kayap Qa'id muncul banyak lepas IQ sapu Steroid. Huhu.
Penyakit Kayap disebabkan oleh virus Varicella-zoster – virus yang sama yang menyebabkan cacar air (chickenpox). Sesiapa yang mempunyai cacar air (chickenpox) boleh mengalami penyakit kayap - Sumber
Doktor ada juga cakap, kayap seperti ni jarang terkena pada kanak-kanak kecil seperti Qa'id. Walaupun doktor agak ragu2, namun dengan keadaan kayap di badan Qa'id, doktor mengatakan 95% berkata ianya adalah kayap kerana kayap sering terjadi di sebelah bahagian badan. Seperti yang dialami oleh Qa'id.
Disebabkan klinik tu tak ada bekalan ubat kayap untuk kanak-kanak, IQ terpaksa cari sendiri. Dulu masa Qa'id kena chicken pox, Qa'id dapat ubat tu tapi dari klinik pakar kanak-kanak. Disebabkan klinik pakar tu tutup, terpaksa cari sendiri. Dua buah farmasi tak ada ubat Antiviral dalam bentuk syrup. Salah satunya ada ubat Antiviral berbentuk Tablet. IQ just accept untuk bagi ubat pada Qa'id secepat mungkin.
![]() |
Lepas makan ubat Antiviral, makin kering kayapnya. |
Kesan ubat antiviral ambil masa 2-3 hari juga. Alhamdulillah....keadaan Qa'id makin pulih. Kayapnya makin kering. Tapi...dalam tempoh pemulihan dia, sangat buatkan ibu dia lemah dan sedih. Setiap malam Qa'id akan menggaru dan meraung disebabkan kayap ini bersifat gatal dan panas. Memang setiap jam Qa'id akan menangis dan menggaru. Walaupun dah makan ubat tahan gatal, masih tak mampu nak lawan rasa bisa dan panas kayapnya.
Bersambung...
16 Comments
comel pulak tu pki skaf..
ReplyDeletekesian si kecik kena kayap..mesti gatal, teruk jugak nmpknya
hehe, masa raya hari tu...
Deletegatal sangat kak zie, mmg agak teruk. huhu
Alaaa, kesian Qa'id, sedih tengok perut Qa'id...bagus juga IQ share cerita Qa'id, manatau ada ibu2 lain ada masalah mcm ni kan..nnt jgn lupa share nama ubat yang Qa'id guna tu ....
ReplyDeletesekarang tinggal parut hitam, yang atas tu dah berkudis, tapi tak kering sepenuhnya lagi. aah..untuk info ibu2 yang lain jika perkara ni berlaku. entry terbaru da up. boleh mrs pip baca di sana
Deletekesiannye.. Alhamdulillah dah makin pulihh
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteKesiannya awak dik...semoga cepat sembuh yer...
ReplyDeleteterima kasih nini!
Deletemacam tu yea rupa kayap..masa saya sekolah rendah dulu, family saya ramai kena kudis buta..ambil masa lama jugaklah untuk sembuh..apapun, semoga Qaid cepat sembuh yea..
ReplyDeletekakak pun cakap macam kudis buta, tapi dua org doktor yang IQ jumpa dua2 cakap kayap. jenis pastiles, macam chicken pox. terima kasih radhia!
DeleteAlaaaa siannya, moga cepat sembuh yer.
ReplyDeleteterima kasih kak mas!
Deletekesiannya Qa'id. semoga cepat sembuh. kayap ni biasa jadi kat orang dewasa. first time untuk semua orang, jangkitan Varicella Zoster akan menyebabkan chicken pox. Kayap terjadi pada yg pernah kena chicken pox sahaja, yang sistem imun lemah, menyebabkan mudah terkena jangkitan virus ni.
ReplyDeleteJangan risau mama. Any jangkitan virus ada period sendiri, samada kejap atau lama, depends on immune system masing2. Budak2 ambik masa skit la, sebab 'tentera' dalam badan pun budak lagi.
Qa'id budak kuat tu. mesti cepat sembuh. :)
yup! betul tu.memang tak salah lagi. itu la yang IQ maksudkan. Qa'id memang mudah berjangkit sebab imun badan masih tengah nak membina. Alhamdulillah, setelah 3 minggu kena, akhirnya Qa'id pulih sepenuhnya.
Deletesabar sayang oooi.. mesti pedih gatai semua ada. sabar yaaa..
ReplyDeletehuhu, tula , pedih gatal semua ada, kesian tengok dia
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)