Hai Hai! Selamat Hari Raya!

1:48:00 PM

Salam 9 Syawal semua!

What?? Dah 9 Syawal dah?? 1 Syawal pun tak muncul2 dekat blog. Maaf la korang, raya ni sama-sama la offkan media sosial buat sementara. Eceh, padahal IG dengan FB hidup je. Entah hape hape IQ ni.

IQ baru balik dari Melaka semalam. Hari ni baru masuk kerja. Heaven benau cuti raya lama-lama. Lepas tu menangis la bucu katil bila cuti tahunan cuma tinggal 1 hari je. huhu. Tak apa la, lepas ni kalau apa-apa hal kena unpaid leave je la. Demi anak. Kalau diri sendiri demam, pergi aje kerja. Boss tengok kesungguhan datang kerja biarpun sakit, walhal cuti dah habis boss!! haha! MC plak susah nak dapat kan? So, bertabahlah. 

Seminggu lebih IQ tak update blog. Rindu usah cakap ler. Patutnya bawak balik laptop kerja masa balik ke Melaka tapi terlupa pulak. Adehai. Baru nak join last segmen Lazada pun terlepas, tak ada rezeki mungkin. Tambahan plak penghujung cuti raya ni pun IQ tetiba demam. Tu la! Malas sangat minum air putih, asyik minum air manis je. Dah senang kena sakit, cuaca dah ler tak menentu. Lembik IQ dibuatnya. Mak mertua tengok IQ dah lembik, terus kena bawak pergi klinik. 

Tapi pelik betul doktor tu tak cek BP IQ, padahal kepala IQ dah ting tong sangat masa tu. Macam nak tumbang, risau tekanan darah naik. Suruh tarik nafas dua tiga kali terus setel. Aik? Doc tengok IQ ni main2 je nak demam? Lepas tu dia cakap dia bagi MC, ater...ingat IQ nak MC sangat ke? Cakap nak bagi MC tapi last2 tak bagi pun. Kalau betul nak bagi, boleh la IQ cuti lama lagi. haha! tapi IQ tak ada niat pun nak cuti. Nak suruh doc cek BP je, tapi harem dia nak cek. grrr...Mujur la ubat yang doc bagi berkesan. Hilang sakit kepala, demam, sakit sendi badan sekelip mata. 

Sekarang ni demam IQ dah berjangkit dekat Qa'id. Sekarang Qa'id tengah demam. Dari tengahari semalam, lepas bangun tidur terus badan dia dedar. Lepas tu makin panas, sebelum bertolak balik KL semalam singgah klinik. Sebab bekalan ubat demam dah habis. Pagi tadi pun masih demam, harap IQ balik nanti, Qa'id beransur pulih. Mujur Mak Lang dia tak kerja, boleh tengokkan dia. huhu..

Cerita raya bila nak up? Tahun ni raya sederhana je. Niat cuma nak ziarah kaum keluarga dan sahabat handai sahaja. Tak ada nak raya sakan beriya. Ingat yang telah pergi buat selamanya. Baru raya kita lebih bermakna.
Hai Hai! Selamat Hari Raya!
Korang mesti tahu kan apa persamaan 4 gambar ni?
Macam mana plak raya korang? Mesti seronok habis kan? =)

***siapa perasan something dekat blog IQ ni? Kalau perasan, jawab dekat komen. hehehe

You Might Also Like

9 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. selamat hari raya qis..
    amboi tamplate bawu nampk, dah hangdate hahha..good2 much better..lg tersusun

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya kak suzie! template memang baru dah. tapi ada lagi baru. hehe...terima kasih kak

      Delete
  2. Selamat Hari Raya IQ, Maaf Zahir Batin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. Maaf zahir batin. 😀

      Delete
  3. get well soon qa'id. Nadia pun demam siap tonsil bengkak lagi tapi alhamdulillah dah ok.

    semua gambar tu kenyit mata hehe

    slmt berkerja kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu aunty nadia! Qa'id dah pulih dari demam dah hari ni, Alhamdulillah. Penangan raya semuanya yer.

      aah, betul! tapi satu lagi tu ialah semua gambar qaid minum susu! hehe

      selamat bekerja kembali juga nadia. =)

      Delete
  4. Semua berbotol susu
    Betoi dak..haha

    ReplyDelete
  5. Semoga Izyan & anak sentiasa diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers