Kawan Arwah Bertanya Khabar.

5:10:00 PM

Salam semua.

Dah petang2 buta baru nak menaip. Kadar kesibukan di pejabat makin lama makin tak boleh dijangka. Sampai2 pejabat sekarang dah ada kerja tersedia atas meja. Sebelum ni licin aje meja ni tanpa kertas asing dari orang lain. Dan pagi tadi, sebelum sampai pejabat, boss kecik dah whatsapp awal pasal kerja tu. fehhh...

Sebelum lunch tadi, ada kawan Arwah tiba2 whatsapp bertanya khabar IQ dan anak. Memang IQ ada kenal sebahagian kawan Arwah sebab pernah berjumpa dan berkenalan sebelum dan selepas kahwin. Hajat mereka semua nak berjumpa dengan IQ setelah hampir 9 bulan pemergian Arwah, dari saat tu kami tak berkesempatan nak jumpa face to face.

Plan mereka nak berbuka puasa sekali nanti. Teringat IQ pada plan berbuka puasa dengan mereka tahun lepas yang tak menjadi. Tak tahu kenapa, plan tahun lepas tak menjadi sedangkan tahun-tahun sebelum tu dah dua kali plan ok jer. Mungkin tak ada rezeki Arwah nak jumpa kawan-kawannya sampai la raya tiba pun tak berkesempatan nak berjumpa. Arwah pun meninggal sebulan++ selepas raya puasa. Memang tak sempat nak berjumpa langsung.

Kenangan bersama kawan2 Arwah buatkan IQ sebak seketika. Sebab IQ suka tengok gelagat Arwah bersama rakan-rakannya semasa hayatnya ada. Dia antara yang paling kecoh bila dengan rakan-rakan rapatnya itu. Bukan seperti kenalan biasa yang kenal dia yang mungkin bagi mereka agak pendiam. Siapa kenal Arwah, Arwah ni suka berjenaka. Pandai tambat hati orang sekeliling dia. Tu sebab ramai orang suka berkawan dengan dia. Tak macam IQ ni. huhu.

Malam tadi IQ mimpi Arwah. Mimpi dia, sebab nak cakap dengan dia yang IQ rindu sangat nak jumpa dia. Rindu yang tak terucap. Nampak sekilas sahaja. Dan dia pergi jauh lagi dari IQ.

Al-Fatihah abang sayang.
Sayang rindu abang.

You Might Also Like

10 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Al-Fatihah buat arwah suami IQ.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
    Semoga sentiasa dikurniakan kesabaran dan ketabahan olehNYA.

    ReplyDelete
  2. semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman amin

    ReplyDelete
  3. Al fatihah.
    Sedih baca entry ni, sebak :(

    ReplyDelete
  4. Be strong IQ.
    Alfatihah untuk arwah suami IQ.

    ReplyDelete
  5. keep strong banykkan berdoa utk arwah..sedih baca..
    alfatihah #lovewithhug

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah..beruntung masih ada yang ingat

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers