Cantik!!! Tudung Hello Kitty & Viral Nama PicArts Daripada Qratu Scarves

4:56:00 PM

sumber Qratu Scarves

CANTIK!! TUDUNG HELLO KITTY BUAT PEMINAT HELLO KITTY!

Salam Semua!!

Ada sesiapa dekat sini peminat Hello Kitty? Atau kenal sesiapa yang peminat tegar Hello Kitty? Haaa, meh rapat-rapat meh....IQ nak tunjuk benda best dekat korang yang suka dengan Hello Kitty ni sebab QRatu Scarves ada buat tudung istimewa untuk korang yang minat betul dengan Hello Kitty ni tau!

sumber Qratu Scarves

QRatu Scarves mula bertapak sejak November 2016 dan kini telah melebarkan sayapnya dengan menghasilkan tudung yang menggunakan pelbagai material yang cantik dan mudah terbentuk. Bermula dengan menjual shawl bercorak printed flower, kini Qratu Scarves telah mula menghasilkan tudung Hello Kitty kerana minat yang mendalam founder QRatu Scarves terhadap kartun Hello Kitty sejak dari kecil lagi.

sumber Qratu Scarves


Terdapat pelbagai design Hello Kitty yang menarik boleh dipilih mengikut kesukaan pelanggan. Warna shawl juga boleh dipilih mengikut warna shawl yang disediakan oleh pihak QRatu Scarves.

Jenis-jenis tudung yang boleh dipilih termasuklah shawl heavy chiffon, shawl bubble, bawal satin dan juga bawal cotton. Pelanggan boleh memilih jenis tudung, warna dan corak mengikut kehendak pelanggan itu sendiri.

Tudung Hello Kitty pelbagai design ini hanya berharga RM30 sehelai dan akan lebih jimat jika pembelian lebih daripada 3 helai! Harga tanpa kos penghantaran dan boleh dibeli secara borong.


sumber Qratu Scarves
QRatu Scarves juga menerima tempahan bagi mereka yang berminat untuk mengabadikan design yang mereka sukai. Sebagai contoh animasi Naruto, Garfield, Doraemon dan sebagainya.

sumber Qratu Scarves
sumber Qratu Scarves
Sempena lebaran yang bakal tiba, QRatu Scarves telah mengeluarkan satu design eksklusif yang khas dibuat daripada material satin dan juga eksklusif lace. Design eksklusif juga terdiri daripada corak dan pattern terbaru iaitu Hello Kitty Malaysia (KLLCC) dan juga Hello Kitty at London Bridge. Design eksklusif ini berharga RM79 sahaja berserta kotak khas!

sumber Qratu Scarves
Baru-baru ini juga viral edit nama menggunakan Apps PicArt bukan? QRatu Scarves juga mengambil tempahan kepada sesiapa yang mahu mengabadikan nama masing-masing pada tudung mereka. Dengan idea kreatif, QRatu Scarves boleh mengeluarkan tudung kesayangan masing-masing yang mempunyai nama sendiri secara eksklusif.


sumber Qratu Scarves

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli tudung-tudung yang cantik ini, boleh singgah ke Instagram dan Facebook beralamat di bawah.

QRATU SCARVES

Instagram: @qratuscarves (https://www.instagram.com/qratuscarves)
Facebook: QRatu Scarves (https://www.facebook.com/qratuscarves) 

6 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. hahaha comelnya! kalau elsa gilakan hello kitty dah lama dah beli nieyh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, alaaa, elsa tak minat hello kitty ke?

      Delete
  2. Nampak menarik pula, comel ja Hello Kitty.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sangat comel, tak tipu kak sue =)

      Delete

Komen Komen Sikit XD