The Power of Sadaqah

9:36:00 AM

Salam hari jumaat.

Bila tibanya hari jumaat mesti rasa insaf. Mesti nak pakai jubah atau baju kurung, tanda hormat penghulu segala hari ni. Secara tak langsung, kelakuan pun akan automatik sopan sikit hari jumaat ni..hehe...moga terus istiqamah lah yer IQ..InsyaAllah..

owh...sebenarnya IQ nak cerita the power of sadaqah. Yup! Sedekah. Korang tahu tak betapa powernya sedekah tu? Bagi IQ sendiri, tiap kali IQ bersedekah, ada rezeki lain akan masuk. TIAP KALI! betul la orang cakap, nak kaya ni perlu bersedekah, bukan kedekut. 

IQ pernah baca entry pasal nak gi travel buat tabung pelampung bla bla bla. Dalam isi tips2 menabung tu sendiri ada point yang berkait dengan sedekah ni. Nak rezeki tu nak masuk senang, bersedekahlah. Bersedekah juga terutama kepada ahli keluarga, adik beradik dan sesama Islam. Tak rugi untuk kita dan bermanfaat buat semua, dalam rezeki kita kan ada rezeki orang lain. so, rajin-rajinlah bersedekah.

IQ tak tunjuk yang IQ ni selalu bersedekah, tapi IQ akan hulur sebanyak mana yang IQ mampu kepada yang memerlukan. Dulu Arwah suami IQ pun rajin bersedekah, rajin menghulur..Arwah Ummi IQ pun selalu menghulur terutama untuk anak anak kecil...katanya anak kecil pembawa rezeki...Alhamdulillah....itu bahagian Arwah...dan saham dia di sana...InsyaAllah..Amiin..

Ok la. Till then, dan jangan lupa bersedekah yer, terutama yang ke masjid untuk sembahyang jumaat tu...

***terasa entry kali ni berilmiah sangat...

Ed nak pergi solat jumaat ibu, tapi terlekat dekat sini plak, macam mana ni ibu?
haa...duk diam situ la...tunggu besar sikit baru pergi solat jumaat.

You Might Also Like

4 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Semakin kita rajin menghulur sedekah semakin luas rezeki Allah berikan pada kita.

    Ed.. ni kan suka masuk tempat selit-selit kan..Ala auntie tahu. Kan dah tersepit:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...semakin luas rezeki kita, insyaAllah

      haha, tu la dia kak, suka sangat selit, macam selim sangat badannya nak selit tempat macam tu

      Delete
  2. Betul tu. Sedekah ni power sangat.

    Qaid qaid.camne leh terselit kat situuu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terselit sebab gatai nak masuk situ, hehehe

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers