Kenduri & Jalan Jalan Johor

11:51:00 AM

Salam monday blues semua,

Nak mula hari pertama dalam setiap minggu memang lemaunye Allah je la tahu, lebih2 lagi kalau baru balik daripada pergi bercuti atau berjalan-jalan...IQ sendiri baru balik dari JB semalam, sampai KL awal, dalam pukul 6 petang tapi penatnye perghh.....macam nak demam malam tadi...mujur ada makan RichGlow Sunnah Supplement, rasa segar bila dah bangun pagi...hehhehe..terpromote plak...IQ bukan agen yer, IQ consumer je, nak tahu lebih lanjut, boleh komen dekat bawah...heeee

So, hujung minggu lepas IQ ke Johor, memenuhi jemputan perkahwinan kawan satu kelab naik gunung dulu...Nasir & Alyanis, Alyanis pun geng kitaorang jugak cuma junior...haha, standard la kan? Senior kahwin dengan junior, ushar ushar sket...mana yang boleh ditry, try aje, mana tahu kan jodoh? dan diaorang antara salah satu pasangan dalam kelab kitaorang, ramai lagi sebenarnya yang dah kahwin senior junior ni...yang dah ada anak pun ada...heeee...

Bertolak pagi Sabtu dan sampai di Skudai, Johor pukul 2.00++ petang, pergi kenduri lewat sket....lebih kurang dah habis kemuncak majlis la baru kitaorang sampai...makan makan...si Qaíd plak tak nak makan nasi, nak makan kuih je, ambik gambar sana sini sket dengan pengantin, lepas tu balik....tunggu kejap la sebab lepak dengan kawan2 geng kelab, tanya kabar ape semua, lama kan tak jumpa...huhu..terserempak dengan sepupu belah IQ sendiri dekat majlis kawan, lupa yang sepupu kahwin dengan kawan satu belajar kepada pengantin...haha! kecik betul dunia..


Geng veteren SRC UTM
Sepupu IQ, kami orang dungun ganuu..heeee
Lepas pergi majlis, IQ berhajat nak masuk UTM kejap, rumah pengantin area Skudai jugak, so, request nak jenguk UTM, sebab first time nak bawak Qaíd masuk UTM ni...rindu baq hang! Lalu depan kolej dan fakulti, memang serius rindu nak belajar balik! Banyak perubahan dah, terutama kawasan pembinaan bangunan fakulti baru semua dah banyak pokok...haha, sejuk sangat tengok keadaan kawasan UTM, penuh pokok....ditambah plak tak der student...student tengah cuti sem...makin lengang dan sunyi la UTM jawabnya..

Singgah Tasik Ilmu UTM, lepas tu biarkan Qaíd berlari-lari...seronok betul dia...baru nak melangkah ke tasik, hari dah start hujan dah...duduk bawah pondok tepi tasik kejap, sambil tunggu hujan reda...lepas tu gerak ke tempat lain plak...ambil feel kejap laa, rindu UTM sangat kan..huhu..tempat belajar susah senang kehidupan...



Budak kecik main lari2...Tasik Ilmu UTM

Lepas tu geng 3 stooges ke Kilang Bateri, tempat tumpuan anak muda dan mana2 golongan untuk makan dan beli barang rare, haha! kenapa rare? sebab nampak macam geng2 hipster je selalu lepak dekat situ, haha! tak der la, ramai je pak cik dan mak cik datang situ, tapi lepas dipujuk oleh anak masing2 XD..hehe...best la kilang bateri ni, cuma IQ tak der mood nak explore lama2 sebab badan dah penat, dan Qaíd pun dah rimas masa tu..sempat shopping baju dan seluar Qaíd je, dan macam biase la, baju ibu dia memang tak ada dalam list, baju anak je penting XD 


Air Milky Mangga di Kilang Bateri Tampoi, JB..Sedap baq hang!

IQ tidur rumah kawan baik IQ dekat Pasir Gudang, Alhamdulillah, dah ada rumah sendiri dah kawan baik IQ sorang ni, rezeki anak dalam perut kan? Suka sangat rumah dia sebab berkonsepkan moden lifestyle...nice choice...=) Pagi ahad just masak2 dengan 3 sekawan...lama tak masak sama2, IQ tengok je sebab Qaíd super active sangat, makin besar dia, makin aktif, memang bley kurus IQ dibuatnya...

Bertolak balik ke KL tengahari, dan singgah makan dekat RnR Pagoh, dekat situ jumpa plak kawan coursemate masa belajar dulu...bila dah jumpa, kepala tingtong dibuatnya...rasa macam muda bila jumpa kawan2 lama, padahal tak sedar diri, lagi 2 tahun nak masuk 3series...huaaaa..

ok la, till then, bai

You Might Also Like

6 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. wah..ke pasir gudang ek..da dekat lah..sy pun orang pasir gudang jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke? best tengok kawasan pasir gudang, makin membangunkan?

      Delete
  2. La... dah sampai tempat kakak ye.
    Dulu IQ belajar kat UTM kisahnya. Dekat tu dgn rumah kakak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa, akak duduk skudai ke? kalau bagitahu, dah lama saya singgah rumah akak..hehe

      Delete
  3. jalan-jalan sakan..habiskan waktu masa terluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. =) Alhamdulillah, selagi ada waktu sihat

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers