Hujung Minggu Akhirnya Tiba

8:50:00 AM

Ouhhh....masa untuk tenangkan diri!! Dah berminggu jugak IQ asyik ke sana ke mari tak lekat di rumah bila hujung minggu...akhirnya masa untuk melepak di rumah!!

Bulan 12 yang lepas memang bulan paling busy hujung minggunya...1st week bulan 12 majlis akikah Qa'id dan Medina, minggu kedua ke Perak ada kenduri kahwin sepupu Arwah Suami, minggu ketiga plak ada kenduri kawan baik Arwah Suami di Rawang (even duduk rumah tapi tak boleh nak relax jugak), minggu keempat balik rumah kakak di Chemomoi, Pahang, dan minggu lepas iaitu minggu akhir bulan 12 plus tahun baru IQ ke Kuantan, Pahang dan jugak ke Melaka..hamek...memang berjalan ajer kerjanya...

So, akhirnya hujung minggu IQ tenang sebelum busy kembali minggu depan...sobs...plan bulan 1 ni hujung minggu depan balik Melaka lagi, seminggu lepas tu nak ke Johor, kenduri kawan satu kelab dulu, seminggu lepas tu iaitu cuti Tahun baru cina nak ke Terengganu....InsyaAllah kalau tak ada yang menghalang, sampai la IQ di tempat yang dirancang...tak letih ke? Letih memang letih tapi nanti dah sibuk lagi la tak ada masa sangat nak ke mana-mana...

So, marilah kita menguatkan badan dengan memanjakan diri esok! huihuihui.
Selamat berhujung minggu semua!
K. Bai..

Marilah kita berjalan jalan Qa'id

8 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD