Seperti Dulu...Seperti Sedia Kala

8:50:00 AM

Salam hari ahad.

Hari ahad semua masih terbongkang tidur semuanya. IQ sendiri sekarang di rumah adik IQ. Adik IQ selamat lahirkan bayi perempuan 6hb 10 2016 yang lepas. Dah 3 hari di sini. Dapat tengok baby comel ni puas puas.

Life tak berapa nak teratur sekarang. Dengan tak ada kerjanya. Income bulanan tak ada tapi masih kena bayar hutang kereta dan yang lain lain. Masa rehatkan diri mungkin dah sampai ke penghujungnya....memang dah sampai...IQ dah berpuluh kali hantar application kerja baru....baru satu dipanggil interview....yang lain masih sepi...

Hidup mesti diteruskan. Even hati rasa sedih lagi namun nak tak nak kena bangun. Kena jadi lagi kuat. Nak harapkan orang selalu pun tak boleh...kena ada life sendiri, cari duit sendiri, jaga diri sendiri dan anak...dan nak hidup sendiri macam dulu....hanya tanpa Arwah di sisi...

Hidup sendiri bukan bermakna tak menghargai orang yang nak hulurkan bantuan, hidup sendiri untuk jadi seorang yang kuat, yang ada pendirian, yang boleh berdiri atas kaki sendiri....dengan sokongan yang lain InsyaAllah boleh...

Harap ada yang mengerti jika IQ mahu hidup sendiri. IQ mahu kehidupan macam dulu. IQ boleh buat keputusan apa apa yang IQ mahu. IQ boleh pergi mana yang IQ suka. IQ bukan tak ingat Arwah masih baru pergi meninggalkan kami, IQ cuma nak biarlah kenangan itu tersemat di hati, bukan dalam kehidupan seharian...

Move on. Semua orang perlukan perubahan. Jika tidak, kita semua bakal ketinggalan.

4 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Semoga tabah menempuhi cabaran hidup, amin

    ReplyDelete
  2. move on itu menerima dengan redha, good for you. keep moving on. he's waiting for u there

    ReplyDelete
  3. Be strong sis. Semoga you terus diberi kekuatan & kehidupan you selepas ni akan sentiasa dipermudahkan jalannya. Amin..

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan jalan untuk IQ dan qaid.
    semoga IQ dapat kerja cepat2.

    be strong IQ!

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD