Sekilas Lalu - Ulangtahun Arwah

1:52:00 PM

Salam semua.

Hari ni IQ cuti. Emergency Leave. Sebab si Qa'id tetiba muntah muntah dari malam tadi. Boleh tahan teruk,. Muntah macam air terjun...minum susu je mesti muntah balik...dari malam sampai la pagi....sampai kadang tak sedar pun dia muntah...kepala IQ dan husband sampai mamai mamai semuanya. 

Husband plak cirit birit. IQ syak dia dua orang ni makan dadih yang mak mertua IQ bawak isnin lepas...dadih letak dalam peti tapi dah lebih sehari...ingatkan masih elok...husband IQ cakap dia makan ok je...tak tahu pulak efek dia teruk jugak...lembik Qa'id dibuatnya...bagi susu panas pun tak jalan, bagi air suam pun tak jalan..bagi bubur pun muntah balik....baru balik dari klinik, doktor bagi ubat sumbat ikut punggung bagi kurangkan angin dalam perut dia...perut dia kembung je manjang...letak minyak pun tak jalan...huhu..

Sekarang Qa'id tengah tidur...hope dia better dari semalam...doktor pun ada cakap dia akan cirit birit pulak lepas tu...hopefully tak melarat...risau bila anak tak sihat..tengok dia muntah macam semalam dan pagi tadi, risaunya alahai...


hujung minggu lepas jalan jalan dekat Setia Alam, seronok bila tengok dia sihat, gelak macam ni, bila dia tak sihat, kita pun jadi lemah, tapi kena kuat untuk jadi dia lagi kuat.

**************************************

8 Ogos lepas Ulangtahun Kelahiran Arwah Ummi ke-52. Pertama kali ulangtahun yang tidak disambut namun diingati selalu...kalau tak, mesti akan sambut sekali dengan adik perempuan IQ, sebab adik perempuan IQ tu befday dia 5hb Ogos, dekat dekat je dua dua tu...bila Arwah dah tak ada, terasa kehilangan dia...

Semalam atau dua hari lepas, IQ pun lupa, abang ipar share gambar kepuk/dapur/kubur Arwah baru dibuat...kitaorang nak buat kena tunggu kewangan stabil dulu, plus baru lepas raya kan, nak cover kewangan tu betul betul...ada bajet, baru dapat buat, bila dah buat, rasa lega...Alhamdulillah...selesai satu perkara....lepas ni, plan untuk upah haji Arwah pula. mudah mudahan urusan dipermudahkan..Amiin..


IQ dan Arwah...ada iras Qa'id tak? Adik IQ share gambar ni, IQ dedicate dekat Instagram sekali, ingatan buat yang telah tiada. Al-Fatihah..

Ok la, till then...rasa nak tidur plak, alang alang cuti kan? semalam pun tak cukup tidur..huarghhh....hehehe

k.bai~

You Might Also Like

6 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. sian Qa'id. kita yang dah tua pun kalau kena weak semacam and seksa huhu. moga cepat sembuh.

    muka IQ ada iras muka arwah. kalau rindu, blh tgk cermin :) al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe. Kte klu kne lembik. Habis sakit bdan. Ni apatah lagi dia.


      Yeke? Ramai yg ckp mcm tu. Huhu. Dri kecik IQ sll disamakan dgn abah IQ jer

      Delete
  2. Replies
    1. Al-Fatihah untul Arwah Ayah Reen juga. :)

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers