Ulangtahun Kelahiran IQ

5:00:00 PM

Salam semua.

Fiuhh, nak update blog punya la susah, selalunya IQ letak gambar dalam Apps Blogger, lepas tu edit dekat dashboard dalam komputer..tapi tak berkesempatan plak. Dah dua hari kena duduk site, dan of course, duduk site, wifi tak hado..tak boleh la nak curik curik update entry...sobs...ni pun pakai hp jer...nasib ler..

1 April lepas ulangtahun kelahiran IQ yang ke 27. Alhamdulillah..dah 27 tahun dah umur IQ, masih bernafas untuk teruskan hidup bersama keluarga kecil. 

Tapi yelah, tahun ni tak seperti tahun lepas, jika tak, mesti dapat mesej daripada Arwah Ummi tiap pagi hari befday tu...tak pun call daripada Arwah...first time befday nangis..hurmm

sehari sebelum befday, IQ MC. Demam urat...sakit badan Allah je tahu..bayangkan nak mandi tu siram badan dengan air pun boleh nangis meraung sejuk. Sejuk sampai ke tulang. Suhu naik mendadak sampi 39 darjah celcius, last last, pergi klinik, dapat mc sehari, jadi laaa...

Tapi IQ ada submission kerja hari IQ MC tu, gigih la bangun awal pagi nak siapkan program tender tu...semua dah cuak takut tak sempat...Alhamdulillah..sempat submit on time...huhu..

Sambutan befday? Cukup la dengan keluarga kecil kami. Malam hari jumaat tu pergi Secret Recipe. Yang tak menahan, pow suami sampai 4 jenis slice kek. Erkkk...kebetulan adik sepupu datang kL...memang tolong makankan jugak kek tu...kemain betul...

Sabtu pergi ziarah sepupu yang baru lahir...seee...IQ ada sepupu kecik ok. Baru 47 hari. Tapi lupa lak nak attach kat sini...kalau nak tengok, pergi instagram IQ ok. Habis ziarah, berfoya foya. Konon macam terer main iceskating, bantai main, lepas tu tergolek dua kali jatuh masa main. Terus kepala pening. Erkk...dah tua tua pun nak main...pening suami IQ dibuatnya...hampir demam balik, makan ubat, terus out.

Ahad. Pergi kenduri kawan suami di Putrajaya. Makan kenduri setelah sebulan rasanya tak makan kenduri...heeee..lepas tu, hantar adik sepupu di stesen bas...cari barang sket, lepas tu balik...erkkk...jadi diary plak blog kali ni.

in fact, mujurlah hujung minggu lepas terisi. Minggu ni tak tau lagi. Jalan jalan tiap minggu pun rumah entah bila nak buat spring cleaning. Heeee..

Hadiah yang dapat daripada suami berupa handphone yang boleh wide selfie...begitu wide kan...sronok!

K.bai!

2 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. happy belated birthday IQ. Semoga IQ dan keluarga sentiasa di bawah rahmat Allah. Bulan birthday kita sama ;)

    oh boleh la selfie selalu gini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? no wonder la perangai lebih kurang...eh? haha!! terima kasih nad!

      erkk..tu la..gila selfie jap XD

      Delete

Komen Komen Sikit XD