Pelaminku Jadi Bualan - Pelamin Rustic Hipster Kononnya

12:49:00 PM



Semalam tetiba kawan baik IQ tag IQ dekat facebook. Dia cakap macam kenal....Rupenye sebab ada orang up gambar pelamin IQ ni. Tetiba jadi Pelamin Hipster plak. haishhh...tema asal nak rustic jer..

Pallet Backdrop - Kayu Pallet ambik di site tempat IQ kerja dulu. Angkut hari hari naik Cekodok IQ tu, lantak la kereta kecik...asal kayu pallet selamat sampai kat rumah...kemasan dibantu oleh suami IQ dan juga pekerja di site..hehe

Kerusi - IKEA. Beli dan sekarang boleh jadi perabot rumah...setel...jimat pun jimat..

Perabot hiasan - IKEA. Beli dan boleh guna jugak sekarang..jadi tempat letak modem wifi kat rumah ni...

Meja Craddle (tengah) - Buat sendiri guna kayu dari site. kayu kayu yang tak pakai, potong dan buat meja craddle. penat...so, sempat buat satu jer..huhu...

Craddle (kiri-kanan) - Sewa dengan butik yang buat sewa diy pelamin...dua benda ni jer IQ sewa...ambik kat Meru...punya la jauh beb~~~ demimu pelaminku..

Hiasan - IKEA dan Kaison. Yang ni beli ikut bajet, lebih bajet boleh nak hias macam macam..tapi IQ buat ikut kemampuan sajooo..

Lampu - Wayar dan mentol beli hardware pasang sendiri. tak susah...perempuan boleh buat. tapi yang ni suami IQ pasangkan..

Langsir - Ini langsir bundle yang arwah ummi IQ beli. BUNDLE jer ok! IQ gantung guna besi langsir yang IQ beli kat IKEA..murah jer...dan senang nak pasang!

Karpet - Beli di kedai karpet Jalan TAR. Rasanya tak ada la mahal sangat tapi IQ tak ambik banyak..so, harga tak boleh kurang sangat..kalau beli banyak boleh kurang....


Semua buat sendiri, pelamin, hantaran, doorgift semua...cuma makanan dan khemah IQ tempah catering...sama macam IQ tunang dulu...

Biase la kalau ada komen negatif tu, komen balas terus senyap tak kata apa...


Ni kawan IQ yang bagitahu tu...well, pelamin ni kalau close up memang cantik. Gambar pelamin kat atas nun diambil oleh ayah sedara IQ...kualiti gambar dah tak der sebab dorang copy facebook jer...


Apa yang penting, tetamu datang makan konyang udoh...kan? hehe

BAI!

You Might Also Like

10 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. nice and simple. i like. jimat paling penting. pelamin bukan wajib pun. yg penting kenduri ni makanan sedap. bagi nadia la hehe.

    ReplyDelete
  2. simple je kan...kreatif mereka ni.lagipun sekarang ni semua nak kena jimat..hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau aku pun nak makan sedap berbanding pelamin cantik haha. Ni bagi org yg suka makan macam aku kot. Btw dah lama aku nak komen pasal wedding kau sampai kau dah beranak dah. Style kot pakai kayu pallet ni, aku ada terberangan jugak. Anddd benda yg paling aku nak bagitau ialah kau ada rupa izara aishah jadi perantin heheh kbaiii

    ReplyDelete
  4. Reen nanti pun mmg nak tema macam ni.
    Simple,cantik n yang penting kita sukaaaaa.
    Tp tu la.frust xdpt amik pallet IQ ni.


    ReplyDelete
  5. @NADIA vs BERON:

    yes! u are correct nad! makan xsodap xbest woo

    ReplyDelete
  6. @NZ:

    ko berangan biar jadi kenyataan kia, bab izara aishah tu...ermm...ko da jadi orang kelima berkata begitu..muahahaha..*bongkak kejap..hihi

    ReplyDelete
  7. @C i k R e n e x:

    kan? simple but nice. less is more gitu.
    tu la, kalau tak, boleh la nak nampak pallet tu lagi sekali dalam gambar...xde orang nak pun pallet tu, da terbuang camtu je rasanya..huhu

    ReplyDelete
  8. rileks jer..guna idea sendirik pun ada org sibuk kutuk2

    ReplyDelete
  9. @Nabila Syifa:

    tu la, bukan nak interprem dalam laman laman femes pun...sekadar nak meraikan hari bahagia sahaja

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers