Shopping Dan Wanita

5:10:00 PM

Salam semua.

Selamat bekerja buat warga Selangor setelah 4 hari bercuti. Sakan noo cuti. IQ pun enjoy cuti sebab IQ masih di HQ. HQ kat Kelana Jaya. Heaven kejap kan...24hb ni cuti lagi...awhhh...I love December. *tetiba

Hujung minggu lepas IQ balik rumah kakak. Ummi IQ masih koma dan dijaga sepenuhnya di rumah kakak di Chemomoi, Pahang. Perkembangan ummi, masih tidak sedarkan diri cuma boleh menggerakkan mata mengikut arahan. Alhamdulillah. Moga ummi bertambah sihat dan pulih. Amiin.

Sementara tu, IQ ada tengok satu cerita mat saleh ni di rumah kakak. Tajuknya 'Confession of A Shopaholic' . Haaa..sape pernah tengok cerita tu? Serius cerita tu menarik! Mengisahkan seorang wanita yang sanggup buat apa saja untuk shopping!! Dan masalah terbesar dia adalah hutang kad kredit dia yang hampir cecah 10ribu dolar!! Banyak woooo..



Well, IQ tak nak bercerita panjang. Korang try tengok sendiri k. Cuma kat sini IQ nak ceritakan......semua wanita di dunia ni ada perangai suka shopping kan? Sanggup guna duit dari celah mana pun untuk bershopping.

Macam IQ sendiri, IQ tak sedar pun IQ ni kaki shopping jugak. Kadang, nampak menarik di IG, terus nak beli. Dari zaman bujang sampai la da beranak satu ni. Cuma berbeza la dari segi barang yang dibeli. Dulu suka beli baju sendiri, sekarang beli baju anak. Macam macam jenis style baju nak beli. Geram mak nokkk
Pagi tadi, IQ nak cari baju untuk dipakai pergi kerja. Dan IQ pun cakap kat suami IQ, "tak der baju la nak pakai bang". Padahal, baju melambak. Berbakul bakul. Cuma sesuai ke tak sesuai je la pergi kerja kan...heee...bang, jangan lupa shopping baju kerja ek ek ek...heeee...shopping lagi?? Ishh ishh ishh

Macam tu jugak dengan tudung. Bersidaian je dekat hanger tudung. Daripada jumlah tudung yang ada, berapa helai je antara semua tu kita kerap pakai kan? Daripada 50 helai, mungkin 10-15 helai je yang kita kerap pakai. See?? Membazir betul!!

IQ rasa nak buat carboot sale la macam ni. Agak2 jumpa barang yang tak berapa nak pakai, boleh jual. Ye dak? Sape tahu kat mana ada tempat yang ada buat carboot sale? Teringin pulak nak join. Kan?

Ok. Itulah dia confession IQ. Wiwiwi...anda pula bagaimana? Serius no IQ cakap, perempuan dan shopping memang tak boleh dipisahkan. Heee..bai!


You Might Also Like

6 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Moga mak IQ cepat sembuh spt sedia kala. Ameen.

    Yess perempuan mmg suka membeli. Macam terapi gitu haahaha. Last2 pakai benda yg sama je. Lol

    ReplyDelete
  2. sokong 200%! woah hahaha kenmain.

    suka sagt shopping. tak tahu nk bendung macamna dah. hahaha tp alhamdulillah tak sampai tahap membzair lagi (ye ke?) heheheh we desrved to treat ourself after the hard work (alasan) heheheee

    ReplyDelete
  3. haishh mjr mila bkn kaki soping..hehe..

    carbootsale kt putrajaya biasa ad ujg mggu

    ReplyDelete
  4. @NADIA vs BERON: Amiin. kan? terapi sangat kalau bershoopping ni..haihhh...lepas tu, pakai yang sama utk sebulan..haha

    ReplyDelete
  5. @Zyra Roxx: kan? kne la reward diri sendiri sket2...hehe

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers