Upgrade Windows 10

8:24:00 AM

Salam semua.

Dari minggu lepas lagi, IQ dapat notification kat laptop kerja IQ ni untuk upgrade windows baru. IQ sebenarnya macam malas nak upgrade sebab pakai windows 8 pun macam pakai tak pakai kan...nama pun laptop kerja, bukan laptop peribadi. Tak der la beria nak pakai windows gempak gempak..bukan hak milik kekal...huhu

Tapi IQ tetap tekan 'OK' dan 'YES' bila ada popup kat dekstop laptop ni untuk approval upgrade windows 10 ni. Ambik masa seminggu jugak dia nak download package daripada internet. Almaklum la internet bukan selalu ok kan...kejap ada kejap tak der...macam chipmore kata kau.....

Dan lastly, package untuk windows 10 siap didownload. Bagi masa untuk dia restart dan install. Dalam dua jam jugak la. Habis makan tengahari dan solat baru setel install. Tunjuk kat encik suami, encik suami pun jeles...sebab dia pun suka kalau ada update baru pasal laptop dan pc ni..hehe...




Itu start dia....macam whoaaaa jugak la....cantek dan smart....teruja sangat...



yang ni dekstop dia, nak bagi terasa pakai windows baru ni, IQ pergi la download theme untuk windows ni. cari yang sejuk sejuk sket kalau pandang kan...yela, tetiba stress kerja nanti...tengok wallpaper cantik pun boleh sejuk kan?


windows 10 ni macam windows 7, cuma warna element semua macam windows 8. Tekan Start Menu keluar macam ni....haaa..macam windows 7 la kan? ok la...tak serabut nak kena satu lagi dekstop macam windows 8. 


IQ suka tengok calendar dia, tekan kat calendar keluar macam ni. Nombor saat pun bergerak ikut waktu. lagi besar lagi jelas nak tengok. best!.


Dulu IQ berpeluang tukar ke windows 8 masa zaman belajar lagi. Masa tu berapa kerat je yang pakai windows 8. Download windows 8 sebab dapat percuma daripada pihak ICT. Sistem bagi sorang satu student di UTM tu key guard dia. So, dapat windows 8 yang original. Sape tak nak kan? 

Sekarang dah kerja pun dapat peluang tukar windows 10 plak. Rezeki la kan? Alhamdulillah. Walaupun hanya digunakan untuk laptop kerja...huhu..Baru baca kat satu blog pun baru upgrade windows 10. Review dia? Berpuas hati! So, kalau ada notification upgrade windows tu, jangan la kemain jual mahal yer. rugi...heeee

Ok la, till then. 

Bai!

Izyan Balqis.2015.

5 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. woww, cantik gak window 10..")

    wawa datang singgah n follow #923..")

    ReplyDelete
  2. mesti letak wallpaper kan.. kalau kosong rasa hati pun macam kosong je.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  3. semua kata window 10 best.. oke oke tak jual mahal dah..nak upgrade la..hihi

    ReplyDelete
  4. desktop office nadia window 8. leceh :(

    ReplyDelete
  5. Wow.. cantiknya. Cik guna Apple jer. So nak upgrade cam takde. NAk suruh upgrade la Computer ofis nieh

    Cara mudah putihkan kulit

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD