Potluck Raya Pejabat

12:10:00 PM

Salam semua.

Potluck kat pejabat IQ ni diadakan pada 7 ogos 2015 yang lepas. IQ baru nak update memandangkan sibuk makan sepanjang hari tersebut. hihihi...esoknya plak adik IQ lak bertunang (entry lepas). So, nak update tu memang agak kelaut tenaganya..hihi

Dorang ni da plan nak buat potluck pada 7 ogos agak lama. Masing masing duk request kat sorang senior tu masakkan laksa johor, even sebenarnya tiap kali jamuan raya memang senior tu buatkan laksa johor..IQ plak first time buat potluck dengan dorang...first dan last la kot...hujung bulan ni kan da nak angkat kaki kan..hehe..



Menu yang terlibat; laksa johor air tangan Hajah Noraini, Ayam panggang dengan sup, satay station, kuih muih raya, sandwich special, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, ape lagi ek? haaaa...buah buah; anggur, rockmelon dan rambutan...heeee


Korang jangan la pening tengok gambar bergerak ni. Ni contoh gambar format gif yang boleh gerak macam video tapi ianya bukan video yer. Snap banyak banyak kali so, compile jadi gif. Sesetengah application di camera smartphone da ada function ni. Just discover je ok!


Muka kelaparan je masing-masing tu.Nampak kan? XD


IQ just tempah dua kotak sandwich special dari Garsa Kitchen. Box Fiesta dua kotak. Tempah sehari sebelum sebab nak pastikan tempahan sampai awal pagi. Petangnya IQ tempah lagi sekotak fiesta sebab kakak IQ plak request nak rasa sandwich famous ni. Serius sedap. Kecik tapi padat! Sekotak habis awal2 lagi sebab ramai tak sarapan pagi tu...


Muka-muka bahagia dapat makan free. En Fuad dan En Azhari...site controller...masa ni satay belum sampai pun senyum da sampai ke telinga.

Gambar IQ tak der la kali ni, malas nak letak...sebab IQ just fokus nak makan makan dan makan...muahahaha! tak der la...sibuk nak prepare apa yang patut...dan snap gambar mana yang perlu...hehehehe~

Okeh la....tu je la nak cerita...tapi ada satu berita sedih...lepas daripada potluck ni, salah seorang daripada site controller kitaorang terkena serangan angin ahmar. Lumpuh separuh badan...mari kita sama-sama doakan agar dia cepat sembuh...Amiin...

Sekian. Bai.

Izyan Balqis. 2015.

You Might Also Like

5 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. sedap eik?? harusla cuba lepas ni mana nak order izyan?

    ReplyDelete
  2. pagi tadi baru bekpes sandwich. nakkk sandwich lagii hihi

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers