Kuih Rayaku Tiada

11:01:00 AM

Salam semuaaa...
Erhhhh....kemain IQ taip tadi, panjang lebar, siap bye2 dah, lepas tekan done, boleh plak entry panjang lebar lesap...pelik bin ajaib. Penat den taip panjang...meh la kita cuba lagi sekali, kot2 feel dia taip macam tadi kan kan... *ambik hati balik...huuu

Ok, dua tiga hari lepas IQ terbaca dekat group whatsapp family IQ. Dikna iaitu Adik ipar IQ bagitahu dia da siapkan kuih raya yang kawan2 abangnya di UKM tempah. Kuih raya yang dikna tu buat diberi nama, Cornflakes madu dikna perghhhhh...*ok, ni IQ bagi nama sendiri, sebab memang perghhh rasa dia sangat sedap, dijamin menggunakan bahan2 yang ori. Heee...paham kan kalau IQ cakap bahan ori?

Bahan ori dan ciplak boleh dapat rasa bezanya. Terutama bahan utama. Macam biskut cornflakes madu ni, of course la cornflakes kan. Cornflakes yang ori selalunya datang dari jenama yang biasa kita dengar macam Kellogs. Kalau yang ciplak plak, banyak dijual secara bungkusan yang besar dan boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Perbezaan penggunaan bahan utama pun da cukup buat kuih raya kita rasa yang berlainan.

Cornflakes madu yang dikna ni buat memang IQ da try sebelum puasa hari tu. Memang lepas pertama kali IQ rasa, IQ tak lepaskan langsung balang kuih tu. Melekat dekat pangkuan IQ. Haaaa...nampak tak kesedapannya tahap macam mana? Heee...lemak berkrim disukai ramai!!

Selain kuih raya dikna, kuih raya mak mertuaku juga akan ada dalam list kuih raya IQ. Kuih yang menjadi bualan akak akak di pejabat encik suami bertahun lamanya...nampak sangat kuih semperit mak mertuaku femes amos sangat. Terkenal dengan kelembutan, kerapuhan yang perghhh...*tak habis2 dengan perghh ko ni IQ. Heeeee..

Kuih raya IQ plak? Hanya kuih raya tunjuk2 la nanti. Haha. Tak sempat IQ nak buat kuih tahun ni. Dengan perut memboyot, ditambah balik lambat...memang susah nak buat kuih raya kali ni. Tunggu next next year lak..hehe....

Ok lah. Cukup2 lah cakap pasal kuih raya ni. Buat terliur den jer pagi2 ni.

Ok la. Till then. Bai.

Izyan Balqis. 2015.

cornflakes madu diknaaaaa...tunggu kak long balik yerrrr

Kuih raya yang encik suami dapat dari office semalam

10 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. tu pon dah banyak kuih rayanya tu. klu afzal takde nye nak jamah kuih raya.. selalunya bantai kerepek je. buat kunyah sambil tengok jadual waktu imsak kat tv pon ohsem dah

    ReplyDelete
  2. Reen - kuih orang buat, bukan sendiri buat..haha!

    afzalsukasuki - aah kan...kena cari stok kerepek jugak ni. tapi macam sebelum raya lagi da habis gayanya tuu.. XD

    ReplyDelete
  3. "kuih tunjuk" pun sejenis kuih jugak..hahah asalkan ada. ye tak??

    ReplyDelete
  4. haha, yeah~ betul itu...ianya sejenis kuih jugak. sedap atau tidak sahaja rasanya... XD

    ReplyDelete
  5. cornflakes madu memang sedap kalau buat awal2 ramadan memang confirm la tak sampai syawal dah habis dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan...memang tak sempat nak buat raya. Kalau nak buat raya kena sorok awal2. XD

      Delete
  6. cornflakes madu memang sedap kalau buat awal2 ramadan memang confirm la tak sampai syawal dah habis dah

    ReplyDelete
  7. kuih yg dpt tu nmpk menarik sgt..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu memang sedap, chocolate chips, biskut kacang, dgn tart nenas. Dari tahun lepas ada.heee

      Delete

Komen Komen Sikit XD