Kasut Raya Encik Kereta

4:49:00 PM

Salam semua,

Kita da sampai minggu terakhir sebelum menjelangnya Aidilfitri jumaat nanti. Seperti kebiasaan, nak balik kampung..ramai yang akan servis kereta mereka terlebih dahulu. IQ pun tak terlepas untuk servis kereta masa hari kedua puasa hari tu....tapi...

Disebabkan tempat IQ servis hari tu tak ada bahagian untuk allignment dan balancing, maka terpaksa tangguhkan dahulu...dan hari ni, dapat peluang buat allignment dekat pusat servis di melaka. Kenapa melaka?? Kebetulan balik kampung belah suami, dan tempat servis daerah sini ada buat allignment. Terus call dan booking.

Booking pukul 4 petang memandangkan kitaorang dari KL. So, ambik masa sikit. Sampai dalam 3.45 petang, terus pass kunci. Terpaksa tunggu sebab tau2 je la nak raya, banyak kereta beratur nak servis untuk balik kampung.

Tetiba dipanggil mekanik di sini. Katanya kalau buat allignment pun tak guna. Terkejut kejap dengor kata2 tu. Tayar kereta tu dah teruk sangat ke? IQ dan suami tak pandai jaga kereta ke macam mana? Huhu. Risau sangat.

Rupa2nya tayar kereta da kembong. Katanya dawai dalam tayar da rosak. Menyebabkan tayar kembong. Bila diaorang pusingkan tayar tu, memang tayar tu berpusing dengan tak stabil. Patut la husband dan IQ bawak kereta macam tak selesa, bergegar je walaupun kelajuan tak sampai 100km/j.

Lastly, tukar dua bijik tayar baru. Haihhh....banyak duit keluar musim2 raya ni. Nangis hujung bucu bilik la jawabnya. Tak per lah. Demi keselamatan keluarga nak balik kampung nanti juga kan. Nasib baik tergerak hati nak buat allignment, kalau tak buat dan pecah tayar tengah jalan? Wallahualam...minta dijauhkan kecelakaan...Amin..

Pesanan penaja daripada IQ, sila periksa kereta anda sebelum gerak pulang ke kampung. Ok?

Sekian. Bai!

Izyan Balqis. 2015.

Gambar - pernah nampak panduan untuk buat allignment tayar ni di facebook kan? Haaa..yang ni terdapat di pusat servis jasin, melaka. Pusat servis perodua yang bagus sebab segala servis ada di situ. Eh...terpromote plak..heee

4 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Kereta sy pun bakal nak kene service ni *kira duit bawah katil sambil kesat air mata*

    ReplyDelete
  2. meh sini nak bagi tisu sikit...huuu~

    ReplyDelete
  3. biar keluar duit lebih skit, asalkan rasa selamat masa drive kereta balik raya nanti :-))

    ReplyDelete
  4. Kan? Sangat betol! Demi keselamatan family. Huhu

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD