Kenangan Ber-Blogging

4:52:00 PM

Tadi ada kawan whatsapp. Tanya macam mana nak buat menu bar. IQ macam agak blur sebab dah lama kan tak main edit edit blog ni.

Dulu IQ agak hantu berblog. Edit layout blog. Berbelas kali tukar layout, header, widget segala bagai. Seronok. Masa zaman study dulu (sampai study pun kelaut!!) Punyalah addicted kat blog ni.

Tak cukup edit layout, belajar edit header guna paint, lepas tu photoscape, lepas tu photoshop. Last skali, paint tool SAI. Sambil buat entry komik. Kekonon. Sampai 3 entry komik terus stop. Malas. Haha!!

Hampir enam tahun berblog. Orang kata apa yang kau dapat dari berblog ni. Bagi IQ, kepuasan hati. Bukan nak menunjuk, cukup sebagai kenangan dan pengajaran. Entry blog sekarang pun dah tak macam dulu. Berpada. Kalau dulu menggeletis. Ishhh3.

IQ tak berniat nak buang entry lama, melainkan entry yang perlu sahaja. Entry lama biar la gedik cemana pun, sebab itu la diri kita. Zaman remaja kita. Kenangan kita. Kita akan tersenyum melihat dan membacanya. So, IQ akan tetap simpan entry lama.

Ok la. Till then dearest.

Bai.

Izyan Balqis. 2015.

You Might Also Like

0 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers