Anak Adalah Rezeki

3:01:00 PM

Kejap tadi ditegur oleh salah seorang staff kat sini. IQ tak tahu apa namanya, sebab staff kat sini terlampau ramai dan IQ hanya outsource contract staff. So, hanya yang selalu berurusan dengan IQ jer IQ tahu dan kenal namanya. *nampak sangat tak bergaul dengan ramai orang.

Sipolan: Dah berapa bulan?
IQ: Dah 4 bulan. *senyum
Sipolan: owhh, cepat ek...da besar da..
IQ: Aah, tu la...cepat...*awkward, xtahu nak cakap apa lagi
Sipolan: Tapi tu la kan, tak sempat nak enjoy.
IQ: Dah rezeki, kan? *senyum je laa

Nama dia IQ tak tahu, cara dia cakap macam dia tahu IQ baru je kahwin, *nanpak sangat pernah berborak tentang IQ kat belakang kan. Haha!

WELL......Anak tu rezeki. Sebelum kahwin, IQ memang plan tak nak pregnant lagi, nak hold dulu. Tunggu 5-6 bulan ke kan. Tapi apa yang dirancang, tak semestinya akan berlaku. IQ pun fikir, IQ dah 26 tahun, kawan-kawan IQ yang sebaya IQ pun ada yang beranak tiga. Jadi, kalau dilengahkan, tak mencapai target untuk dapat anak 8. Haha! Gurau2.

Anak tu rezeki. Jangan pernah persoal hal rezeki daripada-Nya. Sama seperti sebelum IQ kahwin. Jika niat kita betul, Allah permudahkan urusan kita. Urusan IQ dan suami untuk berkahwin berjalan dengan lancar, tiada pinjaman daripada bank. Guna duit simpanan dan juga pinjaman dengan rakan terdekat dengan jumlah yang sedikit sahaja.  Majlis sederhana asalkan selamat semuanya.

Sama seperti anak, kita tak pernah jangka akan dapat bila...tapi bila kita diberi rezeki anak, kita seharusnya menerima dengan hati yang terbuka. Amanah dari-Nya.

Well, IQ memang agak sensitif la sekarang apatah lagi mengandung kan. Ni lah simptom wanita mengandung. Hehe. So, be wise when talk to pregnant women ok.
Kan post kali ni terpanjang lebau berbanding ppst yang sebelum ni.

Hihi.

Till then, bai!

Izyan Balqis. 2015.

You Might Also Like

4 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. dapat anak awal lagi enjoy kot. hehe

    ReplyDelete
  2. Look at the bright side.

    At least, tak ada lah orang asyik tanya, "Bila nak ada anak?,"

    Hahaha.

    Congratulation!

    ReplyDelete
  3. Biasa la. Nama pun manusia.
    Ada je tak kena kan.
    Sabor je laa..

    ReplyDelete
  4. tahniahhhhhhhhhhhhhhh..sweet...dah pikir nama ker?..haha

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers