Advertisement

Responsive Advertisement

pEnGgUnAaN kEnDeRaAn AwAm + kElEtAh mAnuSiA [pArT 1]

salam semua..haishhh~~ rindu IQ ke? korang duk tengok-tengok blog IQ tapi IQ tak update entry terbaru kan? rindu la tu dengan IQ kan kan kan? baek korang ngaku! tak baek tipu..dosa besor wooo~~ hihihi~~

sorry sangat-sangat sebab IQ tak menulis untuk dua hari..eh? ke tiga hari..lebih kurang la tuh…sebabnya IQ pergi menjenguk kakak IQ yang sulung yang lahirkan anak pertamanya…nama pun anak sulung yang dilahirkan oleh along, maknanya anak saudara pertama IQ la tuh…happy sangat-sangat sebab dapat jumpa, cium, peluk tak dapat sebab masih lembik….tak kuat~ huhuhu…

tajuk berkisarkan kenderaan awam..IQ nak cerita sket penggunaan kenderaan awam yang IQ guna untuk pergi ke sana…sebelum IQ mengambil keputusan yang muktamad untuk pergi ke rumah kakak IQ, IQ ada tanya kawan-kawan IQ di facebook berkenaan jadual, masa bas ekspress ke sana…

komen10komen11
komen12
klik untuk tumbesaran yang sihat!!

tanya orang yang asal dari sana la kan? kalu tanya orang utara gerenti tak ley jawab! pada hari kejadian, IQ terbangun lewat sebab siapkan project sampai pukul 5 pagi! bangun lewat dalam 8 lebih..[korang paham2 sendiri la yer] bas yang dikhabarkan available pukul 9 pagi..so, hampir putus asa tak mau pergi..tapi at last, bangun, mandi..dan siapkan projek last touch!

habes projek, bertolak ke larkin, disebabkan bas di sri puteri da terlepas, tekad nak pergi larkin, cari bas di sana…sorang diri, naik teksi…nasib baik pak cik tu peramah! pak cik tu bekas askar wataniah! hehe..asal ipoh, perak..haaa..banyak yang I! borak sampai boleh tau asal pak cik nih….cucu da ada empat da okeh~~ baru nak tanya anak bongsu umur brape..bila teringat kat chubyy, terus cancel niat nak tanya….haha!

sampai sana da pukul 11.45 pagi! orang yang jaga tiket duk promote tiket-tiket yang available “kL, KL!, KL!….dik, nak pergi mana dik?” aku pun jawab, “temerloh” abang tu pun jawab balik, “pahang south union yer dik, kaunter dier kat blakang sana..” then , IQ pun bergerak cari kaunter, tapi mata rabun, signboard punyer gedabak pun tak nampak…well, bukan nak salahkan mata sangat, cuma signboardnya tak brape menarik perhatian..camne orang nak nampak kan? just pendapat IQ…weee~

untuk pahang south union, da terlepas basnya! last bas pukul 11 pagi!!! damn ler!! camne nih??? nak ambik cepat ekspress malas nak tukar-tukar bas…[belom pernah naik cepat ekpress ke temerloh pun da tau, wanie yang bagitau] at last, call abang long, abang long suruh ambik bas ke bahau, N9….ambik transnasional ke sana pukul 3 petang!! 3 petang tuuu…masa yang terluang?? lepak ler~~

makan.makan.makan….then, merayau-rayau..tengok gelagat manusia…duk sorang-sorang kan? mesti tak tau nak berinteraksi dengan sape..so, tengok orang je la…kebetulan ari tu ari jumaat..…so, azan da berkumandang menandakan masuklah waktu zohor…tengok berapa orang yang bergerak menuju ke masjid tingkat atas plaza larkin tuh…fuhhh~ ramai jugak…Alhamdulillah…masih ramai umat Islam tak lupakan tanggungjawabnya, walaupun sedang bekerja..

tapi ada jugak segelintir kaum adam nih tak pergi solat jumaat…sakit? uzur? tak der, elok je berkepit dengan awek….elok je lepak dengan kawan-kawan…haishh~~ macam-macam~ masjid di plaza larkin tak berapa besar…ramai orang sangat sampai segelintir manusia tak pergi solat jumaat…alasan!

jalan.jalan.jalan…then IQ disapa oleh orang yang IQ paling tak suka!!! si Sembang Kemas pernah cerita hal nih dalam entrynya…well, IQ pun da masak dengan orang camni terus cakap  “TAK NAK!!” padan muka! then, bila lalu lagi sekali kat situ, nak tarik IQ lagi tapi IQ buat dunno je…siyes! fedup la you dengan orang camni…orang apa tuh? korang tau apa itu ARGUNG? kalau tau, bagus! kalau tak tau? search sendiri! weee~~

dipendekkan entry, naik bas pukul 3 petang tu berseorangan...dapat seat double…sape yang duduk sebelah IQ?? amoi laaa~ amoi ni talkative tau! suka bercakap…kalau ikutkan IQ nak je layan dia berceloteh, tapi disebabkan IQ nih mengantuk tahap orang mengantuk disorongkan bantal, so….tak der bantal pun, IQ tibai tidur! dua malam tak dapat tidur lena! so… “sorry amoi~ waa tak dapat nak layan you amoi”…hihi~

sampai segamat, terjaga! tengok di luar tingkap, tengok ada satu mogok di luar maybank! perghhH~~ diaorang kehilangan kerja…dan mogok! ntah…tengok macam tu je, nak berenti? bas laa…mana boleh berenti! amoi sebelah IQ nak berkata-kata tapi…senyum je disebabkan IQ senyum…tak der kata-kata yang mampu diucapkan, “waa masih mengantuk maa~~”

sampai bahau dalam area pukul 7 setengah malam…..abang ipar ambik dalam area 8 suku malam…menakutkan! why? tak pernah sampai bahau seorang diri! naseb baik manusia ramai je kat situ….selamat!

[to be continued]

*** cerita tak der kena mengena dengan tajuk…tapi at least ada la guna kenderaan awam..tapi next entry ada kesahnya..tungguuuu~~

Post a Comment

0 Comments