Korean Cuisine di Sweetree, Ampang

3:14:00 PM

-- --
Hari sabtu minggu2 lepas, IQ berkesempatan rasa makanan Korea lagi tau! Kali ni IQ pergi ke satu restoren yang menyediakan menu Korea yang terletak di Ampang. Restoren ni quite famous sebenarnya bagi penggemar makanan Korea sebab IQ pernah tanya officemate IQ yang hantu makanan Korea pun pernah makan dekat sini. Bila tengok kawan-kawan yang lain dah dekat sini pun, buatkan IQ rasa nak try. Best sangat ke makanan Korea dekat sini?

HANYA GOOGLE 'SWEETREE'
IQ pergi dengan adik-adik ipar IQ. Macam biasa la kan, dengan dorang je la IQ selalu pergi ke mana-mana. Kalau tak dengan dorang, mesti dengan adik IQ sendiri yang tinggal dekat Gombak tu. Lepas pergi Ekspo Kucing dekat Matrade, masing-masing dah mengadu lapar. Patah balik ke Ampang. Tak susah pun nak cari Sweetree ni. Just Google "Sweetree" pun dah keluar location nya di Google Maps. Senang jer!
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Restoren Sweetree, Ampang
Rupa-rupanya Restoren Sweetree ni tak ada jauh mana dari rumah IQ. Dari MRR2 hala Sungai Besi tu, belok kiri depan sikit dah sampai. Ada parking khas untuk pelanggan Restoren Sweetree ni. Kedai ni terletak dekat deretan kedai yang lain, parking plak kalau tak dapat parking khas customer ni mungkin susah sikit kot nak cari parking lain. Sebab IQ tengok parking lain macam penuh je walaupun hujung minggu.

KEMUDAHAN DI SWEETREE
Waktu IQ nak masuk Sweetree, IQ ternampak papan kat depan kedai yang mengatakan hanya ada dessert sahaja, Kitchen Tutup, means Main Dish tak ada. Mula-mula tu agak kecewa lah, sebab perut dah lapar, datang jalan-jalan dari Matrade, harapan nak makan. Tapi IQ try la tanya pekerja Sweetree tu, rupanya ada Main Dish, cuma lewat dalam 35 minit. Memandangkan kitaorang belum solat zohor, kitaorang still order dan pergi solat dulu dekat surau dalam Sweetree. IQ dapat tahu yang Sweetree ni ada surau untuk solat dari Blog Afiq Halid
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Surau di Sweetree
Surau terletak di Tingkat 3, dan ada telekung disediakan. Cuma ruang nak ambik wudhuk tu kena ambil dekat toilet. Aras ni rasa macam dekat cafe hipster plak, sebab ruangnya sangat unik. Korang kena pergi sendiri kalau nak tahu macam mana. IQ tak sempat nak snap ruang tu sebab risau tak dibenarkan.huhu.
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Tangga menuju Tingkat 3
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Buaian kayu depan pintu masuk area Tingkat 3
MAKANAN SAMPAI!
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Penuh meja baq hang!
Selesai solat, tengok-tengok makanan pun dah sampai. Penuh meja! Makanan untuk 4 dewasa makan tapi yang diorder macam 6 orang makan! Ada adik ipar IQ yang belum pernah rasa makanan Korea ni, so...IQ nak bagi dia rasai pengalaman pertama makan makanan Korea ni. hehe.
Spicy Chicken Bibimbap - Ni yang IQ order. Mula-mula fikir ingatkan hanya sayur dan ayam, rupa-rupanya ada nasi kat bawah. Mula la rasa, eh...rasa terorder lebih plak. hehe. Sebab portion untuk bibimbap ni sangat banyak! Nak makan dua orang pun cukup. Tapi IQ tetap habiskan sorang2 sebab yang lain tak nak rasa. Rugi tak rasa adik2 oi, sodappppp.! Harga untuk bibimbap ni adalah RM20.75 termasuk GST.
Chesse Topokki - Ramai yang kata topokki dekat Sweetree ni sedap. So, IQ pun nak try jugak. Sekali tengok haaa..banyak jenis! Ada yang pedas, yang ada cheese dan macam2 lagi la (IQ sebenarnya lupa menu topokki lain, haha!). So, IQ memang hantu Cheese, so, IQ pilih Cheese Topokki. Silap pilah Cheesy Topokki ni bila ada adik ipar IQ tak suka makan cheese. IQ pun dah order bibimbap, so topokki tak habis. Sedap memang sedap. Last2 bungkus sambung makan dekat rumah. Harga untuk Cheese Topokki ni adalah RM21.70.
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Tuna Kimbab - Ok, ramai juga cakap Kimbab dekat Sweetree sedap. Apa yang orang cakap sedap, wajib try! haha! So, IQ order juga Tuna Kimbab ni. Untuk tiga menu di atas IQ order untuk IQ sorang. haha! Dan untuk Qa'id sekali. Tapi sekali Qa'id makan side dish; Bubur je. adoi! Harga untuk Tuna Kimbab ni pulak adalah RM10.38 sahaja. Sedap dan murah!
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Chadol Tofu Soup + Ramyeon - Ni yang adik ipar IQ sorang tu order. Katanya first time makan makanan Korea, entah betul ke tak. haha! IQ tak sempat nak celup ambik satu sudu rasa kuah tofu soup ni macam mana. So, IQ tak tahu apa rasanya. Harga untuk Chadol Tofu Soup + Ramyeon plak RM24.53.
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Wefie bertiga, Qa'id ada jugak tapi dia mood tak berapa nak baik sangat masa ni. 
Kalau ikutkan ada lagi menu yang kitaorang order cuma tak sempat ambik gambar sebab ada yang dah ngap, macam Chicken Kimchi Stew, Kimbab BBQ Sauce - Chicken, Bulgogi Pot With Egg, air plak IQ order Smoothie Mango dan Smoothie Strawberry. Yang lain order air Iced Caffe Mocha dan Iced Cappuccino.  

REAKSI FIRST TIME MAKAN MAKANAN KOREA
Si Dekna, adik ipar IQ no.5 memang langsung tak pernah try makan makanan Korea. Reaksi dia? haha! Tak sempat nak rekod reaksi muka dia. Kelakar habis! Tekak Melayu makan makanan Korea. Memang berkerut2 mukanya. Sama macam IQ dulu, masa mula2 rasa makan makanan Korea. Tapi bila dah selalu makan, memang dah boleh terima.
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Si Angah ni pun pernah makan, tapi macam tak pernah makan pun ada nampak gaya tu
Kalau ada sesiapa yang teringin nak rasa makanan Korea, boleh la try makan makanan Korea dekat Sweetree ni. Order sikit2 pun ok sebab portion makanan Korea ni sebenarnya agak banyak. So, berpada-padalah masa mengorder yer?

Boleh klik Lokasi Sweetree di bawah yer! 

You Might Also Like

19 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. suka IQ mkn korean food.. bos pun encem..eh hahahahaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi tersuka plak sebab boss...haha! konon!

      Delete
  2. Nampak sedap.. tempat menarik dan ekslusif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, eksklusif dan santai...romantik pun yer jugak

      Delete
  3. sangat dekat dengan kawasan rumah tapi saya tak pernah cuba lagi, tengok review IQ ni terus teringin nak pegi malam ni jugak :D

    ReplyDelete
  4. nampak sedap doebukki dengan kimbap dia! Nanti nak try lah :D

    ReplyDelete
  5. ooohhh.. inilah dia restoren korea yang orang duk cakap-cakap tu... makanan dia nampak macam sedap tapi saya tak suka makan makanan korea.. huhu.. i is tekak sambal belacan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tu la, ada yang tak biasa mmg xley masuk sgt dgn makanan korea ni

      Delete
  6. tapi i salute kat individu yang boleh telan makanan korea ni especially kimchi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimchi dia sedap!! tapi sweetree ni agak masin, terlebih garam agaknya

      Delete
  7. Dah lama juju tak makan sini izyan...dulu kerap makan sini...ada pernah update pengalaman makan sini dalam blog...best...portion dia besar puas makan

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try lg , dubuyo je pernah try huhu

    ReplyDelete
  9. Sis telan ailio bila tengok Chadol Tofu Soup + Ramyeon..
    Nampak sedap harga pun berpatutan..
    Best...best.. good review IQ terus teringin makanan Korea ;-)

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers