Plan Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua

10:51:00 AM

-- --
Ulangtahun kelahiran Qa'id yang kedua bakal tiba. Tak sampai dua minggu. Minggu depan hari sabtu. Untung birthday Qa'id ni tiap2 tahun cuti. Sebab apa? Sebab Qa'id lahir pada Hari Malaysia. Betul! 16 September birthday dia. Memang untung tapi tak untung sangat bila plan nak pergi mana-mana mesti semua tempat mahal, sebab peak season. *sigh*

Tahun lepas sambut birthday pertama dia dekat rumah opah dan atok dia di Melaka. Sebabnya masa tu pun IQ masih dalam iddah selepas pemergian Arwah Suami IQ. Sambutan sederhana, dihadiri adik beradik IQ yang datang dari KL dan Pahang dan juga kawan baik IQ dari Pahang pun ada datang. Semua datang nak meraikan birthday pertama Qa'id. Yelah, sebab nak hiburkan hati si kecil yang belum tahu apa-apa tentang perginya Ayah yang tercinta.
Plan Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Ulangtahun Pertama Qa'id Aqhar. Kek sama dengan kek Arwah ayah dia masa sambut ulangtahun pertama jugak dulu.
Sebak bila ingat balik ulangtahun Qa'id yang lepas. Sebab semua bertungkus lumus nak hiburkan hati IQ dan Qa'id. Bawak IQ dan Qa'id bercuti dekat satu hotel ni. Rupanya ada surprise untuk Qa'id lagi. IQ memang menangis masa tu jugak. Sebab sedih....ramai orang raikan dia. Nak hiburkan dia...anak yatim orang raikan. Alhamdulillah...rezeki Qa'id.

*banjir office ni kejap* haha!

Tahun ni, plan nak sambut dekat rumah di KL plak. Harapan atok dan opahnya turun KL. IQ tak buat sambutan besar-besar kot. Cukup sekadar ahli keluarga dan adik beradik IQ datang. Konon nak masak hidangan simple. Tak tahu la jadi ke tak. Adehai. Mohon google resipi dan try buat dulu sebelum hari kejadian. haha!

Kek plak, IQ nak tempah dengan kawan IQ, seorang pensyarah dekat satu IPTS dekat Nilai. Tapi dia cakap order dah penuh! Alaaaaaaaaa...memang panjang alaaa IQ tulis dekat komen IG dia. Sedih tau! Kek dia buat sedap! IQ pernah tempah masa adik ipar IQ tunang dulu. Adehhhhhh...sedih la macam ni. Sebab IQ dah bosan dengan kek SR. Tapi nampak gayanya kek SR lagi la jawabnya.
Plan Ulangtahun Kelahiran Qa'id Aqhar Yang Kedua
Dah besar anak ibu. Moga jadi anak yang soleh sayang.
Plan seterusnya nak bawak dia pergi main indoor playground yang best sikit dekat Sunway Putra Mall. Sebab tempat tu memang seronok kalau budak-budak pergi. Parents pun boleh masuk, tapi tak pasti plak limit berapa orang. Harap-harap menjadi la plannya. Harap Qa'id gembira di hari jadinya. 

Apa-apa pun harap semua berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Amiin.

You Might Also Like

12 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. semoga rancangan nak sambut birthday qa'id berjaya seperti yang dirancang .... yeah! qa'id dah semakin besar ... mesti dah semakin petah berkata kata .... ada kawan IQ dan gaduh2 sayang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. aah, makin kemain dia nak bercakap, membebel jer kerjanya

      Delete
  2. semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan, inshaAllah

    ReplyDelete
  3. Semoga berhasil perancangannya..

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan birthday party Qaid. 😚

    ReplyDelete
  5. harap apa yang Izyan rancang semuanya berjalan dengan lancar..Aaminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, Amiin. =) terima kasih radhia. =)

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers