Legend Cherating Beach Resort: Pilihan Tepat Untuk Bercuti

12:29:00 AM

-- --
Cherating. Nama yang sinonim kita dengar dengan keindahan pantai yang memutih dan suasana yang mendamaikan. Cherating yang terletak di Pantai Timur Malaysia dikatakan menjadi pilihan utama bagi pelancong dalam mahupun luar negara untuk bercuti bersama keluarga. 

IQ sendiri belum pernah ke Cherating walaupun IQ ni anak kelahiran Terengganu yang boleh dikatakan hampir sangat dengan Cherating, Pahang ni. Namun, dengan adanya program Family Day KBBA9 yang diadakan di Legend Cherating Beach Resort yang lepas, dapat memberi IQ peluang untuk bercuti bersama anak IQ. 
Legend Cherating Beach Resort: Tenang dan damai.
Seusai check in di Legend Cherating Beach Resort, IQ diberikan sebuah bilik yang sangat cantik dan selesa! Bilik diberikan dari jenis Grand Deluxe Room mempunyai ruang bilik yang luas berserta balkoni mengadap kolam utama resort. Kemudahan yang ada dalam bilik turut buatkan IQ rasa kagum. Lengkap dengan seterika dan papannya, bilik air yang dilengkapi shower dan heater dan juga meja tulis bagi yang mungkin sedang mengikuti urusan kerja.

Katil Yang Super Best! 
Pemandangan balkoni dari dalam bilik.
Info Menarik Buat Pengunjung Legend Cherating Beach Resort!
Legend Cherating Beach Resort mempunyai dua kolam utama dan juga satu kolam untuk kanak-kanak. Di samping itu, terdapat juga dewan seminar seperti Dewan Sri Kenanga untuk mereka yang ingin mengadakan kursus atau mesyuarat di resort ini. Dan korang tahu tak yang Legend Cherating Beach Resort menawarkan 205 buah bilik daripada pelbagai jenis untuk pengunjungnya? Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan WiFi, telefon, tv, seterika, papan seterika dan juga cerek air. 

Terdapat pelbagai jenis bilik yang terdapat di Legend Cherating Beach Resort antaranya Superior Room, Deluxe Room, Grand Deluxe Room, Junior Suite, Executive Suite, Cherating Suite dan juga Pent House. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi untuk kita dapatkan bagi meluangkan masa bercuti bersama keluarga tersayang. 

Mari kita lihat bilik-bilik yang terdapat di Legend Cherating Beach Resort ni.

Deluxe Room
Atas: Grand Deluxe Room, Bawah: Deluxe Room (New Interior Design)


Executive Suite
Pent House

Aktiviti Menarik Di Legend Cherating Beach Resort Yang Boleh Korang Sertai!
Legend Cherating Beach Resort ni juga ada menawarkan aktiviti sepanjang percutian korang di sana. So, secara tak langsung, percutian korang akan lebih terisi dengan aktiviti yang mnyeronokkan. Jika pergi secara berkumpulan, boleh ambil aktiviti untuk bilangan orang yang ramai. Antara aktiviti yang korang boleh join adalah:
  • Telematch
  • Aktiviti melepaskan anak penyu
  • Sea Rafting
  • Lihat kelip-kelip di Sungai Cherating
  • Menyusuri hutan paya bakau
  • Demo Muck Dive 
  • ATV Ride
  • Kite Boarding
  • Melihat Proses Pembuatan Keropok Lekor
  • Melawat Santuari Penyu
Antara aktiviti yang terdapat di Legend Cherating Beach Resort
Antara aktiviti yang terdapat di Legend Cherating Beach Resort
Antara aktiviti yang terdapat di Legend Cherating Beach Resort
Boleh lihat juga aktiviti yang IQ dah sertai di Legend Cherating Beach Resort secara detail di sini, sini dan juga sini. Klik jer ok? Yang pasti, IQ masih terasa keseronokan sepanjang IQ berada di sana sampai ke saat ni. Memang meriah dan seronok sangat!

Dinner Bertema Jadi Pilihan Ramai
Bagi yang ingin mengadakan malam Gala Dinner, Legend Cherating Beach ni juga ada membuat Dinner Bertema untuk korang rasai. Tema yang famous dijadikan pilihan adalah tema Pirate. Biasa la kan kalau berada di kawasan pantai, rasa macam lanun terdampar macam tu. hihi. Tapi apa yang penting, konsep dan hiasan yang disediakan oleh Legend Cherating Beach Resort amat terbaik!
Dinner bertema Pirate untuk Malam Dinner KBBA9. Memang terbaik hiasannya, siap dengan unggun api lagi!
Antara makanan yang disediakan. 
Menarik kan bercuti di Legend Cherating Beach Resort? IQ sendiri tak sangka ada resort yang menawarkan aktiviti yang menarik ni semua. Ingatkan tempat bercuti hanya sekadar menyediakan tempat untuk kita rehat dan menikmati alam sekeliling. Haha! Nampak tak lama IQ dah tak pergi bercuti? Kena pergi bercuti lagi ni nampak gayanya. Mungkin akan repeat pergi Legend Cherating Beach Resort lagi. Sape tahu kan? 
Tenang bila dekat dengan pantai. View dari salah satu bilik di Legend Cherating Beach Resort
Yang pastinya, Qa'id paling suka kolam renang di Legend Cherating Beach Resort ni!


View Sun Rise dari pantai Legend Cherating Beach Resort
Baca juga pendapat mereka tentang Legend Cherating Beach Resort. Klik sini dan sini.

Bagi mereka yang nak juga rasai apa yang IQ rasa sepanjang IQ berada di Legend Cherating Beach Resort, boleh cari info di alamat ini:

Contact Person: Encik Meor (013-3319822)
Alamat resort:
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Atau klik maps di bawah ni.
LOKASI LEGEND CHERATING BEACH RESORT

You Might Also Like

10 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Reen walaupun org pahang jarang g hala ke cherating. Last pergi cherating masa ade krsus induksi.

    Resort ni nampak menarik. Kalau ade event tmpt keje boleh reen cdgkn tmpt ni lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni sesuai buat program, sangat recommended. best pun best. santai je

      Delete
  2. Sunrise dan sunset kat sana memang cantik. Best dapat tengok keindahan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak mas, tapi IQ xsempat tengok sunrise. haha!

      Delete
  3. cantik tempt dia..bnyak aktiviti korang buat ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, banyak aktiviti yang boleh dibuat sepanjang bercuti dekat legend ni nad

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers