Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka

11:27:00 AM

-- --
Lepas pergi Taman Rama-rama dan Reptilia, kitaorang menuju ke arah Mitc Melaka. Nak solat asar, boleh baca cerita jalan-jalan dekat Taman Rama-rama kitaorang dekat sini. So, menujulah kitaorang ke Masjid Al-Alami Mitc Melaka. Dalam fikiran duk fikir mesti ramai orang, biarpun hari ahad, hari isnin kan cuti..so, mesti ramai orang nanti.

Sampai perkarangan Masjid Al-Alami tu, uishhh..lengang benor orang. Tak padat macam selalu. Ramai dah balik tempat masing-masing ke? Orang ada tapi tak ada la ramai seperti yang selalu IQ nampak. Dan tetiba si eda berbunyi, "wahhh...ada cendol! Ayah, jom makan cendol!" haaa..si eda dah mengajak dah. Ingatkan ayah tak layan, tetiba kaki semua melangkah ke arah gerai cendol yang terletak dekat kawasan parking kereta tu. Yeahh! Makan cendol! Tetiba IQ plak excited. kuikui.

Tapi masa kitaorang nampak cendol ni, si Qa'id nampak benda lain, benda apa? LOOORIIIIIII. Lori cendol tu haaa..Qa'id tengah nak belajar sebut dan mengenal benda sekeliling. Asal jumpa lori, sebut lori. Asal jumpa bas, sebut bas. Tengah nak belajar cakap gitu la gayanya.

Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Basahkan tekak dengan menghirup cendol memang perghh rasanya. Masa ni baru order. Tangkap gambar sekeping dua. Tapi perasan tak ada sorang tak nampak?
Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Ni haaa...dah duduk atas kerusi kecik dan rendah dari meja, memang tak nampak la anak ibu yang sorang ni. Lepas tu, nak jugak masuk frame. Teleng habis kepala anak ibu ni nak bergambar jugak.
Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Haaa..lagi lagi ibu ambik. Dah pandai nak bergambar jugak. Lepas ni mesti marah kalau tak ambik gambar dia dulu.
Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Kerusi cinoet je, duduk tepi IQ. Tapi yang lain memang tak nampak la dia. Nampak rambut je.


Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Cendol Pulut Durian. Yum yum. Rasa dia not bad la.
Daaannnn cendol pun sampai! hehe. IQ order cendol pulut durian. Isi durian yang dia guna dari isi durian jenis D24. Tokey dia cakap la, betul ke tidak IQ pun tak tahu. Kalau dirasa isinya, rasa macam durian kampung yang biasa tu. Tapi isi duriannya memang banyak dan tebal. Betul la tu kot durian D24. Kalau durian Musang King plak rasanya pahit pahit sikit.

Taukey gerai cendol tu ada berborak dengan ayah mertua IQ. Katanya dia juga terima tempahan untuk majlis-majlis kahwin dan jugak majlis-majlis keraian yang lain. So, dalam kepala masing-masing dah terfikir nak order untuk majlis adik ipar yang bakal dilangsungkan tahun depan. hihi. Merasa lagi la cendol ni tahun depan. hihi. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih kan kan kan?

Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Ayah mertua IQ memang suka photoboom gambar IQ. 
Gerai ni ada jual macam-macam makanan dan minuman lain selain Cendol. Ada laksa, ada ABC. Laksa famous yang dorang jual diberi nama Laksa Tulang Gajah. Nama jer, bukan bermakna dalam laksa tu ada tulang gajah ok! IQ tak berkesempatan nak rasa laksa dia. Next time mungkin. 
Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Kecohnya atoi bercakap. =P haha!
Kalau korang nak rasa kesedapan cendol dorang ni, boleh la pergi di kawasan parking Masjid Al-Alami Mitc Melaka ni. Dorang buka sampai lewat petang je rasanya sebab masa kitaorang keluar dari masjid habis maghrib tu, tengok2 dorang dah tak ada. So, assume buka sampai lewat petang jer dorang buka gerai.
Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Memang dekat sangat dengan Masjid Al-Alami Mitc Melaka. Cantik kan masjid ni?
Layan Cendol Pulut Durian Dekat Masjid Mitc Melaka
Siap solat Maghrib.
Kalau korang teringin nak rasa cendol durian ni, boleh pergi dan klik maps dekat bawah ni. Cari parking masjid yang luas tu. Dorang berada di situ.
Lokasi Masjid Al-Alami Mitc Melaka


Till then, bai!

You Might Also Like

20 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Sedapnya, ada akak cari cendol durian balik kerja ni kang. Hahahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari tak kak mas semalam? hehe, kat kL ni IQ xtau nak cari tang mana

      Delete
  2. cendol durian susah nak dapat sekarang ni, mau jugak pegi melaka ni kang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah ek? xtau plak, IQ pun lama tak makan cendol, xtau plak kewujudan cendol durian ni

      Delete
  3. Sekarg Mn2 ada cendol durian ye.. Lain tmpat lain rasa.. Hari tu mkn kureng sikit.. Nmpk iq mkn mcm sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zie, mana lagi ada cendol durian dekat kL ni ek? macam nak makn lagi. hehe

      Delete
  4. Sedapnye.
    lepas ni mungkin ada cendol cempedak,longan, tembikai. labu etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tu mungkin ada, dan jugak mungkin xde. heee

      Delete
  5. kalo cuaca panas, dpt cendol mmg sejukkk tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! kitaorang makan cendol ni lepas jalan2 dekat taman rama-rama. memang legaaa, hilang rasa penat

      Delete
  6. ini tak aci ni, tak ajak orang melaka pun hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa, mana tau..kalau tau ajak liza sekali. hehehe

      Delete
  7. Nampak sedap tu. Nanti ajak HB datang sini. Dia mmg hantu durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, ajak jangan tak ajak, tapi KL pun boleh cari jugak, cuma tak tau la lokasinya dekat mana

      Delete
  8. teringinnya nak makan cendol durian

    ReplyDelete
  9. alahaii..awat sedap sangat ni..nak cari cendol lagi la..hehe

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers