Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana

4:15:00 PM

-- --
Setiap jumaat, IQ akan pergi site. Gambar selfie dekat site tu kadang-kadang ada, kadang tak ada. haha! Sekarang kalau pergi site, dah berteman dah. Tak macam dulu, lonely. Bila ofismate follow IQ ke site, boleh la 'buat hal' bila dekat luar office. hehe.

'Buat hal' apa? Pergi makan sedap-sedap ler. Lepas je settle urusan dekat site, terus menuju ke satu kedai makan ni. Well, mesti la pergi waktu tengahari, makan tengahari kan? 

AYAM KAMPUNG PUBLIKA - Terletak di Damansara Perdana, tak jauh dari site IQ. Kedai Ayam Kampung ni berada di corner lot. So, senang nak cam cuma jalannya kena masuk ke dalam sikit, baru nampak kedai ni dari jalan luar. Nama kedai jer Ayam Kampung Publika, bukan sebab kedai ni ada cawangan utama dekat Publika yer. 
Ni masuk kali ketiga rasanya IQ datang ke kedai ni. Menu yang disediakan simple dan semuanya sedap-sedap. Ambik yang tu sedap, ambik yang ni sedap. Memang tak mengecewakan! First time IQ makan dekat sini, IQ dengan ofismate IQ serta boss kecik IQ yang korean tu. Kalau orang Korea pun cakap sedap, apa lagi nak cakap kan? Memang sedap la namanya!

MENU SIMPLE TAPI SEDAP!
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Antara menu-menu yang ada. Kedai ni berkonsepkan layan diri. Just ambik nasi, ambik lauk dan terus duduk dekat meja. Ada pekerja akan kirakan jumlah harga makanan yang kita ambil. 
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Sambal belacan dia KAWWW habis! Memang pedas giler! Kawan IQ yang suka pedas pun tak tahan tahap kepedasan dia. Masa IQ pergi sebelum ni, IQ letak lebih sikit, berair habis air mata IQ. Kawan IQ plak ayamnya terjatuh dalam sambal belacan tu. Kena habiskan jugak ayam dia. Menangis nak habiskan. Air satu jug tak cukup! Bila datang kali ke seterusnya, terus dah alert, letak secoet jer sambalnya. Tu pun pedas jugak. 
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Paru goreng! Sedap ni~
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Kalau nama kedai pun dah namanya Ayam Kampung, mestilah ada menu ayam kampung ye dak? tapi dalam gambar ni nampak berapa ketui je ayam kampung yang tinggal. Dorang letak tak sampai 5 minit pun dah habis kena sambar dengan customer. Kawan IQ ni pun tertunggu-tunggu ayam kampung siap dimasak. Bila pekerja dorang letak je ayam kampung yang panas-panas tu, memang licin la jawabnya. Semua pakat serbu berebut nak kan ayam kampung tu.

GULAI KAWAH DAGING KAMBING PUJAAN HATI IQ
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Tapi IQ tak makan ayam kampung masa IQ pergi kali ni. Sebab IQ teringat-ingat dengan gulai kawah daging kambing dorang ni! Yang ni superb punya! Sedap dia sampai menjilat jari. Memang terbaik la gulai kawah dia. Daging kambing dia lembut lahai. Sedap kuah gulainya sampai sekarang IQ terbayang-bayang kesedapannya. IQ ambik 4 ketui daging kambing gulai kawah ni, harga dalam RM10. Fehhh....puas hati sebab rasa dia memang sedap. 
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Close up sikit. Gulai kawah ni memang dalam kawah je la duduknya. Sebab bawah tu ada api. Kalau makan panas-panas ni memang terbaik rasa dia! Kawan IQ cakap, gulai kawah daging kambing ni hanya ada pada SETIAP HARI JUMAAT SAHAJA. IQ tak pasti sangat betul ke tak sebab kitaorang datang pun setiap jumaat jer. heee
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Ada juga sup tulang. Orang cakap sedap. IQ tak tahu sebab IQ bukanlah penggemar sup tulang. Tapi ramai jugak yang ambik sup tulang ni. Maknanya sedap la tu. Next time la IQ try. Tapi IQ tetap nak makan gulai kawah daging kambing tu, sebab yang tu memang wajib makan. 

HARGA MAKANAN SESUAI DENGAN RASA
Gulai Kawah Daging Kambing Meletup di Ayam Kampung Publika, Damansara Perdana
Ni kaunter cashier, dan dekat kaunter tu anak tokey rasanya. hihi. Dekat atas tu ada tulis senarai harga. Kali ni jumlah harga makanan yang IQ ambil, total RM18 termasuk desert. Mahal? Agak la, tapi rasa dia yang sedap tu buatkan IQ lupa pasal harga tu. Rasa berbaloi kot. Cuma tak berbaloi bila ambil nasi sikit pun cas RM2?? Adehai.
Untuk air, dorang ada sedia air sirap dalam bekas jug macam ni. Boleh terus ambik satu jug ikut korang nak. Satu jug ni harganya RM2. So, satu jug ni IQ kongsi dua orang. So, RM1 sorang bayar. haha! Kalau tak nak air sirap ni pun tak per, boleh order air lain. 
Hamek. Licin. Tak cukup masa ni. Sebab IQ letak nasi sikit jer. Nak tambah kang cas lain plak, tapi sebenornya malu nak tambah lagi. haha! Daging kambing tinggal tulang ajer ler. Sedap diaaaa sampai balik ofis pun still cium bau kari dekat tangan. Memang teringat-ingat kesedapan dia.
Satu-satunya desert yang ada di kedai Ayam Kampung Publika ni. Ape nama ek? Adehh...lupa plak. IQ tahu makan jer. Bila sedap, makan lagi, makan lagi. haha! 

RUGI KALAU TAK CUBA
Kalau korang nak try jugak makan ayam kampung dan jugak gulai kawah ni, boleh datang ke kedai ni di Damansara Perdana. Klik map di bawah ok!


Kitaorang nak pergi lagi hari jumaat ni! Jom makan sekali yok!

Gambar dari DBIQ dan Officemate. TQ nad!

You Might Also Like

10 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. adoii terliur nengok ayam merah tu kemainnn

    ReplyDelete
  2. fuhh sedapnya gulai kawah , lama gila tak makan , terliur baq ang

    ReplyDelete
  3. Fuhh sedapnya semua lauk ni. Terliur tengok :)

    ReplyDelete
  4. Sis juju peminat gulai kawah fuhhhhhhh kecur ailio

    ReplyDelete
  5. alahaiiiiii tenguk masa time nak lunch memang kecur lah. Perut pun dah kiok-kiok ni... Sedapnya gulai kawah tu...hish hish hish ngences ni tenguk

    ReplyDelete
  6. Huih menyesal baca sebelum makan.. Now dah telan air liur.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Gulai kawah kambing tak pernah jumpa lagi. Sedapnya. Dessert tu sagu gula melaka..

    ReplyDelete
  8. akk selalu mkn gulai kawah rembo tu.. gulai dia yg buat sedap.. perhangat esoknya pun elok lagi.. bila IQ dah share boleh la try mkn sini..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers