Advertisement

Responsive Advertisement

Aidiladha Sambut Secara Sederhana

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua Umat Islam di seluruh dunia. Haaa..gitu ucapannya. IQ betul-betul kelapangan ni bila IQ dapat siapkan entry kerja sebelum ni, tup tup ada entry baru plak menjelang petang. Mood menulis datang balik dah, Alhamdulillah. Kalau tak, bahasa dalam penulisan tersangatlah kaku dan buatkan pembaca rasa tak syok plak nak baca kan? Betul tak betul tak?

Hari raya aidiladha kali ni IQ balik rumah family mertua, iaitu rumah family Arwah Suami IQ. Walaupun Arwah dah tak ada, sistem giliran kena buat jugak. Sebab kesian dekat Qa'id tu nak jumpa atok dan opah serta barisan mak pak sedara dia. hihi. IQ balik rumah family mertua IQ yang terletak di Jasin, Melaka malam hari rabu hari tu. Jem? Tak usah cakap, tapi boleh la nak pecut 100km/j tapi ada la adegan brek mengejut macam nak stop kereta tang tu jugak. Kereta memang banyak. So, apa-apa pun memang kena berhati-hati di jalan raya. Jangan main handphone tengah jalan banyak kereta sebab nanti tak sedar kereta depan tetiba brek dah kena ciuman tak sengaja. Gituuuu...

PERSIAPAN JUADAH RAYA
Semalam, sehari sebelum raya, IQ sempat la tolong mak mertua IQ dekat dapur siapkan juadah raya. Juadah raya macam biasa mesti ada rendang ayam, rendang daging, kuah kacang dan jugak nasi impit. Menu wajib la IQ tengok setakat ni setiap kali raya menjelang. So, dah tahu dah kena buat apa, paling utama mestilah kupas bawang! haha! Tolong sikit-sikit pun lama-lama boleh siap jugak. kan?

Menu raya memang selalunya akan dimasak sehari sebelum raya. Kalau pagi raya atau malam raya baru nak masak, kepenatan plak jadinya. So, langkah selamat masak petang sehari sebelum raya. Esoknya bila dah tiba hari raya, kena la panaskan. Kalau tak panaskan, basi la rendang tu semua nanti. 
Aidiladha Sambut Secara Sederhana
Rendang Ayam
Aidiladha Sambut Secara Sederhana
Rendang Daging
BERBAJU TSHIRT, BERKAIN BATIK
Pagi raya tadi, IQ tak ke mana. Cuma stay dekat rumah sahaja. Sambil layan dan borak-borak dengan adik ipar ni semua. IQ ada gosok baju raya IQ dan Qa'id tapi yang pakai baju raya cumalah Qa'id. Malas plak nak bersiap sebab tengok adik-adik ipar yang lain pun tak bersiap. Yang nak pergi sembahayang raya je bersiap berbaju kurta dan melayu. Yang lain masih berbaju tidur sebab tak mandi lagi. 

IQ dah mandi awal pagi, cuma bila nak tukar baju raya tu jadi malas sebab yang lain tak bersiap. So, berbaju t-shirt dan berkain batik sahajalah IQ di hari raya. Qa'id tu pun IQ pakaikan baju melayu bila dia dah mandi pukul 11 pagi. Lain betul sambutan raya sebelah Pantai Barat Malaysia ni berbanding sebelah Pantai Timur Malaysia. Kalau dekat kampung IQ di Terengganu ni mesti kemain semua macam hari raya puasa. Masih ada yang akan ziarah sanak saudara sebab jarang balik kan? huhu.
Aidiladha Sambut Secara Sederhana
Siap mandi terus interframe depan mak pak sedara.
SAMBUTAN RAYA HAJI YANG BERBEZA 
Group WhatsApp family di Terengganu ada update gambar korban pada hari ni. Alhamdulillah, tumbang lembu seekor. Seronok tengok kemeriahan raya haji di sana. Insya-Allah, tahun depan mungkin akan sambut raya haji di sana pula. Tahun lepas sepatutnya sambut raya haji sebelah IQ tapi disebabkan Arwah Suami IQ baru sahaja meninggal pada waktu tu, IQ tak balik Terengganu jadinya. IQ cuma berada di Melaka. 

Rasanya dah 3 kali raya haji IQ tak balik Terengganu untuk rasa raya haji di sana. Cuma balik untuk raya puasa sahaja. Tahun 2015 sebab IQ baru bersalinkan Qa'id, Tahun 2016 sebab Arwah Suami baru meninggal, dan tahun 2017 ni IQ sambut di Melaka sahaja. Tak perlah, mungkin ada rezeki IQ sambut raya haji di Terengganu nanti. InsyaAllah.
Aidiladha Sambut Secara Sederhana
Selamat Korban Tahun Ni
Aidiladha Sambut Secara Sederhana
Saudara mara di Terengganu mula untuk melapah korban
Selamat Hari Raya Aidiladha kawan-kawan semua. Makan daging tu beringat-ingat. Jangan terlebih makan, makan daging merah banyak sangat pun tak elok jugak. Nanti bertingket-tingket kolestrol naik. Jangan lupa juga minum air limau lepas makan daging. Elok untuk elakkan lemak tepu berkumpul. hihi. 

Till then, bai.

Post a Comment

16 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha juga buat IQ...

    ReplyDelete
  2. slmt hari raya IQ .. sedapnya rendang tu :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Izyan. Lynda pun lama tak balik raya haji ke Besut, Terengganu. Suasana di Klang lain sikit. Pagi raya dok umah je. Raya ni pun tak masak lauk raya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya lynda, aah, belah pantai barat semenanjung ni kurang klau raya haji.

      Delete
  4. Selamat hari raya IQ. haha kelantan n terengganu memang meriah kan raya haji, mengalahkan raya puasa. kt perak pun samalah dengan melaka, sendu je. memang sepanjang nadia hidup tak pernah ada baju raya utk raya haji hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya nadia! haha, baju raya selalunya pakai baju raya puasa, rajin sangat nak beli baju raya utk raya haji ..heeee

      Delete
  5. Raya haji kat tempat reen pun tak meriah jugak sebab tu beraya rumah akk reen je tiap kali raya haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya haji orang seronok berjalan je kan? ramai ambik peluang pergi bercuti

      Delete
  6. Geram sangat tengok Qa'id pakai songkok..! Lamanya tak singgah sini.. Maaf sis, Anis busy sikit.. hehe.. Selamat Hari Raya Aidiladha sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, budak tu kalau tak paksa bersiap, tak adanye jadi semart macam tu, jenuh nak kejor dia sebab nak siap dia cantik2. haha.

      selamat hari raya anis!

      Delete
  7. Saya pun sambut raya haji biasa2 jea..

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)