Set Travel Cosmoderm Penyelamat Untuk Aktiviti Luar

2:34:00 PM

-- --
Sedia ada maklum, Family Day KBBA9 yang lepas diadakan di Cherating, iaitu kawasan persisiran pantai yang semestinya cuacanya panas dan boleh menyebabkan kulit kering. Risaunya IQ kalau kulit gelap disebabkan sunburn. Kulit IQ ni memang pantang kalau terlebih kena matahari, mulalah nanti nampak gigi je putih. 

Tapi, bila IQ sampai di Legend Cherating Beach Resort, IQ dibekalkan Set Travel Cosmoderm. Wahhh...memang rasa teruja dapat Set Travel Cosmoderm ni. Kenapa IQ teruja sangat? Mana lah IQ tak teruja, sebab dalam Set Travel Cosmoderm ni ada produk Cosmoderm yang membantu IQ mengekalkan keadaan kulit dan beri perlindungan pada kulit sepanjang IQ ber-family day ni.

KELEBIHAN SET TRAVEL COSMODERM
Set Travel Cosmoderm Penyelamat Untuk Aktiviti Luar
Gambar daripada blogger Aznan. link blog di sini
Set Travel Cosmoderm ada tiga produk Cosmoderm iaitu, Tea Tree Oil Magic Lotion, Vitamin E Cream 3,000 I.U. dan juga Advanced Moisture Therapy Cream. Apa kelebihan tiga produk ni?

1- Tea Tree Oil Magic Body Lotion

TTO Magic Body Lotion ni membantu IQ mengurangkan jerawat badan dan iritasi kulit dan juga mencegah bau badan agar nyaman sepanjang hari. Bila dah peluh-peluh masa beraktiviti, sure la kan kita terdedah dengan bau badan, liang roma terbuka apa semua. Kadang-kadang kita tak sedar jerawat boleh tumbuh dengan subur bila kita aktif. Apatah lagi kalau tak bersihkan badan betul-betul. Jadi, TTO Magic Body Lotion ni bantu IQ untuk mengatasi masalah tersebut. Memang best pakai! 

TTO Magic Body Lotion ni juga diperkaya dengan Aloe Vera, Vitamin B5 dan E untuk kelembapan dan perlindungan kulit yer. Memang kulit kita akan dilindungi dengan baik sepanjang kita melakukan aktiviti luar. Hanya sapu pada permukaan kulit yang bermasalah selepas mandi dan tidak perlu diurut. TTO Magic Body Lotion ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dan juga dewasa.

2- Vitamin E Cream 3,000 I.U.

Vitamin E Cream ni boleh membantu mengurangkan kulit kering. Kalau buat aktiviti luar rumah, kulit memang akan cepat kering disebabkan cahaya matahari. Dengan Vitamin E Cream ni, dapat mengelarkkan selar matahari. Dengan Dwi Tindakan Vitamin E Cream ni bersama minyak Rose E kaya dengan anti oksidan yang bertindak secara efektif.

Kalau ada parut pembedahan, parut jerawat, rekahan kulit, tona kulit tak sekata atau kedutan pra matang, Vitamin E Cream ini juga dapat membantu korang untuk hilangkannya. Best kan? IQ hanya perlu sapu dengan rata dan urut dengan lembut selepas membersih dan menyegar muka. 

3- Advanced Moisture Therapy Cream

Advanced Moisture Therapy Cream ni bagus dan berkesan untuk melembutkan permukaan kulit yang kasar dan juga merekah. Dengan kombinasi ekstrak herba, minyak zaitun dan juga aloe vera, ianya membantu meredakan iritasi kulit yang bermasalah. 

Namun, penggunaan Advanced Moisture Therapy Cream ni hanya pada masa ianya diperlukan. Hanya ratakan di bahagian badan yang sakit dan urut mengikut kesesuaian. Kulit yang merekah boleh terus sapu, mudah untuk digunakan.

GEL MANDIAN COSMODERM YANG MENYEGARKAN
Set Travel Cosmoderm Penyelamat Untuk Aktiviti Luar
Selain krim penjagaan kulit Cosmoderm, IQ juga dibekalkan gel mandian tau! IQ paling suka gel mandian ni sebab bau dia sangat best! Tea Tree Oil Shower Gel sangat menyegarkan badan IQ lepas seharian IQ beraktiviti. Aktiviti Family Day KBBA9 sangat padat dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bila IQ guna TTO Shower Gel ni, rasa segar betul lepas mandi. Memang best!

TTO Shower Gel ni 2 kali lebih pekat, hanya guna sedikit je dah ada buih banyak. Memang mudah nak dibawa ke mana-mana sebab botolnya kecil jer. Walaupun kecil, tapi penggunaan tak perlu banyak. Berbaloi kan? 

TTO Shower Gel ni bagus sebab?
- Anti Body Acne
- Anti Body Odour
- Paraben, SLS, SLES Free
- Hypo Allergenic
- For Normal or Oily Skin


PERLINDUNGAN DARI SINAR MATAHARI DENGAN BB CREAM COSMODERM
Set Travel Cosmoderm Penyelamat Untuk Aktiviti Luar
BB Cream SPF 35PA+++ ni paling IQ suka sebab IQ akan selalu pakai BB Cream ni sebelum IQ keluar beraktiviti. BB Cream ni bertindak sebagai Sunblock pada muka IQ dari sinar matahari sepanjang IQ buat aktiviti. Kesannya best sebab bila dah habis Family Day pun muka IQ tetap sama, tak gelap!

BB Cream ni mengandungi Minyak Tea Tree, Minyak Jojoba, Kulit Kayu Manis dan juga Glutathione yang membantu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB dengan kandungan SPF 35PA +++. Hanya sapu rata di atas muka sebelum pakai foundation. 

Set Travel Cosmoderm Penyelamat Untuk Aktiviti Luar
Set Travel Cosmoderm jadi pilihan utama IQ lepas ni!
Bila ada Set Travel Cosmoderm ni, senang la hati IQ. Tak perlu risau kulit bermasalah sepanjang IQ berada di luar rumah. Mudah dibawa ke mana sahaja dengan saiznya yang boleh dimuat masuk dalam beg pakaian ataupun beg tangan. 

Set Travel Cosmoderm, Tea Tree Oil Shower Gel dan juga BB Cream ni boleh didapati di mana-mana kedai farmasi, Watsons ataupun Guardian. Untuk lebih mudah, boleh layari laman web dan juga media sosial Cosmoderm di bawah untuk order pelbagai lagi produk terbaik daripada Cosmoderm. Ingat Travel, Ingat Cosmoderm. 


#ilovemyskin #cosmoderm #cosmodermhalal #pengembaraancosmoderm #cosmodermdicherating #dontleavehomewithoutcosmoderm

You Might Also Like

9 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Akak paling suka Magic Lotion, memang multi purpose. Pastu set travel ni wajib ada kalau nak kemana saja lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. magic lotion tu memang best, bawak yang tu pun boleh guna untuk macam2. set travel ni mudah nak bawak mana2 kan kak? IQ pun suka!

      Delete
  2. Terpikat dengan sunblock dia. Kena cari ni. Sbb reen da sedia gelap.bila berjemur mmg bertmbh2 gelap ag.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunblock dia memang terbaik! memang menjadi, kena cari reen, tak rugi pakai

      Delete
  3. serius yanie memang suka produk Cosmoderm.. sesuai untuk semua jenis kulit... best sgt..

    ReplyDelete
  4. Qaseh suka jugak cosmoderm travel set ni.. mudah nak bawa ke mana2 , beg pun kalis air siap dpt towel muka lGi

    ReplyDelete
  5. cosmoderm terbaik..nak cari di mana-mana drugstore puntak susah dah

    ReplyDelete
  6. Cosmoderm pilihan kak lya juga.. jatuh cinta dah dengan travel set Cosmoderm yang awesome ni haaaa.. mmg best pakai..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers