Resipi Mudah: Sup Sayur Fishball Simple Untuk Kanak-Kanak

5:10:00 PM

-- --
Dah nak tiba waktu balik kerja baru nak update blog. Maaf sangat-sangat! Kesibukan di pejabat membataskan IQ untuk update blog. Lagipun, tadi langsung tak ada idea nak update pasal apa. Baru teringat ada snap gambar sup sayur untuk bekal Qa'id pagi tadi. So, kita up resipi ringkas untuk rujukan ibu-ibu muda di luar sana.

IQ minta maaf awal-awal, sebab resipi ni resipi paling simple sebenarnya. Tapi IQ nak tulis jugak sebab IQ buat sup sayur ni first time untuk Qa'id hari ni. Selalunya IQ buat sup ikan, sup daging, daging masak kicap. Tapi tak pernah up entry pun. hehe. 

Resipi Mudah Sup Sayur Fishball Ringkas Untuk Kanak-kanak

*menu untuk seorang kanak-kanak (2 kali makan untuk kanak-kanak yang suka makan, kalau yang kurang makan boleh jadi hidangan untuk 3-4 kali makan) hehe

Bahan-bahan:

1/2 paket fishball (dipotong dua)
Sayur sawi 1/2 ikat (dipotong sederhana)
Lobak merah 1 biji sederhana besar (dipotong nipis)
Bawang besar 1/2 biji (dipotong nipis)
Bawang putih 4 biji (diketuk)
Kiub Ayam/Perasa (IQ guna stok ikan salmon yang IQ simpan untuk Qa'id)
Garam Secukup Rasa

Cara Masak:

1- Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
2- Masukkan kiub ayam/perasa. Gaul2 seketika, dan seterusnya masukkan air.
3- Masukkan lobak merah dan biarkan buat seketika.
4- Selepas lobak merah hampir lembut, masukkan fishball, sayur sawi dan juga garam secukup rasa. 
5- Biarkan 2-3 minit, dan tutup api.
6- Siap untuk dihidang.
Resipi Mudah: Sup Sayur Fishball Simple Untuk Kanak-Kanak
Bekal Si Qa'id hari ni. =)
Haaa..simple kan? memang simple. IQ yang dah kelewatan pagi tadi pun sempat masak sup sayur ni untuk Qa'id. Tiap2 hari bekalkan dia makanan untuk ke rumah pengasuh. Tapi baru yang ni la sempat nak up dekat blog. Kuikuikui. Esok IQ up entry resipi lain plak. Western ke plak kan? 

OK, till then, bai!

You Might Also Like

24 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Simple yet yummy..
    Bagus juga IQ share resepi2 simple mcm ni, mrs pip suka, nextime boleh try satu2...
    Kdg2 habis idea nak masak apa untuk anak2 ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ ni pun dah kekeringan idea nak masak ape tiap hari dekat si Qa'id, ni pun terambik idea officemate IQ ni yang selalu masak sup fishball dekat anak dia. hehe

      Delete
  2. bagus ni .. lisa pun suka makan sup sayur gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, IQ pun suka makan sup sayur mcm ni, sedap mkn dengan nasi kosong

      Delete
  3. Senangnya masak ni cepat pulak. Nantilah bila saya malas nak keluar saya masak ni. Tapi saya tak nak guna cube ayam. Gantikan dgn leher ayam. Atau kaki ayam.

    Sawi saya letak lebih.

    Harap2 menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer adam, asalkan ada rencah rasa tu. pakai yang ayam mentah pun lagi sedap. tambah sawi lebih, lagi manis. InsyaAllah jadi.

      Delete
  4. Cenggini pun dah sedap , boleh buat untuk Rayyan sebab dia suka jenis sup2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...boleh buat utk rayyan, rayyan lebih kurang je umur macam Qa'id. heeee

      Delete
  5. pandai Qaid makan mkan sup sayur.. akk suka mkn sup sayur..kdg2 akk masak sendiri untk diri sendiri hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qa'id suka carrot sangat, kena selalu ada stok carrot. masak empuk lagi seronok tengok dia makan. IQ pun balik kerja semalam sambung makan..hehe

      Delete
  6. bukan budak je suka, miera pun suka.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, menu untuk semua ni...semua memang suka makan macam ni. hehe

      Delete
  7. memang mudah kalau buat sup je. sedap pun sedap. berkhasiat lagi. by d way, salam kenal dari kak zana ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sup paling mudah dan berkhasiat untuk anak2...

      salam kenal juga kak zana. =)

      Delete
  8. anak saya suka sangat makan sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 anak2 memang suka jenis sup macam ni kan? tak pedas.

      Delete
  9. Kalau resepi, bapak dan mak budak pun suka ni...

    ReplyDelete
  10. busyra suka sup letak fishball.. sedap

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap jea sup sayur tue..nak cuba buatlah guna recipe Izyan ni

    ReplyDelete
  12. Simple2 je resipi ni. Hee..boleh try.

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers