Advertisement

Responsive Advertisement

Resipi Mudah: Pasta Bolognese Sedap Untuk Kanak-Kanak

Dah kenapa la kan update pasal entry resipi je ni. Nak buat macam mana, nak update pasal life pun nan hado, sebab hari2 pergi kerja, balik kerja. Balik kerja dah melayan budak kecik tu je la. Kalau tak layan kang, mengamuk. 

Hari ni IQ buat bekal menu Western dekat Qa'id. Dah lama sebenarnya tak buat Menu Western ni dekat Qa'id sebab dia tak sihat kan sebelum ni. Masa kena kayap hari tu, memang selera makan dia kelaut. Tak nak makan sangat. Sekarang baru ada selera nak makan. 

Menu Western ni boleh dikatakan light tapi mengenyangkan juga cuma kalau budak2 tengah tak ada selera, jangan dipaksa makan benda pelik2. Kang tak nak makan langsung lagi susah dibuatnya. Kan? Menu Western kali ni IQ buat Pasta Bolognese khas untuk kanak-kanak. Khas tu maknanya tak pedas sangat. Kalau pedas, pandang pun tak mau. hehe

Resipi Mudah Pasta Bolognese Sedap Untuk Kanak-kanak

*menu untuk 5 orang kanak-kanak untuk satu kali makan

Bahan-bahan:

1/2 paket pasta
Tomato Cherry 6-7 biji (dipotong dua)
Lobak merah 1 biji sederhana besar (dipotong panjang)
Bawang besar 1/2 biji (dipotong dadu)
Bawang putih 3 biji (dipotong halus)
Prego Original
Tomato Puree (Jika nak lagi masam)
Cili Giling  1 Sudu Besar (Untuk rasa pedas sikit2, kalau tak nak letak pun tak per)
Cendawan Hitam Kering (direndam dengan air panas dan dipotong halus)
Daging Cincang 200 gram
Garam Secukup Rasa
Gula Secukup Rasa

Cara Masak:

1- Rebus pasta dalam periuk yang berisi air. Rebus sehingga empuk. Kemudian, tos dan letak ke tepi. 
2- Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
3- Masukkan daging cincang dan juga cendawan. Gaul daging supaya daging masak sekata bersama cendawan dan juga bawang.
4- Masukkan Cili Giling. Jika anak tak suka pedas, boleh skip step ni. Kalau nak lagi pedas, boleh letak dua sudu cili giling. Gaul2 bagi rata.
5- Masuk Prego Original 2 hingga 3 sudu. Prego Original ni penuh dengan tomato, so agak masam. Boleh balance dengan gula nanti. Nak lagi masam, boleh letak lebih. Boleh juga tambah dengan tomato puree jika mahu.
6- Masukkan air putih 2-3 cawan. Bergantung kalau nak berkuah banyak, boleh letak lebih sikit. 
7- Masukkan lobak merah. Gaul bagi rata. Dan masukkan tomato cherry.  
8- Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
9- Biarkan 2-3 minit, last sekali masukkan pasta. Ada sesetengah orang tak suka gaul sekali pasta dan kuah. Takut pasta kembang. Boleh dihidang asing. Boleh juga gaul terus. Jangan lupa tutup api. hihi.
10- Siap untuk dihidang.

Resipi Mudah: Pasta Bolognese Sedap Untuk Kanak-Kanak
Simple simple untuk si kecil
Qa'id suka makan pasta berbanding spagetti. Sekali ngap masuk mulut dia. Dia lebih suka bolognese berbanding carbonara. Dulu IQ suka letak hotdog, daging cincang Ramlee tu semua tapi disebabkan Qa'id ni allergik kuat sangat, makanan macam tu kena avoid. Daging cincang yang IQ guna pun IQ cincang sendiri. Jenuh nak cincang bagi hancur. fiuhh..
Resipi Mudah: Pasta Bolognese Sedap Untuk Kanak-Kanak
Bekal Qa'id hari ni
Korang boleh la try nanti. Ni cara pasta bolognese versi IQ. kalau ikutkan IQ ada tambah lagi satu bahan, tapi IQ tak letak la sekali sebab nampak pelik plak campur macam2. Tapi rasanya tetap sama. heeee

Selamat mencuba! bai!

Post a Comment

24 Comments

  1. Bagusnya... siap ada bekal... jimat sikit kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerewet sket bab makan anak. Sbb dia alergik. Klu biar...hbis kulit dia

      Delete
  2. Alamak .terliur pulak tengok gambar pasta ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Nak try buat nanti. :)

    ReplyDelete
  4. lama dah xbuat pasta .. malas nak g beli bahan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, bahan mudah nak dapat ni qaseh. tak susah nak cari

      Delete
  5. Nak buat untuk Zafranla..Zafran suka pasta pasta ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, buatlah, budak2 memang suka pasta2 ni,

      Delete
  6. selalu buatkan spaghetti je untuk adik2 nanti nak try lah resipi ni. singgah sini bw. Salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. spagetti atau pasta memang pakai sos yang sama, kalau nak kelainan boleh try versi yang ni plak. heee

      Delete
  7. Sedap lah IQ..
    Mrs pip peminat tegar makan pasta,
    Tapi anak2 mcm tak suka sangat kecuali kalau mrs pip buat cold fruitty pasta..
    Mr.Husband pula tetap dgn selera kampung ....
    Nextime nak try resepi IQ ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cold fruitty pasta? mrs pip up resipi plissss, nak try buat jugak!

      Delete
  8. Replies
    1. hehe, kalau terliur kena buat la jawabnya. heee

      Delete
  9. haritu buat pasta, beli kuah dalam tin je..pastu beli bahan-bahan sampingan..hehee.pasta bolognese sedap bila dia ada rasa pedas sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...kalau pedas skit mmg sedap...klu rse tomato je rse kurg sket. Heee

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)