Advertisement

Responsive Advertisement

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3

Sambungan hari terakhir ambil masa sikit. Kesibukan dekat ofis memang tak bagi can langsung. Setel kerja baru boleh mengadap blog. Ai rindu blog! huhu. Nak sambung cerita yang dah hampir dua minggu berlalu. Maaf la lambat up hari last di Legend Cherating Beach Resort. Ni nak cerita la ni. Kalau ada yang terlepas kapal terbang, boleh klik link Hari Pertama dan Hari Kedua Family Day KBBA9. 

Hari ketiga bertamu. Pagi2 pekena sarapan macam biasa dekat Coffee House. Makan puas-puas. Ambik tenaga, sebab aktivti pagi hari ketiga ni perlukan tenaga yang banyak. Selesai sarapan, terus menuju ke arah pantai.

AKTIVITI SEA RAFTING YANG MENCABAR!
Aktiviti diberi nama Sea Rafting. haaa, nama pun ada perkataan SEA tu, jadinya ada kaitan la dengan laut. Dah lama tak buat aktiviti air ni. Teruja habis! Aktiviti Sea Rafting ni melibatkan kerjasama antara ahli kumpulan apabila nak membuat rakit dan mendayung rakit yang semuanya perlukan tenaga seluruh peserta. Kalau tak ada kerjasama, alamatnya tertinggallah kita di belakang.

Pengendali acara iaitu Encik Azeraf turut menunjukkan demo cara-cara rakit dipasang menggunakan buluh, tali dan juga pelampung. Selesai taklimat, peserta pun mulakan aktivti pasang rakit. Nampak macam senang tapi ikatan kena buat betul-betul. Kalau tak betul, terbuka plak ikatan bila kat tengah laut tu nanti. hihi.
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
Ikat rakit kuat-kuat. Nanti hanyut tinggal pelampung jer. 
Selesai pasang rakit, aktiviti Water Confident dijalankan untuk naikkan confident para peserta apabila berada dalam air. Tapi semestinya KBBA9 ni semuanya dah biasa dengan air, aktiviti Water Confident ni jadi lagi seronok dibuatnya. 

Siap buat Water Confident, terus acara utama dijalankan iaitu lumba rakit! Bila dah start acara lumba rakit ni, berkobar2 rasa sebab dah lama tak main aktiviti air. Dulu selalu join kayak, so...ni pun lebih kurang ler. Kitaorang kayuh sampai ke point yang diarahkan dan ambil bendera yang ada dekat point tu. Patah balik dan kayuh sampai ke persisir pantai. 
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
Dayung lagi! Lagi! Lagi! 
Acara tak habis dekat situ, kena buka balik rakit yang siap digunakan tadi. haha! Masa ni la kumpulan IQ kalah sebab ikatan kitaorang tu kuat sangat. Susah nak buka. Kuat ikatannya tanda rakit yang kitaorang buat tu kukuh. hehe. Kalah ke menang ke, yang penting kitaorang enjoy sangat dengan aktiviti Sea Rafting ni! Seronok sangat sampai rasa nak buat lagi. 

Habis Sea Rafting, aktiviti bebas dan kitaorang sambung main air dekat kolam resort yang super best tu. Kumpul blogger-blogger yang ada main selam dan ambil gambar. Yang ni IQ surrender awal sebab tak tahu la angin dalam badan ni banyak betul, nak selam badan punya la susah. Haha.

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
Aktiviti bebas bersama blogger KBBA9
SESI LAWATAN SEKITAR LEGEND CHERATING BEACH RESORT
Masa untuk check out. Selesai check out, pergi lunch dan sebelum balik ada sesi lawatan sekitar resort bersama Pihak Legend Cherating Beach Resort. Masa ni kitaorang boleh lihat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan kepada pengunjung resort. Nanti IQ kongsikan bilik-bilik yang terdapat di Legend Cherating Beach Resort ni dalam entry yang akan datang.

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
Lawatan sambil klik sana sini
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
Salah satu bilik penginapan di Legend Cherating Beach Resort. Nantikan entry seterusnya
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
View dari salah satu bilik penginapan. Cantik!

SEMOGA BERTEMU LAGI!
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap ukhwah yang terjalin, didoakan akan kekal ke akhirnya. Pengalaman yang bermakna buat IQ kali ni sebab dapat berkenalan dengan otai-otai blogger dan juga dapat menimba pelbagai pengalaman baru sepanjang berada di Legend Cherating Beach Resort ni. 
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
Kami Blogger KBBA9!
Family Day KBBA9 ni adalah aktiviti pertama untuk IQ bersama blogger KBBA tapi IQ rasa macam aktiviti yang ke berapa entah. Rasa sangat mesra biarpun baru 3 hari 2 malam berjumpa dan bermesra. IQ harap akan jumpa lagi semua blogger KBBA9 yang ada di masa akan datang. InsyaAllah.

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 3
InsyaAllah ukhwah terjalin hingga ke akhirnya.

Penaung KBBA9, Ben Ashaari bersama Legend Cherating Beach Resort's Director of Sales, En Meor Amran.
Untuk maklumat lanjut tentang Legend Cherating Beach Resort, boleh cari info di alamat ini:
Contact Person: Encik Meor (013-3319822)

Alamat resort:
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnya IQ dpat join kbba9 nih. Sronok aktiviti berakit tu tp reen takut skit xtvt gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki kali ni. Tak ada la bosan sangat kan..

      berakit tu feveret IQ. walaupun IQ tak reti nak berenang.haha

      Delete
  2. tak dapat jumpa Izyan last day tu. Tapi nice to knowing you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, dapat tahu lynda dah balik, xsempat nak say bye bye

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)