Salam semua.
Mula je hari isnin, badan da start lemau balik. Ditambah dengan jem sepanjang jalan menuju pergi kerja hari ni. IQ sendiri pun duk terfikirkan Qa'id yang tak berapa sihat, mujur ada mak pak sedara dia di rumah. Boleh tengokkan sementara IQ pergi kerja. Qa'id kena jangkitan lagi. Nanti bila dia dah sembuh sepenuhnya IQ akan story dekat sini untuk reference sesiapa untuk masa akan datang.
Beraya Selagi Syawal Masih Ada
....Esok Puasa Enam Pula...Habis Puasa, Sambung Beraya...Selagi Syawal Masih Ada...Masih adaaa...(Petikan Lagu Raya Senario)
Haaa...dah masuk dua minggu ni IQ beraya di KL. Dan minggu ni minggu terakhir Syawal. IQ sendiri tak putus2 menerima jemputan beraya ke rumah kenalan. Alhamdulillah...di kesempatan yang ada, IQ dapat pergi. Kalau tak dapat munculkan diri tu, ada la hal yang tak dapat dielakkan.
Hari sabtu lepas IQ pergi ke rumah officemate IQ. Katanya, alang2 kawan2 husband dia nak datang, dia buat la open house sekali. Sebelum IQ ke rumah dia, IQ bawak Qa'id ke klinik. Di sini la IQ tahu Qa'id kena jangkitan. Lepas pergi klinik, IQ direct ke rumah kawan IQ di Subang Bestari. Jauh perginya. Lalu kawasan rumah lama kami di Kota Damansara. Rindu IQ dibuatnya.
Nak buat peace. Qa'id tak jadi buat. hehe |
Officemate IQ ada anak sebaya Qa'id, cuma anaknya lahir bulan 2, Qa'id plak bulan 9. Dah macam adik2 plak Qa'idnya. Badan sama besar tapi Qa'id la paling berat. 14 kg masa timbang dekat klinik sebelum tu. Patut la ibu dia tak cukup nafas kalau angkat dia naik tangga dekat rumah tu. huhu.
Medina kemain posing. Qa'id baru bangun tidur. |
Lepas pergi rumah officemate IQ ni, IQ ke rumah adik IQ di Gombak. Hajat nak angkut adik IQ sekali pergi beraya rumah kawan Arwah suami IQ plak dekat Taman Melawati. Nasib baik adik IQ on. Ada la penemannya juga. Beraya dekat rumah kawan Arwah tak ada gambar. Rugi plak rasanya tak der gambar sekeping pun. huhu. Habis beraya, balik rumah. Kepenatan.
Esoknya pula, IQ dapat jemputan ke kenduri kesyukuran pula. Kenduri kesyukuran sempena bakal Haji yang akan ke Tanah Suci tak lama lagi. Ini kawan IQ masa sama2 bersalin di Hospital Melaka yang ajak pergi rumahnya. Mak dan ayahnya bakal pergi haji hujung bulan ni. Sambil2 tu buat open house sekali. Jumpa maknya macam dah lama kenal. Peramah betul maknya. Kawan IQ pun sama, kemain ramah dia. Anak kami lahir pada hari yang sama, Hari Malaysia. Anak dia dapat masuk paper pada hari tu. Qa'id keluar lambat sangat. Jadi, dapat hadiah je. hehe.
Semua budak2 baya Qa'id semua perempuan. Tak ada lagi geng laki ni Qa'id. Tak boleh buat team bola lagi |
Tapi kami sama-sama single mother. IQ pernah ceritakan kisah kawan IQ ni di blog. Boleh baca di sini. Setiap orang pasti ada dugaan hidupnya. IQ dan dia pasti ingin yang terbaik, tapi percaturan Allah SWT lebih hebat dari apa yang kita rancang sebenarnya.
Ok la. Till then, bai!
11 Comments
Semoga qaid cepat sembuh yer
ReplyDeleteraya sakan IQ, Qaid lg suka jumpa kengkawan..
ReplyDeletetu la, dapat jumpa geng. tapi geng semua perempuan, tak ada geng lelaki lagi. huhu
DeleteQaid tu demam sebab ikut maknya berjalan... hihi.... almaklumlah selagi raya masih ada...hehe
ReplyDeleteQa'id xdemam, cuma kena jangkitan. huhu
DeleteSelagi Syawal masih ada selagi itulah kita gi beraya kan...
ReplyDeletetu la, kalau tak ada yang menjemput, xde juga perginya. hehe
DeleteSelamat hari raya :)
ReplyDeleteselamat hari raya!
Deleterajinnya IQ ni beraya, bagus bagus. Tabik spring hehe.
ReplyDeletesebab masa raya je dapat jumpa kawan2, kalau bukan raya, bila lagi nak jumpa kan?
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)