#SayangRaya : Raya Bersederhana Part 2

9:00:00 PM

-- --
Salam 10 Syawal.

IQ nak sambung update pasal raya Part 2. Tak tahu la kalau ada yang sudi baca. Tapi IQ update je buat kenangan IQ dalam blog ni. Boleh baca Part 1 di sini yer.

Raya Ketiga.

Raya ketiga di Kuantan, Pahang. Kitaorang bermalam di Season View Hotel, Kuantan. Hotel pilihan kami sekeluarga sebab berbaloi dan ada breakfast. Keluar dari hotel tengahari dan kami gerak ke Pekan Pahang pula.

Cadangnya nak singah rumah Pak Der IQ tapi jenuh panggil, rupanya Pak Der tak ada di rumah. Beransur la kami ke rumah Mak Su IQ yang tak jauh dari situ. Mak Su ni satu2nya adik perempuan Arwah Ummi IQ. Arwah Ummi IQ dan Mak Su je dua beradik perempuan, yang lain semua lelaki. Sebab tu kitaorang rapat. Apatah lagi muka mak su macam Arwah ummi, rindu dekat ummi terubat sebab dapat tengok mak su.

Lepak rumah mak su agak lama, lepas tu baru gerak balik ke KL. Balik KL dah? Aah, sebab IQ nak beraya belah mertua IQ plak.

Raya Keempat.

IQ tidur dekat rumah IQ satu malam. Mak mertua sekeluarga pun ada bermalam sekali sebab mereka baru sampai dari Perak. Adik ipar yang sorang tu kena kerja raya keempat. Nak tak nak kena balik. Tapi bagi mereka yang bercuti, sambung beraya ler! Sambung beraya dekat rumah sepupu Mak mertua di Bukit Jalil iaitu Cik Yam atau dikenali sebagai Mak Mok. IQ ingat2 lupa, rasanya IQ ada jumpa Cik Yam masa Arwah Suami meninggal tahun lepas. Mak mertua IQ pun cakap Cik Yam ada datang. Betul la tu.

Habis beraya, balik Melaka! Sambung beraya dekat Melaka. hihi.

Raya Kelima tak ke mana, cuma singgah rumah Arwah suami. Akhirnya dapat singgah pada bulan Syawal ni. Sebelum raya hari tu dah datang, dan tak pernah jemu nak ziarah. Rindu. Tengah2 baca doa dekat pusara Arwah, si Qa'id tetiba lambai dan sebut babai di atas pusara Arwah ayah dia. Tergamam IQ dan mak mertua. Dah ler melawat kubur masa tu hari jumaat. huhu.

Raya keenam ada la pergi rumah kawan adik ipar. Raya ketujuh IQ demam. Tak dapat nak beraya dengan kawan IQ. adesss...Raya kelapan IQ balik kL.

Tak beraya sangat pun sebenarnya. Just habiskan cuti dengan rehat dan bersama keluarga. tu yang penting. Dah masuk kerja balik ni rasa fiuhhhhh....Nak cuti lagi!

You Might Also Like

10 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Laaa...raya ketiga kt Kuantan Pahang ye...sis ada kt sana tau...season view tu mcm pernah tgk...cuma tak berjumpa je kita kan...kalau tak jadi kbba raya dah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. season view banyak iklan, ok la hotelnye, kuantan di mana kak juju? fmly sy rmai dkat sne..

      Delete
  2. hari ni dah 10 syawal er.. huhuhu. cepatnya la masa berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 11 Syawal dah kak DP, aah, cepat sgt masa berlalu

      Delete
  3. cantik semua dalam gambar ni.. semua berseri-seri di hari raya

    ReplyDelete
  4. banyak jugak IQ pusing beraya, rajin hehe. sekarang mood open house pulak kan haha

    ReplyDelete
  5. Sakan dia beraya...seronok kan

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers