Poskad Animasi Aidilfitri Canggih Daripada Pos Malaysia Melengkapi Aidilfitri IQ

10:00:00 AM

-- --
Salam semua

Masa hari raya yang lepas, adik IQ ada beri IQ satu set poskad raya yang unik. IQ pasti ramai yang dah tahu pasal poskad raya ni sebab dah viral sebelum menjelang raya lagi. Tapi kali ni, IQ berkesempatan melihatnya sendiri dengan mata IQ. Real! hihi.

Apa dia Poskad Raya Yang Unik ni?
Poskad Animasi Aidilfitri  Canggih Daripada Pos Malaysia Melengkapi Aidilfitri IQ
Poskad Raya Unik ini dikeluarkan khas oleh Pos Malaysia sempena Aidilfitri 2017 yang menggunakan Animasi AR. Ada satu pek mengandungi 4 keping poskad yang membolehkan animasi muncul selepas imbasan dibuat.

Sebelum imbasan dibuat, mestilah kena download Apps nya terlebih dahulu. Kamera biasa tak boleh yer. Cari dan download Aplikasi AR Postcard di Play Store atau Apps Store. Dah download boleh terus imbas poskad untuk lihat animasi berkenaan.
Poskad Animasi Aidilfitri  Canggih Daripada Pos Malaysia Melengkapi Aidilfitri IQ
Setiap poskad mempunyai animasi yang berbeza. Siap dengan bunyi lagi. Ada poskad yang mengeluarkan takbir raya, lagu raya dan bunyi bunga api pun ada. Memang best dan canggih! Siap boleh zoom tengok muka animasi tu dekat-dekat. hihi.
Poskad Animasi Aidilfitri  Canggih Daripada Pos Malaysia Melengkapi Aidilfitri IQ
Balik Kampung punya poskad
Poskad Animasi Aidilfitri  Canggih Daripada Pos Malaysia Melengkapi Aidilfitri IQ
Yang ni ada takbir raya, pergi sembahyang raya mesti la ada takbir raya kan
Poskad Animasi Aidilfitri  Canggih Daripada Pos Malaysia Melengkapi Aidilfitri IQ
Yang ni beraya di kampung, ziarah kaum keluarga dan sahabat handai
IQ tak pasti poskad ni masih terdapat di Pejabat Pos atau sudah habis dijual. Sebabnya IQ pun dapat dari adik IQ yang kerja di Pos Laju Malaysia Cawangan Kepong. Rezeki IQ kali ni dapat kad raya canggih. 

Harga untuk 4 keping poskad beranimasi ni sangat berpatutan, Hanya RM5.90 tanpa GST. Jika poskad ni masih dijual di mana-mana cawangan Pos Malaysia atau Pos Laju, korang boleh dapatkan poskad ni segera untuk lihat sendiri animasi yang keluar dari poskad ni.

Selamat hari raya semua! Jom sambung beraya hujung minggu ni! Siapa buat rumah terbuka IQ nak terjah ni!

You Might Also Like

21 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. hurmmm lama dah tak main htr poskad ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ tak hantar pun, adik bagi pun yang kosong

      Delete
  2. kwn akak kan IQ, snggup gi dayabumi pejabt pos tu semata2 nak beli kad raya ni, siap half day petan lg, kelakar pun ada hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yeke? betul2 semangat tu. risau kehabisan..XD

      Delete
  3. hebat betul kad raya zaman sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? memang hebat betul teknologi sekarang

      Delete
  4. kak IQ elsa pun dapat hikhik dapat free daripada kawan sebab kawan tu kerja pos laju. memang stail lah poskad tu!

    ReplyDelete
  5. Kagum jadinya melihat poskad gitu.
    Kalau dapat 1, mesti best.

    ReplyDelete
  6. miera pun dapat dari blogger lain.. hehe..

    ReplyDelete
  7. rabia dapat jugak kad raya dari blogger.dapat 2 kad raya

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers