Renew Kad Hijau Melalui Sistem Online Baru Dan Terkini - CIDB Malaysia

4:37:00 PM

-- --

PROSES PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ONLINE BARU CIDB-CIMS (CIMS- CENTRALISE INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM)

Bermula 4 Julai 2017, CIDB memperkenalkan sistem permohonan atas talian yang baru iaitu Sistem Pengurusan Maklumat Setempat bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatannya.
Sehubungan dengan itu, semua urusan yang berkaitan pendaftaran personel binaan hanya boleh dilakukan sekiranya mempunyai akses pengguna CIMS seperti berikut:
  1. Permohonan pendaftaran personel binaan tempatan hendaklah melalui ID INDIVIDU atau ID MAJIKAN, manakala
  2. Permohonan pendaftaran personel binaan asing melalui ID MAJIKAN sahaja
Pemohon juga diminta untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta dokumen yang perlu disediakan sebelum permohonan dibuat. Berikut adalah maklumat serta rujukan pemohon dengan cara KLIK pada pautan yang diberikan :-
  1. Syarat Pendaftaran Personel Binaan
  2. Kelayakan Pendaftaran Personel Binaan
  3. Senarai semak dokumen sokongan
  1. Pendaftaran Personel Binaan Baru (Tempatan)
  2. Pendaftaran Personel Binaan Baru (Asing)
  3. Pembaharuan Pendaftaran Personel Binaan
  4. Gantian Kad
  1. Perubahan Kriteria Pendaftaran
  2. Kad Hilang
  1. Panduan Pendaftaran Personel Binaan (ID Individu)
  2. Panduan Pendaftaran Personel Binaan (ID Majikan) 
Sumber: CIDB Malaysia

You Might Also Like

45 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Good sharing..
    Nowadays cidb dah makin cekap bab2 nak renew green card ni kan...

    Ehem ehem , blog dah cantik 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, da ok dah sistemnya, kali ni baru diperkenalkan sistem baru, kena update lagi

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Well done IQ..
    Info yang sangat berguna kepada mereka yang berkenaan..
    Bukan semua orang faham dan tahu caranya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, IQ pernah tutorial sebelum ni, bila ada update terkini kena share juga.

      Delete
  3. sis, kalau kita nak tukar personel tred information, sijil2 semua settle kat kaunter ye? sbb sy try online, but keluar invoice saja. upload sijil semua xde dah. x biasa dgn system baru cidb ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk update tread ni rasanya perlu ke kaunter. sebab perlu verification.

      Delete
  4. sis, kalo saya nak renew untuk pihak ketiga menggunakan ID saya boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang itu saya tak pasti. rasanya boleh, cuma perlu berurusan di kaunter.

      Delete
    2. susahnya la saya nak renew kan untuk fil saya. hihihi... saya x bape nak familiar sangat ngan cidb nie. ada contact no x untuk saya call dulu sebelum walk in counter? at least saya boleh prepare pape document before walk in.

      Delete
    3. boleh contact nombor di hotline cidb.

      Delete
    4. Numpang tanya,nak renew cidb,tanpa majikan boleh tak.??

      Delete
  5. assalamualaikum..untuk pembaharuan cidb personel tempatan(staff),perlu guna ig majikan ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, untuk pekerja tempatan, boleh buat pembaharuan secara sendiri tanpa guna id majikan

      Delete
    2. Kalau guna id majikan boleh tak??

      Delete
  6. Sy nak tanya , kalau untuk pekerja asing macam mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekerja asing kena pakai id CIDB company.

      Delete
    2. Sy masih praktikal. Tp boleh ke sy tlog renew kan untuk pekerja asing tu guna id sy ?

      Delete
    3. saya tak berapa pasti nur, kalau ada no id CIDB company mungkin boleh tolong buatkan.

      Delete
  7. Salam.. Tumpang tanya, sy dah cuba nak renew kad hijau tapi tak jumpa lah, boleh sy nak tau lepas dah masuk kat CONTRUCTION PERSONNEL MODUL ( pastu dah klik View Details) dia akan buka ke tempat lain yg mana ada Personnel detail, Personnel Card,insurans dan lain2 tu..Dan sy dah try masuk kat personnel detail, bila sy key in detail semua dia kata sy dh register and dia suruh pergi ke renew (dlm personnel card), dah sy key in balik tp still tak keluar ape, jadi macam mana ye? =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh..puas cri laman web mcm mna nk renew online.nk kna p kaunter cidb jgk ke?

      Delete
    2. Aduhhh..puas cri laman web mcm mna nk renew online.nk kna p kaunter cidb jgk ke?

      Delete
    3. Betul. Sy pun mengalami masalah yang sama. Bila bukak, takde data dalam rekod

      Delete
    4. try log in balik, sistem baru ni ada masalah track data. sebab kwn sy pun kne refresh balik.

      Delete
    5. masuk laman web ni, kalau tak ada id pengguna dan password. sila daftar baru, then automatically your data is inside. >> http://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml << unless you lupa ic dan nama penuh you. hehehe

      Delete
  8. salam.. saya nak tanya kalau saya nak buat green card untuk tempoh 5 tahun macam mana nak tahu berapa RM ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, sy xpasti utk tempoh yg lebih 2 tahun, sebab kebiasaannya 2 tahun sahaja

      Delete
    2. 1 tahun, RM25. 5 tahun, RM125. (update terkini)

      Delete
  9. pening la aq mcam mna nk renew greencard ni....smpai skrg tak renew2 lagi ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk laman web ni bro, kalau tak ada id pengguna dan password. sila daftar baru, then automatically your data is inside. >> http://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml << unless you lupa ic dan nama penuh you. hehehe

      Delete
  10. konon nk senang.. tapi lagi mnyusahkn...

    ReplyDelete
  11. Bagi saya sistem baru ni lagi menyusahkan. saya dah buat pembaharuan secara online dan buat bayaran di cawangan chan sow lin pada 17/8/17. Pihak kaunter suh datang balik dalam masa 3 hari untuk amik kad. bila datang balik selepas 3 hari, dorang cakap amik masa seminggu pulak.
    Ok datang balik selepas seminggu, pihak dekat chan sow lin boleh cakap takde data dan kena pegi dekat cawangan PWTC. pegi PWTC pulak dorang cakap tak sepatut nya pergi ke situ..kena refer balik dengan chan sow lin. Dah jadi macam bola kena sepak sana sini. Bila call centre memanjang tak dapat masuk talian dan sampai ke hari ini saya masih tak tau apa status kad hijau tersebut. Mohon pihak cidb untuk meningkatkan sistem online ni..kalau sistem online ni masih belum stabil, sepatutnya pembaharuan kad di kaunter masih diteruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sebenarnya, untuk yang arif guna online memang senang. tapi, untuk yang tak tahu sumpah susah. I ambil masa 1-2 weeks untuk faham cidb reg. online ni, finally done. Pasal bila call centre/hotline memang haram nak jawab tu betul. Dalam 100x dail pun belum tentu dia akan jawab. Dalam call yang ke 200 baru dapat sambungan. HAHAHAHAHHA

      Delete
    2. Aimie Diyanna dah dapat ke kad baru?...
      saya punye status masih lagi tak tahu sama ada kad itu dah siap atau tidak.
      kene col centre dr pukul 8:30 baru dapat line...tapi jawapan yang saya dapat sentiasa sama mereka akan cek dengan bahagian teknikal.

      Delete
  12. Kenapa makin lama makin susah..
    Cara renew cidb yg dulu tu lebih baik lagi.

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers