Ingatkan Eczema, Rupa-rupanya... (Part 2)

1:00:00 PM

-- --
Sambungan.... Baca Part 1 di sini

Kesan ubat Antiviral boleh dikatakan berhasil. Tapi masih perlu pemantauan. Masih ada saki baki kayap keluar. Mungkin virus tu nak keluar habis. Ubat sepatutnya untuk 5 hari sahaja tapi disebabkan selalu terskip satu kali makan, ubat drag lebih dari 5 hari. IQ ada juga letak ubat sapu Calamine, untuk mengelakkan gatal kayapnya berkurang. Boleh dikatakan berhasil walaupun ada juga adegan meraung tengah malam.

Hari keempat Qa'id makan ubat, opah dan atok Qa'id datang rumah. IQ disarankan bawa Qa'id ke hospital untuk cek darah bagi memastikan kayap Qa'id tak jatuh dalam kategori serius. Hari kelima Qa'id makan ubat, IQ bawak Qa'id ke Klinik Kesihatan Kerajaan untuk memastikan Qa'id dalam keadaan stabil.
Ingatkan Eczema, Rupa-rupanya... (Part 2)
Ni hari nak pergi KK, hantar gambar ni dekat boss kecik. Terus "bring your son to clinic faster" 
Jumpa doktor di KK, doktor pun terkejut tengok keadaan Qa'id. IQ minta doktor untuk cek darah Qa'id. Macam biasa la, kalau nak ambik darah memang susah la. Tapi mujur Qa'id dah tak ada mengamuk macam dulu. Makin besar dah, nangis mintak lepaskan je. Mujur baik2 je. Dan resultnya? Alhamdulillah, sel darah merah dan putih dia normal. Cuma platlet dia tinggi sebab tengah makan ubat antiviral. Semua ok, dan Qa'id dapat ubat antibiotik plak. Kena habiskan jugak ubat ni selama 5 hari.

Ubat AntiViral Dipreskrip Oleh Doktor

Ubat Antiviral yang Qa'id ambil, Acyclovir 200mg. Ubat tablet, larutkan dalam air + Gula dan bagi makan guna syringe. Kalau bagi tablet dekat budak2 memang tak dapat ler. Mesti dalam bentuk cecair. Sepatutnya ubat dalam bentuk Syrup tapi dah dua buah farmasi IQ pergi memang ubat ni tak ada stok. Ada dalam bentuk Tablet sahaja. Ubat ni dipreskrip oleh doktor. IQ beli dekat farmasi sebab klinik tak der bekalan ubat ni. Ubat Antibiotik Qa'id plak IQ lupa nak snap nama ubat tu. Ubat antibiotik dia dapat dari Klinik Kesihatan. Kiranya dua kali la IQ pergi jumpa doktor sepanjang Qa'id kena kayap ni.

Rawatan Tradisional Ada Buat Tak?

IQ cuti hari khamis dan rabu lepas. Bawak Qa'id balik rumah atok dan opahnya. Cadangnya nak berubat tradisional tapi nak kena pergi Johor. Last2 tak pergi sebab tengok perkembangan Qa'id positif. Kayapnya makin kering hari demi hari. Makan kena kawal, dan mujur Qa'id tak makan ayam. Ayam dan telur avoid awal-awal dah. So, selamat.
Ingatkan Eczema, Rupa-rupanya... (Part 2)
Kesan menggaru, kayap ada dua tiga biji dekat muka dan atas kulit kepala, berjangkit.
Nak jaga kayap ni tak susah, cuma susah part bila anak kecik ni tak faham bila ibu dia kata, Jangan Garu!. Tangannya sedap sangat menggaru. Nikmat yang amat rasanya. Lepas tu mula la tangan tu penuh dengan darah. Bila nak mandi, dah takut sebab luka kayap tadi dah pedih bila kena air. 

Sampai saat ni? Apa perkembangan Qa'id? Alhamdulillah, babysitter Qa'id da terima dia dah. IQ dah mula kerja hari ni. Anyway, Masih ada sakit baki lagi kayap yang tinggal. Kena pastikan kayap tu sentiasa kering. Kalau berpeluh, biarkan badan dia sejuk dulu. Salin baju dia. Jangan pakai baju yang ada peluh, boleh menyebabkan gatal dan nak garu sesedap rasa dia. 

Kayap ni berjangkit ke?
Ingatkan Eczema, Rupa-rupanya... (Part 2)
Ni gambar hari isnin lepas. dah banyak kering. Tinggal parut hitam je.
Kayap ni berjangkit JIKA ianya masih berair. Lebih cepat berjangkit jika air terbang dan bila ada orang bersin sekali, maka proses jangkitan tu boleh berlaku. Qa'id punya kayap dah kering, cuma kalau dia menggaru tu, bukan air yang keluar...darah yang keluar. Pening ibu dia. Letak plaster kang dia menjerit2 suruh buka balik. Aishh..

Calamine Penyelamat

IQ selalu letak calamine pada kayap Qa'id. Ada krim antiviral tapi tak bagi kesan sangat pada Qa'id. Even tak letak krim Antiviral tu, Qa'id tetap makan ubat Antiviral dan Antibiotik. So, kalau tak letak krim tu pun tak per. Ubat sapu Calamine sangat membantu sebab ianya sejuk dan mengurangkan kegatalan pada kayap tu.

Setakat ini perkongsian IQ tentang Kayap yang dialami Qa'id. Qa'id masih belum pulih sepenuhnya tapi InsyaAllah nanti IQ letak gambar dia terbaru kalau kayapnya dah habis semuanya nanti. 

Till then, bai!

You Might Also Like

29 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. siannya qa'id, moga cepat sihat sepenuhnya ya

    ReplyDelete
  2. Aduh kesiannya... Semoga Qaid cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  3. bole bayangkan macam mana qaid tak selesa, nangis2 kesan dari kayap tu...saya yang dah nak tua ni pun baru je kena cacar air tahun lepas, sakitnya tak tertanggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, mmg xselesa, kesian nak tidur malam pun asyik terjaga

      Delete
  4. Alhamdulillah dan beransur sembuh.

    ReplyDelete
  5. Alahai kesian nya. Semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh dan pulih sepenuhnyaa

    ReplyDelete
  7. Ksian Qaid. Semoga cepat sembuh Qaid. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih reen, Alhamdulillah, da elok dah kayap dia

      Delete
  8. alhamdulillah improving. dah nak baik tu. InsyaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, Alhamdulillah, makin elok dah. =)

      Delete
  9. adoi shian baby.. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. Thanks sharing the stories IQ, bagus juga tau hal2 mcm ni, nextime boleh refer entry ni :) ... and hope Qa'id cepat sembuh n kayap tu hilang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 mrs pip. Alhamdulillah...kayap Qa'id dah pulih sepenuhnya, cuma tinggal parut sahaja.

      Delete
  11. kesiannya qaid..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers