Bergaya Dengan Cermin Mata Raya Baru

11:38:00 AM

-- --
Salam semuaa..

IQ ni sebenarnya mudah terpengaruh tau. Terpengaruh macam mana tu? Perempuan ni ada satu sifat mudah terpengaruh kalau ofismate dia shopping barang online. haha! IQ la mudah terpengaruh tu. Ofismate IQ ni duduk depan IQ. Meja kitaorang mengadap satu sama lain. Kalau dia tengah ushar something, mesti dia info IQ jugak. IQ ni kalau tengah sengkek, memang bolayan je. Tapi kalau ada duit lebih sikit, mula join sekaki. Hari tu dah join shopping online kasut raya Vincci RM29 dekat 11street, ni nak join beli cermin mata plak??

IQ memang plan nak tukar cermin mata sebab cermin mata IQ tu cerminnya dah bercalar teruk. IQ plan nak tukar cerminnya kemudian tapi kalau nak tukar cermin saja pun dah macam beli cermin mata siap frame semua. So, hold dulu tukar cermin. Plan beli yang siap frame terus. IQ beli online jer tau! IQ beli di IG Shop @vovivo4u_. Senang, tak perlu pergi kedai. Order online tup tup sampai. Bagitahu jer power korang. Gerenti semuanya beres. Pelbagai pakej disediakan untuk korang pilih berdasarkan jenis cermin yang korang nak. IQ pilih bluecoated pakej sebab IQ banyak guna komputer dan gadjet. 
Bergaya Dengan Cermin Mata Raya Baru
Bergaya Dengan Cermin Mata Raya Baru
Tapi IQ punya la lambat buat keputusan nak tukar cermin mata tu. Sampai tak sempat nak sampai cermin matanya sebelum raya. Selepas raya baru la cermin mata IQ tu sampai. Tak sempat nak bergaya di hari raya. hehe. Tapi tak perlah. IQ kebetulan ambik dokumen dekat ofis IQ hari rabu lepas, tup tup tengok ada parcel atas meja. Senyum lebau IQ dibuatnya. yipii! dah sampai! yeay!
Bergaya Dengan Cermin Mata Raya Baru
belah kiri: cermin mata lama
belah kanan: cermin mata baru
OK tak?
IQ masih sayangkan cermin mata lama IQ sebenarnya sebab cermin mata tu Arwah hadiahkan sempena birthday IQ yang ke-26 tahun. Dah dua tahun cermin mata tu. Tu sebab IQ nak tukar cerminnya nanti. Jadikan cermin mata kedua. Tukar cermin jenis transition. Bila duduk bawah matahari, cermin akan bertukar jadi gelap. Haa, style kan? Harga cermin transition dalam RM200++. Tu sebab kena hold dulu. huhu. Ada rezeki lebih, baru buat. 

Rajin2 la klik iklan dekat blog IQ ni, mana tahu IQ boleh tukar cermin transition cepat2. hihi. ok bai!

You Might Also Like

14 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. boleh cayer ke tu, IQ try dulu hahaa
    kenangan tu yg tak dpat di ganti, duit boleh cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try la ni kak suzie, tgh pakai pun ni. ok je. haha!

      kena kumpul duit sikit...nak tukar cermin baru utk cermin mata lama tu

      Delete
  2. Wahh mmg kalau geng opis beli sesuatu yg murah mmg rasa nak terjebak sekali hehehe...tudung biru dengan sebelah tu gambar cermin mata lain2 kan...yg tudung coklat pakai cermin mata tu nampak anggun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, lain2..baru edit caption. hehe...terima kasih kak juju!

      Delete
  3. Iskh Izyan, my humble opinion akak lebih suka cermin mata baru compare lama..
    Cermin mata baru nampak lebih stylish dan sesuai.
    Kena dengan bentuk muka Izyan..
    Itu pendapat aka..

    So far okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak LZ, aah, ikutkn IQ baru belajar camna nak pilih cermin mata yang sesuai dengan muka. kali ni baru nampak ok. so far ok je...cuma standard la kalau pakai cermin mata baru mesti pening.

      Delete
  4. IQ, cermin mata baru tu lagi cantik...muehehe, lagi nampak fresh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, terima kasih mrs pip. ok la kan? jenuh jugak nak pilih masa tu.

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers