Memilih Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Tona Kulit IQ

12:45:00 PM

-- --
Salam 14 Ramadhan semua!

Lately IQ suka betul conteng bibir IQ. Lepas ofismate IQ suruh IQ pakai lipstick matte dia, terus IQ jadi terpikat dengan lipstik tu. Dia suruh IQ pakai lipstick dia sebab dia cakap muka IQ langsung tak ada seri, pucat sangat! Muka putih pun tak ada seri. huhu. *nangis hujung bucu katil*

So, dia bagi try lipstick dia. First time try terus terpikat sebab cepat kering dan long lasting! Cuma warna dia sangat menyerlah, IQ tak biasa sangat warna-warna menyerlah ni. Suka warna yang soft-soft je. Ofismate IQ ni ada jual barang kosmetik. Branded punya la. Macam brand lipstick yang dijual, brand Jeffree Star, Huda Beauty, Jouer, Lime Crime Velvetines, Morphe dan sebagainya. Boleh ushar dekat sini. So, yang IQ try tu brand Jeffree Star code I'm Shook. Nampak sangat menyerlah bibir IQ pakai lipstik tu. 

Sebenarnya IQ pakai je lipstick, sebab IQ tahu lipstick je la yang menaikkan seri muka IQ ni selain air sembahyang. XD. IQ selalu pakai lipstick + Lip Gloss Maybeline jer. Tapi mungkin lepas makan IQ dah tak touch up mekap IQ, tu sebab la lipstick tu hilang. Jadi la muka pucat lesi IQ sepanjaaangg hari. huhu.
Pilihan Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit
Try conteng2 pakai lipstick ofismate yang lagi sorang. Ada yang lipstick IQ sendiri. Yang mana sesuai? Komen di bawah plissss..
Lipstick Jeffree tu gambar yang huruf E, nampak menyerlah sangat kan?
Tapi IQ betul-betul berkenan dengan lipstick matte ni sebab cepat kering + long lasting. So, IQ plan nak pakai untuk raya nanti. Minggu lepas IQ order dekat Lazada lipstick matte ni. Murah je tau! RM12.90. Brand Kylie. IQ grab dua warna. Pilih yang biasa2 je sebab nak jimat kos nak raya. hihi.

Kenapa IQ beli dekat Lazada? Sebab IQ dah pernah terbeli satu Lipstick Matte ni masa IQ dapat voucher RM150 hadiah daripada Lazada masa blogger contest yang lepas. Punya la noob pasal mekap, lipstick matte disangkakan lip gloss.. haha! Sorry, bab mekap IQ memang kelaut, dulu tomboy, memang langsung tak minat dengan mekap. Sekarang je tempek bedak sikit dan calit lipstick, cukup naikkan seri. haha~ Semalam sampai dah dua lipstick matte tu. Serius nais sangat warnanya! Memang dah plan nak pakai raya nanti. hihi. 
Pilihan Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit
Lipstick Brand Kylie. Belah kiri code Koko K, Belah kanan code Exposed. Haha! Ok tak?
Pakai lipstick matte ni satu je masalahnya. Disebabkan ianya long-lasting, so...kalau nak solat, sila cuci betul2 bibir yer, sebab kalau cuci biasa, tak kan tanggal dengan mudah. Pakai wet tissue tu tonyoh kuat sikit. Baru hilang. Lagi senang kalau ada makeup remover. Lagi mudah nak tanggal. IQ tak ada makeup remover, sebab yelah, bukan hantu mekap sangat. Dalam adik beradik perempuan IQ, IQ sorang je tak reti mekap, lagi dua orang, kakak dan adik IQ memang hantu mekap. Dua2 freelace MUA. Kenapa la suka sangat mekap, IQ pun tak paham. haha!
Pilihan Warna Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit
Lipstick yang IQ pakai hari-hari pergi kerja. Lipstick + Lip Gloss Maybeline. Nampak natural je muka. =)
ok la, tu je la nak bebel, pasal lipstick je pun, ok bai.

You Might Also Like

11 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. yang warna koko k tu cantik.. sesuai dengan akak.
    yang maybeline akak guna setiap hari tu code apa? nampak natural dan cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...thank youu..

      Maybeline tu code mat4 apricot beige. Lipgloss plak code 07..

      Delete
  2. nadia suka lipsticks! tak boleh tengok rasa nak beli. paling suka matte la sebab long lasting. skrg nadia pakay jenama nyx. lembut je tapi mudah tanggal jgk la hehe.

    gambar yang last sekali nampak manis je, natural look gituuu. yang bold2 ni tak sesuai pakai harian kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama nyx ok ek? Ada nampak hri tu tapi xpernah try lagi. Kalau senang tanggal pun ok jugak nak try.

      Aah. Yg last tu pkai harian. Memang kena pakai yg biasa2 je. Kang terang sgt mcm gothic plak. 😂

      Delete
  3. Yang C dgn Kylie tu cantik..! Ni buat rasa nak beli jugak ni.. Q_Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli la. Puas hti pakai sebenarnya pakai lipstick matte ni. Baru tahu. Haha

      Delete
  4. Saya tak pakai lipstick tapi baca ni sampai habis. Mula2 baca dah gelak. Sebab you suka conteng bibir. Pembukaan cerita yg nenarik. Itu bagi saya yg tak tau tentang makeup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak beri tau, gambar cantik.

      Delete
    2. Haha. Noob pasal makeup sebenarnye adam. Tu sebab nak bagi entry berilmiah pasal lipstick pun tak ada reti sangat.

      Terima kasih adam. Pencahayaan bagus bagi gambar nampak cantik. 😁😁

      Delete
  5. Warna koko k tu cantikk. Aaa migha tak boleh betul dengan lipstick nie mesti nak beli. Suka sangattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...IQ pun jadi gila lipstick skrg, ada warna baru beli juga, tapi tak sesuai plaaakk

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers