#IstimewaRamadhan : Berkongsi Rasa

3:14:00 PM

-- --
Salam 7 Ramadhan dan hari jumaat buat ummat Islam.

Semalam IQ ada terima invitation oleh seorang follower di IG. IQ tak kenal, tapi pada description IG nya tertulis, a strong wife and mother to ....... . Dalam fikiran IQ, mungkin seorang ibu tunggal yang sama seperti IQ. Tapi kelihatan profilenya masih juga muda seperti IQ.

Tepat sangkaan IQ bila IQ melihat gambar2 dia IG nya. Suaminya telah pergi ke rahmatullah bulan 12 tahun lepas. Dia juga punya anak lelaki yang berusia 1 tahun. Melihat gambar2nya, ye. Dia berusaha mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama anak kecilnya, sama seperti IQ.

Tup2 masuk mesej DM di IG. Yup, dia. Ibu tunggal itu. Sepatah ayat sahaja diberikan berserta doa buat kami berdua dan IQ pun membalas chat berkenaan. Tiada balasan selepas itu. Sama2 mengerti. Tidak perlu dipanjangkan kisah silam yang mungkin membuatkan hati masing2 sedih kembali. Cukup sampai situ.

Ini kali kedua IQ disapa oleh ibu tunggal muda beranak satu, yang ingin berkongsi rasa setelah pemergian suami tercinta. Masing2 faham keadaan yang tiba2 terjadi. Yang masih baru dalam usia perkahwinan. Yang baru menimang cahaya mata pertama. Perit bila fikirkan anak yang masih kecil sudah kehilangan kasih seorang bapa.

Semua orang boleh bersimpati dengan keadaan yang terjadi, tapi yang merasa memang mereka sahaja yang mengetahuinya. IQ pasti rasa mereka yang menghadapinya sama seperti IQ, rasa terkapai2 setelah Arwah suami pergi tinggalkan kami. Bukan mudah nak mengkah ke hadapan. Bukan mudah nak meniupkan balik semangat dalam diri. Bukan mudah.

Tapi sebenarnya IQ lagi kagum dengan seorang kawan sekolah IQ. Dia juga mesej IQ bertanyakan bagaimana ingin cari kekuatan dalam diri setelah Arwah suaminya pergi meninggalkan dia bersama tiga orang puterinya. 3 orang yer, yang sulung pasti sudah besar, pandai berfikir. Tercari2 mana si ayah masih belum pulang ke rumah selepas berniaga. Namun IQ kagum dengannya, sekarang dia mampu berdiri setelah musibah yang melanda diri dia. Kekuatan yang datang, perlu dicari. Dan semestinya sokongan keluarga dan rakan2 adalah paling utama.

IQ sendiri perlukan dua bulan untuk tenangkan diri. IQ tak boleh bekerja langsung setelah Arwah pergi. Ada satu hari masa balik kerja, IQ meraung dalam kereta. Di mana-mana IQ nampak kenangan IQ dan Arwah. Tapi hari demi hari IQ mampu mengatasinya. Sekarang pun IQ masih terbayangkan Arwah, terbayang saat Arwah menunggu IQ balik kerja. Bulan puasa ni pun lagi lah. Semalam IQ pergi bazar sorang2 dah terbayang pergi bazar dengan Arwah. Arwah pandai pilih makanan. Tahu2 je la Arwah suka makan. Hehe. Tapi bayangan Arwah hanya mampu buat IQ tersenyum. Rindu sangat.

Ketahuilah, setiap luahan yang dibuat, hanya untuk melepaskan rindu buat yang telah tiada. Bukanlah meratapi. Cukup untuk tahu, kami rindu mereka yang telah menerima diri kami seadaanya. IQ sendiri tak berharap orang memandang IQ mengeluh dengan apa yang berlaku, setiap apa yang IQ tulis di sini untuk IQ luahkan dan untuk dikongsikan bersama anda di luar sana.

Sekian.

You Might Also Like

19 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. semoga dipermudahkan kehidupan yang mendatang untuk IQ. be strong!

    ReplyDelete
  2. IQ, I just can say, be strong. Allahu, membaca pun rasa berat, inikah pula yang memikul. But Allah never burden a soul more it can bear. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, IQ masih boleh bertahan setakat hari ni. Allah memang tak akan memberi dugaan jika hambanya tidak mampu=)

      Delete
  3. Anis maybe tak faham apa yg akak lalui, sbb anis takde kat tempat akak tapi anis tau akak kuat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe, ada yang faham, semua orang faham sebenarnya cuma untuk rasa sebetulnya rasa tu hanya yang rasa betul2 baru boleh feel. hhuhu..hihi

      Delete
  4. Semoga IQ sentiasa melalui hidup yang bahagia,
    walaupun tanpa insan yg tersayang.
    You are strong dear.

    ReplyDelete
  5. Reen tahu IQ kuat.
    Rindu tu mmg xakan pernah hilang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, rindu tu tak kan pernah hilang. selamanya

      Delete
  6. Sedihnya baca, moga IQ terus tabah jalani kehidupan demi anak yer. Akak tahu IQ pasti kuat!

    ReplyDelete
  7. Ya Allah. Serius rasa nak meleleh air mata sambil baca ni. Tabah nya IQ. Kite baru tau. Semoga Allah permudahkan perjalanan IQ dan anak mengharungi dugaan ni. Walaupun kite tak faham ape yg IQ rase, tp sedikit sebanyak, boleh bayangkan betapa susahnya nk move on. Be strong dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok ain, terima kasih untuk doanya =)

      Delete
  8. Sedihnya baca.. Tabah ya IQ.. I know u are strong... Allah is always be with u... Hugs & kisses from me for u.. Mmuuuuaah!

    ReplyDelete
  9. sedihnya. semoga arwah tenang di sana & ditempatkan dgn orang2 beriman. ameeennn

    ReplyDelete
  10. Sabar yer iq..kita sama tapi sedikit berbeza...hihi

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers