Letihnya badan IQ ni. Bulan-bulan puasa macam ni lagi terasa
letih. Seharian bekerja dengan perut kosong memang menggugat! Fuuhh, teringin
pulak nak pergi bercuti berdua dengan budak kecik tu. Dah lama IQ idamkan nak pergi
bercuti tapi nak pergi bercuti sekarang macam leceh pulak sebab nak kena survey
harga dan hotel yang sesuai. Kena call dulu…urghhh…lecehnya!
Kadang-kadang IQ rasa macam nak packing baju masuk dalam beg sekarang
dan terus lari pergi bercuti. Teringin nak pergi bercuti tempat yang ada pantai
yang memukau, dengan deruan ombak yang menenangkan, serta angin yang sepoi
sepoi bahasa. Apatah lagi IQ anak jati Terengganu, memang pantai dan laut
sebati dengan jiwa IQ. Tapi bila IQ dah menetap di Kuala Lumpur, untuk mencari
pantai yang best bagi menenangkan jiwa ni mesti susah kan?
Mujurlah pantai yang best di sebalah barat Malaysia ni wujud! Di
mana? Mestilah di Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan. Selain
daripada terkenal dengan pantai yang indah permai, Port Dickson juga sangat
terkenal dengan tempat untuk mencari makanan yang sedap! Lagi-lagi masakan
Negeri Sembilan seperti daging salai dan keli salai masak lemak cili api. Bukan
itu aje tau, kalau korang bernasib baik, ada juga yang jual itik salai masak
lemak cili api, dan rasa dia memang tip top lah. Bak kata orang kalau mak
mentua lalu belakang pun tak nampak!
|
Port Dickson, Negeri Sembilan. Tarikan pelancong di seluruh Malaysia (Sumber Gambar) |
Tapi bila nak bercakap pasal nak pergi bercuti, fokus utama mestilah
tempat penginapan kan? Di Port Dickson semestinya banyak tempat penginapan yang
menarik, dari hotel bajet sehinggalah yang bertaraf lima bintang. Tapi kali ni IQ
nak recommended sikit hotel yang harus korang menginap jika korang berniat
untuk bercuti sambil dapat menghilangkan stress. Antaranya hotelnya ialah:
- Grand Lexis Port Dickson
- Grand Lexis, Port Dickson merupakan
tempat penginapan bertaraf lima bintang yang berkonsepkan villa. Ada tiga jenis
accommodation yang ditawarkan kepada tetamu, iaitu Garden living, Sky living
dan juga Above the sea. Setiap accommodation mempunyai daya tarikannya yang
tersendiri. Kalau korang nak rasa duduk di villa di tempat yang tinggi korang
boleh lah choose sky living, atau nak mood yang romantic, korang boleh lah
pilih above the sea, it’s all up to you.
Apa yang paling bestnya ialah di
setiap villa ada private swimming pool tau! So, buat korang yang rasa segan nak
mandi di open swimming pool yang disediakan, korang boleh lah berenang sakan di
dalam villa sendiri. Bukan tu aje tau, siap lengkap dengan microwave dan dry
kitchen dalam setiap villa tu. Jadi, senang cerita walaupun korang perlu
berbayar lebih sikit, tapi kepuasannya memang it is valued for money.
- Avillion Admiral Cove
Hotel bertaraf tiga bintang ini
merupakan tempat yang mempunyai suasana dan juga pemandangan yang sangat
cantik, betul tak tipu! Kalau korang ambik bilik yang ada view tu, memang rasa
best sangat sebab bila buka jep balkoni bilik korang tu, terus jep korang
disajikan dengan pemandangan yang indah dan angin yang sepoi-sepoi bahasa pun
turut datang menyapa..wahhh..gitu kaann..Disebabkan tempat dan pemandangan yang
sangat cantik tu lah ramai juga yang datang untuk ambil gambar perkahwinan kat
sini tau. Satu lagi tarikan yang menarik di Avillion Admiral Cove ni
ialah, ruang bilik yang sangat luas. Jadi sangat sesuai buat korang yang nak
datang bercuti dengan bilangan atau jumlah yang besar.
|
Bilik yang selesa bagi pengunjung Avilion Admiral Cove. (Sumber Gambar) |
- Port Dickson Golf & Country Club
Port Dickson Golf & Club ini
merupakan hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai daya tarikan yang
tersendiri. Ia menawarkan keselesaan dan privacy kepada tetamu mereka. Bukan
itu sahaja, ianya juga menjadi tempat yang sangat famous bagi mereka yang
gemarkan aktiviti golf nih. Mana tidaknya, sambil bercuti sambil me’release’kan
stress dengan bermain golf. Padang golf nya boleh tahan juga lah besar.
So, apa pilihan korang? List ni berdasarkan pilihan IQ untuk IQ
pergi bercuti dan semestinya hotel-hotel ni juga high recommended. Bagi
memudahkan urusan percutian korang, korang boleh buat tempahan hotel-hotel di
atas menggunakan laman web
Traveloka. Traveloka menawarkan harga yang menarik
dan yang pastinya korang tak akan dapat harga yang murah macam tu kat tempat
lain!
Traveloka juga mempunyai aplikasi dalam talian untuk
book hotel in Port dickson with ease dengan
hujung jari dan di mana sahaja. Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Download
aplikasi Traveloka sekarang dan jom pergi bercuti! Yeah!!
13 Comments
Kalau nak bercuti di hotel, mesti nak cari yang ada pantai yang cantik.
ReplyDeleteDi PD memang banyak pilihan.
aah, PD memang banyak pilihan hotel, cuma yang ni memang terbaik orang kata.
DeleteKetiga2 jenis hotel diatas x pernah menginap lagi walhal selalu ke PD...bestnya semua! Nak usya la
ReplyDeleteyeke, grand lexis la jom kak juju. hek3
DeleteLexis tu mmg nk g lama. HB dah g.
ReplyDeletetu la, IQ pun sama teringin nak pergi...macam best je kan?
Delete3, 3 belum pernah try lagii hihihi
ReplyDeletejom try kak liza, boleh rehatkan badan. =)
DeleteTiga2 menarik. Paling teringin nak menginap kat Grand Lexis.
ReplyDeleteReen pun teringin nak bercuti ke pantai ni. Jom kiteeeee
Jom reen. Kita gi skli nak!
Deletebaru balik dari lexis.. tp i prefer untuk pergi lexis hibiscus .. boleh sea view aumm
ReplyDeleteBeza ek dua tu...bru tahu sebenarnya...hahahaha
Deletepernah stay di Grand Lexis..memang terbaik..
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)