3 Hotel Pilihan Utama di Port Dickson

12:43:00 PM

-- --
Letihnya badan IQ ni. Bulan-bulan puasa macam ni lagi terasa letih. Seharian bekerja dengan perut kosong memang menggugat! Fuuhh, teringin pulak nak pergi bercuti berdua dengan budak kecik tu. Dah lama IQ idamkan nak pergi bercuti tapi nak pergi bercuti sekarang macam leceh pulak sebab nak kena survey harga dan hotel yang sesuai. Kena call dulu…urghhh…lecehnya!
Kadang-kadang IQ rasa macam nak packing baju masuk dalam beg sekarang dan terus lari pergi bercuti. Teringin nak pergi bercuti tempat yang ada pantai yang memukau, dengan deruan ombak yang menenangkan, serta angin yang sepoi sepoi bahasa. Apatah lagi IQ anak jati Terengganu, memang pantai dan laut sebati dengan jiwa IQ. Tapi bila IQ dah menetap di Kuala Lumpur, untuk mencari pantai yang best bagi menenangkan jiwa ni mesti susah kan?
Mujurlah pantai yang best di sebalah barat Malaysia ni wujud! Di mana? Mestilah di Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan. Selain daripada terkenal dengan pantai yang indah permai, Port Dickson juga sangat terkenal dengan tempat untuk mencari makanan yang sedap! Lagi-lagi masakan Negeri Sembilan seperti daging salai dan keli salai masak lemak cili api. Bukan itu aje tau, kalau korang bernasib baik, ada juga yang jual itik salai masak lemak cili api, dan rasa dia memang tip top lah. Bak kata orang kalau mak mentua lalu belakang pun tak nampak!
Port Dickson, Negeri Sembilan. Tarikan pelancong di seluruh Malaysia (Sumber Gambar)
Tapi bila nak bercakap pasal nak pergi bercuti, fokus utama mestilah tempat penginapan kan? Di Port Dickson semestinya banyak tempat penginapan yang menarik, dari hotel bajet sehinggalah yang bertaraf lima bintang. Tapi kali ni IQ nak recommended sikit hotel yang harus korang menginap jika korang berniat untuk bercuti sambil dapat menghilangkan stress. Antaranya hotelnya ialah:
  • Grand Lexis Port Dickson
  • Grand Lexis, Port Dickson merupakan tempat penginapan bertaraf lima bintang yang berkonsepkan villa. Ada tiga jenis accommodation yang ditawarkan kepada tetamu, iaitu Garden living, Sky living dan juga Above the sea. Setiap accommodation mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Kalau korang nak rasa duduk di villa di tempat yang tinggi korang boleh lah choose sky living, atau nak mood yang romantic, korang boleh lah pilih above the sea, it’s all up to you.

    Apa yang paling bestnya ialah di setiap villa ada private swimming pool tau! So, buat korang yang rasa segan nak mandi di open swimming pool yang disediakan, korang boleh lah berenang sakan di dalam villa sendiri. Bukan tu aje tau, siap lengkap dengan microwave dan dry kitchen dalam setiap villa tu. Jadi, senang cerita walaupun korang perlu berbayar lebih sikit, tapi kepuasannya memang it is valued for money. 
Grand Lexis, Port Dickson. (Sumber Gambar)

Tarikan utama Grand Lexis, private pool. (Sumber Gambar)

  • Avillion Admiral Cove

    Hotel bertaraf tiga bintang ini merupakan tempat yang mempunyai suasana dan juga pemandangan yang sangat cantik, betul tak tipu! Kalau korang ambik bilik yang ada view tu, memang rasa best sangat sebab bila buka jep balkoni bilik korang tu, terus jep korang disajikan dengan pemandangan yang indah dan angin yang sepoi-sepoi bahasa pun turut datang menyapa..wahhh..gitu kaann..Disebabkan tempat dan pemandangan yang sangat cantik tu lah ramai juga yang datang untuk ambil gambar perkahwinan kat sini tau.  Satu lagi tarikan yang menarik di Avillion Admiral Cove ni ialah, ruang bilik yang sangat luas. Jadi sangat sesuai buat korang yang nak datang bercuti dengan bilangan atau jumlah yang besar.
Avilion Admiral Cove, Port Dickson. (Sumber Gambar)
Bilik yang selesa bagi pengunjung Avilion Admiral Cove. (Sumber Gambar)

  • Port Dickson Golf & Country Club

     
    Port Dickson Golf & Club ini merupakan hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ia menawarkan keselesaan dan privacy kepada tetamu mereka. Bukan itu sahaja, ianya juga menjadi tempat yang sangat famous bagi mereka yang gemarkan aktiviti golf nih. Mana tidaknya, sambil bercuti sambil me’release’kan stress dengan bermain golf. Padang golf nya boleh tahan juga lah besar.
Port Dickson Golf & Country Club, Port Dickson. (Sumber Gambar)
Ruang yang luas. (Sumber Gambar) 

So, apa pilihan korang? List ni berdasarkan pilihan IQ untuk IQ pergi bercuti dan semestinya hotel-hotel ni juga high recommended. Bagi memudahkan urusan percutian korang, korang boleh buat tempahan hotel-hotel di atas menggunakan laman web Traveloka. Traveloka menawarkan harga yang menarik dan yang pastinya korang tak akan dapat harga yang murah macam tu kat tempat lain! Traveloka juga mempunyai aplikasi dalam talian untuk book hotel in Port dickson with ease dengan hujung jari dan di mana sahaja. Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Download aplikasi Traveloka sekarang dan jom pergi bercuti! Yeah!!

You Might Also Like

13 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Kalau nak bercuti di hotel, mesti nak cari yang ada pantai yang cantik.
    Di PD memang banyak pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, PD memang banyak pilihan hotel, cuma yang ni memang terbaik orang kata.

      Delete
  2. Ketiga2 jenis hotel diatas x pernah menginap lagi walhal selalu ke PD...bestnya semua! Nak usya la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, grand lexis la jom kak juju. hek3

      Delete
  3. Lexis tu mmg nk g lama. HB dah g.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, IQ pun sama teringin nak pergi...macam best je kan?

      Delete
  4. 3, 3 belum pernah try lagii hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom try kak liza, boleh rehatkan badan. =)

      Delete
  5. Tiga2 menarik. Paling teringin nak menginap kat Grand Lexis.
    Reen pun teringin nak bercuti ke pantai ni. Jom kiteeeee

    ReplyDelete
  6. baru balik dari lexis.. tp i prefer untuk pergi lexis hibiscus .. boleh sea view aumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza ek dua tu...bru tahu sebenarnya...hahahaha

      Delete
  7. pernah stay di Grand Lexis..memang terbaik..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers