Advertisement

Responsive Advertisement

Tak Nak Kahwin Lagi Ke?

Entry lewat malam sebelum tidur. Menjengah ingatan kepada isi hujung minggu yang baru berakhir. Esok pagi mula rutin biasa. Hujung minggu yang agak meletihkan tapi memuaskan hati sebab hajat jumpa orang yang dah lama tak ketemui akhirnya berhasil. Seronok di hati punya kenalan walaupun kenalan sudah lanjut dimamah usia. Moga silaturrahim sentiasa ada.

Mukadimah power kali ni. IQ teringat momen di saat IQ berjumpa orang yang dah lama IQ tak jumpa. Ramai sebenarnya. Tapi yang ni tak dirancang, namun soalannya merentap kalbu seketika.

"Yan tak nak kahwin lagi? Yan dah ada pakwe ke?"

Panggilan sinonim sewaktu kali pertama kerja dahulu. Ayat seseorang itu buat IQ terkesima. Dah lama tak berjumpa, itu yang ditanyanya. Sedia ada maklum IQ kembali membujang dengan perginya Arwah suami buat selamanya hampir 9 bulan lepas, tapi tak tergambar untuk punya yang lain dalam jangka waktu yang terlampau singkat.

Mungkin mudah untuk seseorang berkata2. Untuk IQ katakan, IQ susah nak cari orang seperti Arwah mungkin terlampau cliche bagi mereka yang tak memahami. Apa mungkin mereka tak merasai hati IQ ini. Hendak menduakan kasih Arwah biarpun telah terpisah dek dua dunia, namun cinta tetap ada di hati siapa pun tak tahu.

IQ belum bersedia untuk hadapi hidup baru dengan sesiapa. Mungkin terlalu awal untuk IQ katakan tapi biarlah IQ teruskan hidup IQ begini. Bukan mudah seseorang menerima seorang janda beranak satu. Title janda pun sudah buatkan para isteri di luar sana kecut takut si suami mula bermain mata dengan wanita berstatus janda.

Jangan risau, IQ pernah rasa hidup hasil poligami. IQ faham jiwa sang isteri. Dan IQ tak akan kacau manusia bernama suami yang sudah punyai isteri. Sebaik sahaja IQ tahu status lelaki itu seorang suami, cukup sampai situ IQ kenal beliau. Itu yang akan IQ lakukan. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan niat dan perbuatan IQ nanti.

Madah malam cukup sampai di sini. Rasa macam berada dalam alam kayangan kerana bahasanya terlampau tinggi. IQ kah ini?

Sekian. Bai

posted from Bloggeroid

Post a Comment

2 Comments

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)