Salam hari jumaat semua!
IQ sebenarnya tengah fikir nak potong rambut si Qaíd ni. Rambut dia dah panjang sangat dah. Yang depan dah cecah mata, yang belakang dah cecah leher kolar t-shirt. Side tepi pun dah tutup telinga separuh. Haihhh, ada orang da siap tanya, ni boy ke girl? haiyaaa...pagi tadi tengok dia garu2 pun macam dah rimas sangat dengan rambut dia sekarang. huhu
Boy ke Girl anak ibu ni? |
Rambut Qaíd baru sekarang nampak cantik lurus berbanding masa dia baby. Masa dia lahir, rambut Qaíd lebat. Masa dia 3 bulan rasanya, kitaorang decide potong rambut Qaíd nombor 1. Pendek sampai nampak kulit kepala, tapi tak lama daripada tu, Qaíd diserang bisul dekat kepala sampai 4 kali round! Bayangkan kalau kita sendiri kena bisul satu bijik pun dah meraung sampai demam2. Inikan pula baby kena berpuluh bisul atas kepala. Tak tahu punca dari mana kena bisul. Teruk sangat keadaan kepala Qaíd masa tu.
Masa kena bisul umur 4 atau 5 bulan. Ni round ke-4, kena bahagian depan, masa mula2 kena belakang kepala. Bahagian tepi jadi nipis rambut sebab gugur. |
Disebabkan bisul tu, rambut Qaíd lambat tumbuh. Rambut dia gugur sikit sebab makan antibiotil untuk lawan bisul dan rambut dia jadi tak sekata sangat. Ada yang panjang, ada yang pendek. Tapi tak dipotong sampai la Birthday Qaíd yang pertama. Potong tepi dengan mesin. Disebabkan amoi tu tak berapa nak cekap, jadilah rambut Qaíd senget sebelah. Lagi.
Rambut tu tak dipotong sampai la 4-5 bulan jugak. Baru potong lagi. Kali kedua potong pun amoi jugak tapi just guna gunting, sebab amoi tu cakap, budak-budak mana boleh potong rambut pakai mesin, mesti dia takut maaa...haha! betul jugak kata amoi tu, Tak terfikir plak IQ sebelum ni. Kali kedua potong pun senget sebab even potong rambut pakai gunting pun Qaíd tetap meraung sebab takut dengan stranger. Senget lagi rambut anak aku masa tu. haha!!Kadang-kadang ada jugak opah dia curi2 potong rambut depan Qaíd sebab dah masuk mata sangat. Potong sendiri pun rasa macam ok je kan? hurmmm..
So, IQ rasa IQ nak potong sendiri rambut Qaíd tu pakai mangkuk dan juga gunting untuk kali ni. hek hek. Mr bean boleh buat, IQ mesti boleh buat! Mr Bean cerdika ape kan? haha! Adehh, senget lagi kali ni tak ley nak salahkan orang lain sebab diri sendiri buat. XD
Doakan IQ berjaya potong rambut Qaíd. Kalau tak berjaya, kedai jugak la jawabnya. haha!
till then, bai!
21 Comments
ahha..ptong mcm mn pun Qaid tetap comel..
ReplyDeletenanti hilang tembam dia kak. haha
DeleteJgnlah potong..comel gitu..haha..itik kuning mari..
ReplyDeleterimas dah budak tu, kne potong jugak nad...eh..itik kuning!
DeleteQaid as always, senget2 pu tetap hensem...
ReplyDeleteauntie suka!....
rambut sejemput dulu tak nampak sangat..ni rambut banyak mesti ketara sgt nampak
DeleteGeramnya tengok foto yg atas sekali bertulis boy ke girl anak ibu.
ReplyDeleteGeram
Hehe....semua org geram dekat pipi dia
DeleteHahaha comel je rambut helmet tu..Good luck sis, semoga tak senget lagi.
ReplyDeleteHaha...da potong dah. Next entry..heee
DeleteAll the best menggunting sis.. hehe
ReplyDeleteHehe...Alhamdulillah..setel dah. Heeee
DeletePotong stail Cristiano Ronaldo.
ReplyDeletetak minat. haha! sayang rambut dia potong macam tu
DeleteNo 2 tuhh, nampakkk style lahhhh~ hehehe
ReplyDeleteslope pakai mesin je tu. tu pun ad senget2 sebab dia banyak gerak..heee
Deleterambut Qaid cantik, halus dan lurus. hehe good luck IQ ;)
ReplyDeletehehe. Ikut rambut ibu dia. hehe. tenkiu. setel dah. Haha!
Deletehensem budak ni..geram nengoknyaa
ReplyDeleteheee..terima kasih lagi aunty nad! IQ geram tengok pipi dia je
DeleteRambut Qaid lurus..panjang pun still nampak kemas..tak payah potong pun tak apa..hehe
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)