Seperti dijanjikan, IQ nak up entry tentang majlis perkahwinan sepupu IQ hari sabtu lepas. Majlis pernikahan telah diadakan sehari sebelum hari perkahwinan mereka di Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak. IQ tak dapat hadir pada hari sepupu nikah disebabkan kerja. Hanya dapat update melalui group family Anak Cucu Haji Ali sahaja. Alhamdulillah selamat dinikahkan pada 5 May 2017.
Selamat dinikahkan. Nazrin + Fatin. Gambar Sumber Group WhatsApp |
Esoknya pula, Majlis Perkahwinan diadakan di Dewan Kristal, TM Convention Centre, Bangsar. IQ gerak agak lewat sebab nak bersiap punya pasal. Untuk ahli keluarga yang jauh datangnya dari Terengganu sana dah sedia ada menginap di hotel berdekatan sejak hari pernikahan sebelumnya lagi. Untuk yang dah tinggal di KL macam IQ dan beberapa lagi ahli keluarga yang lain gerak dari rumah masing-masing. IQ ambik masa sikit sebab nak kemas rumah dahulu sambil tunggu adik IQ sampai.
Ber'OOTD' sebelum gerak. Gambar dari Mak Lang Qa'id |
Bertolak dari rumah IQ pukul 12 tengahari. Pukul 12setengah dah nak masuk dewan. Setengah jam perjalanan dari Keramat ke Bangsar lalu Highway DUKE-Sri Hartamas-UM-Menara TM. Sampai Ruang menunggu untuk keluarga belah lelaki, salam-salam dengan sanak saudara tup tup dah masuk dewan dah. Sepupu IQ lelaki tau. Ni majlis belah perempuan. So, kami jadi tetamu kali ni. heee..
Dewan Kristal TMCC. |
Tak lama kemudian, pengantin pun masuk. Sesi salam-salam dengan sanak saudara. Lama jugak la. Dalam setengah jam. Sebelum tu dah baca doa siap2, so...terus terkam makanan. Lapar! Khidmat katering superb! Lauk best~ hehe...
Banyak menu disajikan tapi IQ tak sempat la nak ambik gambar menu buffet tu. Ambik nasi pun kena sorok2 pergi sebab kalau Qa'id nampak dia meraung tengok ibu dia tetiba lesap. Tinggal sekejap dengan pok su dia. Ambik makanan cepat2 terus patah balik ke meja. Meja vvip untuk keluarga lelaki dorang sedia 3 buah meja bulat sahaja. So, 30 orang jer dapat makan serve. Yang tak dapat kena la ambik di meja buffet. Tak perlah, boleh ambik banyak-banyak. Eley IQ, macam boleh makan sangat daging tu sume. Gigi baru cabut pun gusi tak elok lagi. huhuhu...
Ada saudara yang dah lama tak jumpa. Sebab tahun lepas pun IQ beraya belah Arwah suami, ada yang last jumpa pun masa Arwah suami meninggal tahun lepas. Lama tak menjenguk. Tapi ada juga yang IQ jumpa masa IQ balik Terengganu masa raya tahun baru cina. Ada peluang dapat la balik sana, kalau tak ada, meratap la IQ keseorangan di KL ni. huhu. Tahun ni raya beraya di Terengganu, InsyaAllah boleh jumpa ramai lagi saudara mara yang tak datang majlis ni, dapat lagi kawan baru kan? siapa? isteri sepupu laaa...kena buat geng baru best!
Family IQ bersama pengantin. |
Family IQ. Si Medina baru baik dari chicken pox! |
Ni semua sepupu IQ tau! kecuali si comel bam bam baju biru gambar atas dan si kenit berbaju putih gambar bawah, dua2 tu anak saudara IQ, yang lain2 semua sepupu IQ. sebaya dengan anak saudara IQ je ok. |
Gambar dari Photobooth. Haruslah mencelah..heee |
OOTD Ibu dan Qa'id. Tema keluarga belah lelaki warna coklat. |
Habis majlis, kitaorang plan nak tengok baby baru lahir. Abang kepada pengantin a.k.a. abang sepupu IQ baru menimang cahaya mata pertama. Tok dan tokki IQ dah ada 7 orang cicit dah! cucu jangan cakap la berapa puluh dah, tak terkira IQ. IQ pun cucu ke-5 so boleh la bayangkan berapa puluh cucu tokki dan tok IQ. Sepupu IQ yang paling muda pun ada yang lebih muda daripada Qa'id tau! haaaa....confirm meriah raya tahun ni!
Melawat baby di Kajang. |
ok la, tu je la nak cerita. Kenduri belah lelaki IQ tak dapat nak hadir sebab buat di Terengganu. Mohon maaf awal-awal sebab tak dapat nak hadir. huhu. Mujur la keluarga sepupu IQ faham. Alhamdulillah. =)
Till then. Bai.
12 Comments
Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai macam nie kan.. :)
ReplyDeleteaah, seronok sangat! lama dah tak jumpa
DeleteMeriahnya kak... Lighting dewan tu, buat ootd best.. haha
ReplyDeleteaah, cantik sangat lighting dia, tapi tak sempat nak ootd dalam dewan, berkejar dengan budak kecik ni haa..haha
Deletemasjid al-khairiyah tu dekat dah dgn mah akk, huhuu
ReplyDeleteseronok kan dpt jumpa suudara mara, akak klu bab family suka baca, sbb family akak pun besar..sgt rapat..
yeke kak? alahai, dekat rumah akak ke? aah, seronok jumpa saudara mara ni, banyak benda nak borak, bila dah ada sepupu yang baru ada anak seronok la nak kongsi macam2.
Deletetengok dewan pon tau.... tempat mahal ni....
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki mereka. =)
DeleteBila jumpa sdra mara msti byk mnda nk diceritakan. Msti riuh. Hee. Rindu lak. Tgu raya la baru ramai2 ade.
ReplyDeletekan? betul tu, ni dapat la jumpa even tak raya lagi. raya nanti dapat jumpa lagi!
Deletemeriah sungguh
ReplyDeleteheee, bila dah bersama sanak saudara memang meriah sgt!
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)