Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Chicken Buttermilk

3:32:00 PM

-- --
Salam semua

Bagaimana persiapan menyambut Ramadhan korang semua? Lagi beberapa hari kita bakal menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Sudah listkan juadah bersahur dan berbuka? IQ masih terfikir-fikir tentang juadah Ramadhan kali ni. Tapi yang pastinya, ada satu juadah yang pasti IQ akan buat nanti. 
Marhaban Ya Ramadhan Lazada
Marhaban Ya Ramadhan
Dannn seiring dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, Lazada Malaysia turut mengadakan jualan murah melalui kempen Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Raya Sale yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017!! Diskaun istimewa sehingga 90% yer kawan-kawan semua! Banyak tuuu! So, hari ni dah 24 Mei, da start la ni! Shopping raya jom!
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Dan semestinya Lazada Malaysia juga turut mengadakan blogger contest bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini. Contest selama 4 minggu yang mempunyai 1 tema untuk 1 minggu. Jom kawan-kawan blogger! Kita sertai contest ni bersama-sama! Lagi ramai penyertaan, lagi banyak hadiah disediakan sehingga RM10,000 Shopping Voucher!! Betul ni, IQ tak tipuuuuu...try check di sini

Contest untuk minggu pertama.

Tempoh Contest: 19 Mei - 1 Jun 2017
Tema: Delicious Ramadhan

CHICKEN BUTTERMILK
Lazada Blogger Contest Chicken Buttermilk
Chicken Buttermilk
IQ suka sangat Chicken Buttermilk ni sebab mudah dan senang dibuat. Boleh dimakan bersama dengan nasi yang boleh dijadikan sebagai menu utama bersahur mahupun berbuka.

Resipi Chicken Buttermilk

Bahan-bahan untuk goreng ayam:
1/2 sudu serbuk kari daging/ayam
1/2 cawan tepung gandum
250 gram Fillet ayam yang dipotong dadu

Bahan-bahan untuk kuah buttermilk:
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2-3 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu buttercup
5-10 helai daun kari
1 kotak susu segar
1 keping cheese cheddar
3-5 biji cili padi dipotong kecil

Cara Membuat:

1. Fillet ayam disalut bersama serbuk kari dan tepung gandum bersama sedikit garam.
2. Goreng fillet ayam yang bersalut tepung tersebut menggunakan Faber Deep Fryer sehingga warna kekuningan atau emas.
3. Toskan ayam dan letak di tepi.
4. Untuk kuah buttermilk, cairkan butter dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga kekuningan di dalam kuali.
5. Masukkan susu segar sikit demi sedikit. Kacau kuah perlahan-lahan sehingga sebati.
6. Masukkan cheese cheddar dan kacau perlahan-lahan. 
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Masukkan fillet ayam yang siap goreng dan masukkan cili padi.
9. Kacau perlahan-lahan selama 3 minit dan tutup api. siap!


Lazada Blogger Contest
Faber Deep Fryer
Faber Deep Fryer ini amat mudah digunakan selain menjimatkan tempoh menyiapkan bahan-bahan yang lain. Sementara menunggu fillet ayam yang bersalut tepung digoreng, pasti IQ boleh sediakan bahan-bahan yang lain untuk kuah buttermilk. Selain boleh menggoreng fillet ayam, Deep Fryer ini juga boleh menggoreng kentang goreng atau nugget dengan mudah dan cepat!

Boleh la makan Chicken Buttermilk ni sambil scroll-scroll sale dekat Lazada Malaysia. Jom shopping raya!

You Might Also Like

18 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. sedap ni, boleh try..
    good luck ya

    ReplyDelete
  2. yay elsa paling suka masak buttermilk! tiap kali bawak office mesti laku hakhak. goodluck kakak :*

    https://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/5-tips-kurangkan-rabun-mata.html

    ReplyDelete
  3. Reen da screenshot resepi ni. Teringin nak try. cam sedappp jerrr

    Btw.good luck IQ. Reen pun baru join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, try tau reen.

      all the best utk reeen!

      Delete
  4. Sedapnya chicken buttermilk. Heheh. Btw, goodluck!

    ReplyDelete
  5. Menariklah resepi chicken buttermilk...nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. lama dah cari resepi chicken buttermilk ni. sedap kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sedaaaappppp...haaa, boleh la masak lepas ni, boleh makan banyak2

      Delete
  7. Deepfryer kat rumah mrs pip pun beli dari Lazada...hehe..
    And gudluck IQ, resepi ni pun mrs pip suka makan , sedap lemak lemak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, wahhh, ok x deep fryernye? macam menarik je kan?

      aah, rasa dia lemak2...tapi bila ada cili tu yg rasa sedap dia naik

      Delete
  8. Lazada Ramadhan Sale offers frequent sales and discount offers for shoppers to reduce their budget burden.

    ReplyDelete
  9. sedapnyaa.. sy belum sempat nak joinn contest ni..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers