Hujung Minggu Di Pahang

10:46:00 AM

-- --
Sroottt sroottt, adehhh, simptom nak demam melanda la plak, kena minum air banyak2 ni, kalau demam nanti susah plak. huhu, hujung minggu pun berjalan sana sini, dengan cuaca panasnya, air putih memang kadang-kadang ingat kadang-kadang lupa nak minum...adehhh..

Hujung minggu lepas IQ habiskan dengan balik rumah kakak IQ di Pahang. Arwah Ummi dah tak ada, so pergi rumah adik beradik je la kan? Satu2nya kakak yang IQ ada dan dia yang sulung dalam adik beradik kami. Sebelum balik singgah di Bentong, ada jemputan kenduri oleh boss lama IQ. Adik iparnya kahwin,IQ tak berkesempatan nak bergambar dengan pengantin sebab asyik berborak dengan boss tentang projek beliau yang terkini, dan melihatkan muka adik sepupu yang dah kebosanan, so...tak dapat nak lama-lama borak, kesian dia plak nanti.

Ambik peluang bergambar di photobooth. 
Habis kenduri balik ke rumah kakak di Felda Chemomoi, Pahang. Singgah di KFC Karak untuk beli makanan sedikit untuk dibawa ke rumah kakak. KFC Karak ni pun tempat IQ kerja dahulu masa cuti semester zaman belajar. Dulu Arwah Ummi IQ tinggal di Karak, jadi boleh dikatakan IQ dah familiar sangat dengan orang-orang dan kawasan sana. Jumpa boss lama di KFC tu, anaknya sebaya dengan Qaíd. Lepas order makanan, snap gambar dengan anak boss. Masih ada staff yang masih mengenali IQ dan semestinya staff berkenaan dah lama berkhidmat di situ, bayangkanlah IQ kerja di situ masa tahun 2012, dah 5 tahun lepas. Lama tuuu..


Qaíd & Ziyad. Qaíd muda tiga bulan tapi macam sama besar je. Ikut badan Arwah ayah dia sangat ni. XD

Esoknya IQ ajak kakak IQ pergi Temerloh, hajatnya nak jumpa seseorang. Nak jumpa bapa saudara boss lama IQ sebenarnya. Sama kerja masa bekerja dengan boss lama. Dah anggap macam ayah sendiri. Anaknya pun lebih kurang sebaya IQ. Bila dapat jumpa memang rasa seronok sangat sebab dah hampir setahun lebih tak berjumpa. Bapa saudara boss IQ tu IQ lebih suka memanggilnya Ayah Teh. Dapat berjumpa dengan Mak teh dan anak bongsunya juga. Alhamdulillah, mata berkedip sejak Jumaat lepas rupanya tanda nak jumpa orang yang dah lama tak berjumpa. =)

Berenam ke Temerloh. Driver terhormat mesti la IQ. XP
Gambar diambil oleh Ayah teh. Qaíd muka nak mintak lepaskan dia. XD

Lepas tu, IQ diajak kakak IQ untuk makan di Hogoh De Coco. Kakak IQ cakap tempat ni femes dan viral di media sosial. So, moh la kiter try betul ke media sosial tu cakap. IQ dan kakak IQ order Original iaitu Coconut Shake saiz besar, yang lain saiz sederhana sahaja. Budak-budak kecik tak boleh beli besar-besar, tak habis! IQ order juga ice cream dalam kelapa tu, yang tu je IQ ingat harganya iaitu RM5.00, then IQ order kuey teow sup dan kakak IQ order bihun sup. Sedap la jugak, IQ banyak suap dekat Qaíd je, sebab dia suka makan makanan yang berkuah jugak. Total semua RM40. mahal ke murah? entah la, macam mahal...tapi entoh la...huhu..


Ice Cream Hogoh De Coco. RM 5.00

Lepas tu kitaorang ke Star Mall, Mentakab. Tak ada apa sangat di sana, IQ just ushar baju untuk dipakai Qaíd untuk kenduri sepupu hujung minggu ni. Susah jugak nak cari baju budak warna coklat, last2 jumpa jugak, tu pun last piece. Malas nak cari dekat KL sebab tahu bila da balik kerja mesti penat dan malas nak keluar. *plus risau terbeli benda lain. HAHA! Setel Starmall, balik rumah singgah pasar malam. Makanan pasar malam jugak yang best!

Esoknya IQ da janji dengan kakak IQ yang IQ nak masak Chicken Buttermilk. IQ dah beli sebahagian bahan dari KL lagi. So, bangun pagi terus masuk dapur. Chicken Buttermilk ni IQ dah masak kali ketiga dan boleh dikatakan dah banyak improved dari yang pertama dan kedua. haha! kalau IQ rajin, IQ share resipi kemudian yer.=P


Chicken Buttermilk. Kali ni pedas sebab letak cili api. Tapi sedap! *puji diri sendiri. XD

Semalam balik ke KL jem teruk kan? IQ dari Pahang jem dari Tol Bentong sampai Tol Gombak. Memang teruk jemnya. Dah ler berdua jer dengan Qaíd. Nasib baik dia behave je, last2 nak sampai baru dia mengamuk sebab basah lencun. erkkk...perjalanan 2 jam jem even selalunya IQ ambik masa 45 minit je perjalanan dari Bentong ke KL. fuhhh...menggugat jiwa betul!

ok la. panjang cerita IQ kali ni. sebab IQ dah lama tak bercerita panjang. so...ini la hasilnya =P till then, bai!

You Might Also Like

16 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Ala ruginya tak dpat jumpa IQ n Qa'id. 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, xdapat nak jumpa, reen ada hal kan masa tu?

      Delete
    2. Aah. Reen ke kuantan mase IQ komen tu.

      Delete
    3. tak ada rezeki nak jumpa, next time turun kL habaq laa

      Delete
  2. rajinnya IQ berjalan. memang jem pun semalam, adat cuti 3 hari hwehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berjalan beriya pun tak juga, takat bersama family je la mampu dulu. =)

      Delete
  3. menduga btol klu long distant dgn anak kecil. tp salute kat IQ sbb ur strong gurl..

    chicken buttermilk akk tak pernah try lagi, ari tu baru test buat udang buttermilk, nak try jugak la buat chicken pulak..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. menduga jugak kak suzie kalau dia tak mengamuk xpe, klu mengamuk, sabar tu macam tipiiiisss je...hehe

      hehe, sama je kak, saya xbiasa buat udang, rasanya udang lagi senang

      Delete
  4. the best time is a weekend filled with fun activities :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, its true! especially with family right?

      Delete
  5. lama dah tak ke Pahang, teringin juga nak jenjalan ke sana bawa anak-anak nanti. Lagipun Pahang negeri kelahiran diaorang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, anak2 lahir di pahang yer? IQ pun tak tahu tempat menarik di pahang ni, jalan2 biasa jer dengan family

      Delete
  6. sedapnya hogoh! sempat rasa sekali je. padahal duduk takda la jauh sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. coconut shake dia sedap, kalau perisa lain macam so-so je...owh. duk pahang la yer? XD

      Delete
    2. yup mmg asal pahang. perisa lain tak pernah lagi rasa kat situ.

      Delete
    3. owhhh...org phang pior ni, IQ org pior ganu..hehe...anak saudara IQ ada beli perisa blueberry, rasa sangat pelik

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers