DIY Hantaran Tunang Untuk Adik Ipar

10:00:00 AM

-- --
Salam semua

Seperti yang IQ janjikan, IQ nak tunjuk hantaran tunang adik ipar IQ yang lepas secara detail (tak ada la berapa detail sangat). Entry tentang pertunangan adik ipar IQ tu boleh baca di sini. Masuk kali ni, dah entah berapa kali IQ menghias dulang hantaran. First masa tunang IQ, second masa kahwin IQ. 3rd masa kahwin adik IQ. So, masuk ni dah kali keempat la IQ menghias dulang hantaran. Nak kata pro tu tak ada, IQ just ambik konsep simple tapi elegent. Gituuu..

Dorang decide pertunangan diadakan selepas adik ipar IQ balik daripada Belgium. Dia pergi Belgium untuk training selama 3 minggu. Seminggu lepas balik dari sana dah nak bertunang, jadi agak kelam kabut jugak la. Mujur dah aware IQ yang akan setelkan hantaran adik ipar kali ni. Cuma barang-barang tak sampai awal dan tak prepare ape yang perlu sebenarnya.

Dua atau tiga hari lepas dia balik Malaysia, dia dan bakal tunang datang rumah hantar barang hantaran. IQ pun dah sediakan satu barang untuk hantaran iaitu telekung. Cuma barang-barang seperti bakul dan bunga sahaja belum ada. IQ cadangkan pakai reben masa kahwin IQ dulu, masih banyak lagi tak terguna. So, tema hantarannya jadi warna gold/cream macam tu. Jimat jugak sebab beli bakul dan bunga je. Bakul dorang beli dekat Daiso, RM5.90 je satu. Bunga plak IQ suggest beli dekat Kaison, satu ikat baru RM6.90. Beli 6 ikat untuk 5 dulang. 
DIY Dulang Hantaran Kahwin Tunang
Misi bermula! Bakul dan reben disiapkan.
IQ start menghias hantaran hari sabtu, sehari sebelum hari pertunangan. Even dah dapat barang awal 2-3 hari tapi IQ tak berkesempatan nak buat sebab kepenatan kerja. Kerja dengan ofis bukan melambak pun tapi penat dia kalah kerja duduk site. haha! Bila nak start menghias dulang hantaran, kena aware dari gangguan budak kecik Qa'id tu. Kalau ada dia, mana la nak siap dulang hantarannya. Solutionnya? Buat kerja dalam bilik, dan tutup pintu! Kesian budak tu kalau dengar dia ketuk2 pintu nak masuk, tapi tak boleh sebab ibu dia kena siapkan hantaran tu cepat. Dah tak ada masa lain dah...huhu

Setiap bakul yang digunakan IQ lilit dengan satu reben krim saiz sederhana. Dan juga dihiasi satu reben kecil yang digubah khas. Bentuk reben yang IQ gunakan bukan bentuk reben yang biasa kita ikat, untuk reben ni IQ gunakan satu teknik lain, tu sebab nampak lagi kemas dan cantik. Bentuk reben ni jugak tak mudah tercabut. Teknik IQ tahu dari IQ buat hantaran adik IQ lagi. Sangat cantik hasilnya. Boleh tengok tutorialnya di sini.

First, IQ mula gubah beg tangan dan kasut. Untuk hantaran ni, adik ipar IQ belikan rumput artificial untuk letak sebagai base dalam bakul yang digunakan. So, IQ susun kasut dan beg ikut sedap IQ, then siap! lilit beg dengan reben yang besar sikit saiznya dan letak jugak bentuk reben sebagai hiasan. Setiap dulang mesti ada satu ikat bunga, seekor rama2 dan juga lilitan rantai emas pelesu. 
DIY Dulang Hantaran Kahwin Tunang
Hantaran kasut + beg tangan, dan juga mandian. Hantaran mandian belum siap sepenuhnya masa ni. Background gambar kahwin IQ dan gambar Qa'id...haha!
Satu hantaran dah siap wrap dari kedai lagi, iaitu hantaran mandian. Cuma tukar warna reben je, sebab pada awalnya warna reben digunakan warna biru, dan pihak perempuan nak guna warna tu sebagai warna tema, so..tukar warna...tu sebab pakai mana yang sedia ada, tak membazir..heee

Second hantaran IQ siapkan dulang mandian dan minyak wangi dan juga sehelai tuala. Tuala tu mula2 IQ nak buat bentuk teddy bear. Kemain tengok youtube macam mana nak buat bentuk teddy bear. Bila dah siap jadi pelik! haha! sebelum tu nak buat angsa, sekali angsa tak ada kepak..kuikui...last2 gulung macam tu konon2 macam scroll je la. ok la, not bad la..haha!
DIY Dulang Hantaran Kahwin Tunang
Tuala bertukar warna, tukar warna krim bila adik ipar IQ yang lain sampai. 
Ketiga siapkan dulang kain pasang plak. Adehh, yang ni pun satu gak. Jenuh nak mikior nak buat bentuk apa, lipat macam ni tak kena, lipat macam tu tak kena. Last2 buat lipatan berempat ni je la. Untuk dua helai shawl IQ buat gulung2 jadi macam bunga ros tak berapa nak mekar. Tapi yang penting, tunang adik ipar IQ paling suka hantaran kain pasang ni sebab dia cakap cantik...kuikui..ada orang puji plak..
DIY Dulang Hantaran Kahwin Tunang
Hantaran kain pasang + shawl. ok la kan?
Untuk hantaran keempat, IQ nak tunggu sejadah dari Melaka sampai dulu. Tapi sementara tu penat jugak fikir nak buat bentuk apa untuk telekung ni. Bila sejadah dah sampai, haru biru jadinya. Setengah jam duk lipat lipat tak jadi. Last2 buat kelopak aje la...huhu....Sejadah dah gulung cantik, sekali ada orang usik, teruk kelaut...IQ malas nak betulkan sebab malam tu nak keluar plak dengan adik2 ipar IQ yang baru sampai dari Melaka tu...meronggeng kejap dekat Aeon AU2 cari barang mekap. heee..sempat la IQ grab bedak compact baru sebab bedak compact lama dah habis..
DIY Dulang Hantaran Kahwin Tunang
Hantaran telekung+ sejadah lupa nak ambik gambar. Dalam ni pun tak nampak semua. Bakul putih tu coklat. Telekung sebelah kanan tu, sekali dengan sejadah, tak berapa nampak sebab mengadap ke belah sana. Mandian badan pun siap diletak reben masa ni.
Hantaran buah IQ just buat lilitan pada bakul dan letak bentuk reben. Ikutkan IQ nak susun buah tu tapi tak sempat lak. So, IQ arahkan adik2 ipar IQ ni tolong susun buah cantik2 dalam bakul tu. Buah2 tu mak mertua IQ beli siap2 di Melaka. Dorang bawak dari Melaka buah2 tu semua. Bakul tu besar sangat! Bayangkan la sebiji tembikai pun ada dalam bakul buah tu. Haha! 
DIY Dulang Hantaran Kahwin Tunang
Seeeee...nampak tak bakul hantaran buah tuu? besar kan? bayangkan la si Qa'id pun muat duduk dalam bakul tu, serius besar. Memang bakul ni IQ suruh adik ipar IQ yang lelaki bongsu tu angkat, tak mampu IQ nak angkat. haha!
Hantaran last disediakan oleh Mak Lang iaitu kakak kepada ayah mertua IQ. Mak Lang sediakan satu bakul coklat. So, IQ kena hiaskan bakul tu di masjid tempat kami berkumpul. Sampai2 pun dah kelam kabut, cari plug nak panaskan pistol gam tu lagi. Nak cepat punya pasal, kena tegur sebab buat comot. tapi sempat betulkan balik.....just lilit macam bakul buah sebab bentuk dua bakul ni sama, ada pemegang, so lilit pemegang dengan reben dan letak dua bentuk reben di kiri dan kanan. 

Nak kata cantik sangat pun tak der la, cuma sekadar buat yang mana termampu sahaja. Pakai barang pun yang sedia ada sahaja. Sebab tu la tujuan DIY kan? buat sendiri lagi menjimatkan....gituuuuu..

Mesti korang terfikir kan? Selalunya masa tunang, orang hantar makanan atau manis-manisan. Bukan barang-barangan kan? Ini sebab masa kahwin nanti adik ipar IQ tak nak buat hantaran dah. Kiranya nak melenggang je masa kahwin nanti. Katanya. Ikutlah, pilihan masing-masing kan? sebab bukan orang lain nak kahwin, diaorang jugak kan? hehe. 

Ok la, till then. bai2!

You Might Also Like

12 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Cantik .. skrg kan simple tu yf lg nice

    ReplyDelete
  2. cantik jugak....i dulu org yg buatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki memang selalu orang buatkan je, ni pn IQ buat utk adik ipar IQ yang lelaki tu

      Delete
  3. buat sendiri lg senang erk, jimat pun jimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe kak, buat memang lagi senang. =)

      Delete
  4. klu sebagai hantaran Hsna prefer yang simple tapi still nampak kemas dan cantik juz like this..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? IQ dulu pun suke yg simple, xske yang serabut sana sini

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers