Superman Terbang ke Eropah

5:20:00 PM

-- --
Salam semua.

Dua hari lepas IQ dan keluarga mertua ke KLIA sebab nak hantar adik ipar IQ yang nak pergi ke Belgium. Ada training di sana 3 minggu. Jeles betul IQ sebab adik ipar IQ tu dapat tengok tempat orang. Bila la giliran IQ dapat tengok negara luar..huk2..

IQ mintak kebenaran dengan boss untuk balik awal sebab adik ipar IQ dikatakan pukul 8.00++ malam, risau dia check in awal, memang tak dapat nak tengok dia. So, mintak dengan boss, nak keluar awal, nasib baik boss bagi, tapi diberinya kerja untuk buat dekat rumah melambak. Tak aci jugak la, first time bawak kerja balik rumah, tak bagus sebenarnya! haha¬

adik ipar IQ yang lelaki berbaju kemeja kelabu, sama baya dengan IQ, InsyaAllah tahun ni tunang, tahun depan kahwin, tak sabar nak dapat kawan baruuu, haha! bakal tunang dia ada dalam gambar di atas, semestinya bukan budak perempuan berbaju biru itu...hahaha!
Alhamdulillah, semalam adik ipar baru touch down Belgium selepas transit di Doha selama beberapa jam. Dia kongsi tempat dia menginap di Whatsapp Group family semalam, nice sangat¬ seronok bila ada family dapat ke tempat orang ni, boleh dengar macam2 cerita di sana. Apa-apa hal pun, semoga selamat pergi dan balik, moga baik2 sahaja adik ipar di sana. Amiin..

Mudah2an IQ juga berpeluang untuk travel ke negara orang nanti, target tunggu si budak kecik tu besar sikit la, senang nak urus. Sekarang tengah lasak, mampu travel dalam negara aje ler...tak pun balik kampung...kuikuikui...

ok la, till then, bai!

si budak kecik ni sibuk nak berfesyen airport, heh¬ ibu dia sebenarnya dress up dia macam tu, bukan salah budak tu pun, heee.....

You Might Also Like

13 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Kadang-kadang kita sapat oengalaman melalui rezeki orang terlebih dulu...buat masa ni IQ tengok pic dulu...mana tahu..rezeki..IQ pulak pergi dan share gambar dengan orang lain... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, tula, selalu dengar dan baca daripada pengalaman orang lain, moga ada rezeki jejak negara orang lepas ni. Amiin.

      Delete
  2. Alaahaiiii comelnya budak kecik tu haha. Takpa IQ, nanti sampailah waktu kita pula untuk ke tempat orang. Syed pun teringin sangat nak ke luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, comel gedik2, kemain berlari2 dekat airport tu.

      kan? InsyaAllah tiba masa kita pula yang pergi InsyaAllah...

      Delete
  3. Jauh perjalanan bertambah pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu WP, jauh perjalanan, brtambah pengalaman, moga semua orang ada peluang untuk menambah pengalaman ini

      Delete
  4. hahaa..selalu mak2 ni yg over fesyenkan anak..tp anak ni nak selesa paki t-shirt dgn pants..lps tu mak2 frust sendiri, dah beli anak takmo pakai hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kemain beli macam2 fesyen, last2 xdipakainya, so...beli tshirt dgn pant je la banyak2, selesa pun selesa dia pakai/.hehe

      Delete
  5. Qaid pakai apa pun tetap stylo n encem.
    InshaAllah nti ade rezeki IQ ke luar negara.
    Maybe kita dua dpt tiket free .Eh. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kne gaya mmg nampak stylo, tak kne gya, nampak la selebet budak mcm mne...hehehe..

      haha! amiiinnn, seronok dengar tuu

      Delete
  6. InshaAllah IQ pun akan dpt terbang keluar negara satu hari nanti.. Just doa jer.. Kadang2 Rezeki ni dtg tanpa kita jangka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, mudah2an kan? betul tu, rezeki memang kita tak boleh nak jangka..=)

      Delete
  7. ensem si kecik yang bawah sekali tu =D

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers