Salam semua.
Lately IQ perasan boss IQ macam mood dah ok sket. Masa IQ baru-baru masuk, boss IQ mood ok. Tapi ada satu time, ada perselisihan faham sikit sampai boss IQ tak bertegur sapa dengan IQ selama sebulan! Untuk pengetahuan semua, boss IQ ni orang korea. 50% staff dalam pejabat IQ ni orang korea. So, sapa boleh bayangkan orang korea macam mana? yer! betul tu! eh ape dia yang betul?
Kawan satu pejabat IQ ni pernah cakap, orang korea ni sangat mementingkan sikap hormat menghormati antara mereka, maknanya kena betul2 hormat kepada mereka yang lebih berusia, kalau cakap lebih kurang memang tak boleh. Bagi mereka, kita ni dikira kurang diajar atau kurang sopan.
Boss IQ dingin dengan IQ sebab ada satu masa IQ buat lawak tak berapa nak lawak, so...lepas tu dia layan tak layan IQ sebab dikatakan IQ tidak hormat padanya. IQ anggap macam tu, sebab sebulan juga dia tak cakap direct dengan IQ, mesti melalui orang kanannya.
Sampai lah satu masa, boss IQ dah makin ok dengan IQ. Yang penting kena tunjuk prestasi bagus depan boss. Bukan membodek, at least tak ada perangai tu nampak teruk sangat sampai kerja pun teruk. Kan lately IQ datang lewat ke pejabat kan? Boss IQ tanya kot kenapa datang lambat, padahal IQ dah bagitahu orang kanannya yang IQ ada urusan emergency. huhu.. dan guess what? pagi tadi boleh plak boss IQ cakap, " You are early today, why?" haha! IQ baru nampak lewat dua tiga hari, terus dicopnya IQ suka datang lambat...sedih aii..padahal IQ tak der datang lewat melainkan ada hal...huhu..
Tapi bila dia tegur IQ pasal datang awal tu semua, nampak la boss IQ makin ok dah, kalau tak, pandang pun tak mahu..huhu~ Tengahari tadi pun dia rentap kerusi IQ, suruh pergi lunch...tapi IQ puasa ganti hari ni...so, tak lunch laa....tapi mengejutkan betul bila kena rentap kerusi macam tu, tak tahu nak respon apa, kang respon bebukan, lain plak jadinya...takut pisang berbuah dua kali...
tu je la nak cerita. Lain boss lain perangainya. Ni boss IQ yang ketiga dah. Boss mana paling best? boss masa kerja first kot, sebab sempoi habis, even masa tu kerja gaji tak tinggi, boss baik akan buat kita ingat sampai bila-bila! Tambah plak, boss pertama IQ tu la tolong IQ masa IQ perlukan duit masa Arwah Suami terlantar sakit. huhu..terima kasih boss..
itu lah cerita boss IQ...boss korang ok?
Ni boss dekat rumah, bab sepah serah pada dia, gambar semalam, otw pergi kenduri. |
18 Comments
hee lain org lain ragam bos dia kan sis.. Macam mana la bos anis nanti (if dah kerja) xD
ReplyDeleteflav masih belajar yer? nanti ada boss, tahu2 sendiri la nak baca perangai dia, boleh ambik pandangan staff yang lain juga tentang perangai boss ni, berguna juga kadang2... XD
DeleteYou wrote this: "Moga Arwah Ummi dan Arwah Suami tenang di sana. Al-Fatihah."
ReplyDeleteSaya mengaminkannya. Amin, Amin, Amin
ya..adam amin amin ya rabbal a'lamin
Deletealfatihah juga utk arwah ibu saya..
amin amin ya rabbal alamin...
Deleteterima kasih adam dan kak zie
IQ, saya dah foolow sini menjadi follower awak yang ke 887. terima ksih sebab singgah blog saya
ReplyDeleteterima kasih dorsett pink! =)
Deleteorang korea memang macam tu rupanya. patutlah bila tgk running man ada bahasa formal dan tak. lepas ni tak boleh lah nak berlawak dengan dia. kena suruh dia tgk running man kot IQ. hehe
ReplyDeleteaah, memang macam tu, dia xkan tgk rncangan macam tu, macam kte la kan...sllu kondem rncangan realiti sndiri..haha!
DeleteOhhhh macamtu pula orang Korea eh. Tapi macam best je IQ kerja dengan orang Korea ni. boleh la jumpa kerenah lain sikit dari orang melayu hehehe.
ReplyDeletejemput join segmen syed kalau berkelapangan :)
https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
mmg seronok tapi yela, nak baca camne cara dia tu bukan senang, kalau tak ada yang bagitahu, main hentam jer..
DeleteInsyaAllah IQ akan join jika IQ berkelapangan =)
Nanti pn saya di fb..
ReplyDeleteComelnya bos kecik
ReplyDeleteHehe...kecomelan terserlah gtu kaann
Deleteuish bos korea tu..bos kejap ok kejap tak ada la tu masalah dia..hehee..bos kecik tu lagi bnyk ragam..haha
ReplyDeletenak buat cemane, kalau dia marah pun dalam bahasa korea dia, bukan dia nak cakap dalam english sangat nadia, hehe, bos kecik tu serius memang banyak ragamnya, hehe
DeleteBos saya, depan cakap lain belakang ckp lain. Bos saya org malaysia.
ReplyDeleteKlu boss ckp lain dpan2 toi blkang2 ckp lain tu bahaya tu....nanti kelaut ape yg dickpknnya
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)