Salam hari isnin semua,
dah nak masuk waktu petang baru berkesempatan nak update blog. Pagi2 sibuk pergi JPJ renew lesen. Tahun ni kena renew sendiri la sebab Arwah dah tak ada kan? Kalau ada Arwah, memang la Arwah je yang rajin pergi tempat-tempat macam tu untuk renew segala jenis dokumen yang nak di'renew'kan...
Dah kena renew lesen tu opkos la tahu sebab apa kan? Sebab ulangtahun dah sampai! Alhamdulillah, IQ dah mencecah umur 28 tahun pada tahun ni, uhuk uhuk, nampak macam sedikit tua di situ...huhu...kalau dah sampai befday IQ ni, mesti Arwah Suami IQ cakap, "sayang, kita dah sama umur" Mentang-mentang beza umur 6 bulan je, bulan 10 bila tiba befday dia, baru la dia cakap umur kami dah berbeza. Tiap2 tahun sebut benda sama, saya rindu kata-kata tu bang...
Hari Jumaat lepas, 31 March tu ulangtahun perkahwinan Abah IQ dan Arwah Ummi IQ. Hari tu macam biasa rutin harian IQ pergi kerja, dan bila tiba waktu tengahari, kelaparan masing-masing. Tiba-tiba adik ipar (suami kepada adik perempuan IQ) call IQ cakap dia berada di kawasan pejabat IQ. Pelik juga, katanya delivery tudung....wahh, dah advance siap buat delivery tudung lagi tau sekarang...
Tengah2 order makanan tengahari bungkus, tetiba muncul la adik ipar belakang IQ sambil pegang belon terbang dan beg kertas. Dia kata ni untuk orang yang befdaynya esok (1hb April). Haha! IQ gelak aje laaa, terkejut satu hal, kata datang area ofis buat delivery tudung, rupanya delivery surprise pulak, dah boleh buat bisnes baru kau dik oii...
Dah jadi satu hal plak nak bawak belon balik ofis, malu IQ dibuatnya, tak pasal semua orang sekeliling tahu befday IQ...tapi dorang fikir befday IQ 31 March, padahal 1 April..haha!
Ambik la gambar beberapa keping, adik ipar kena marah dengan bini dia sebab hantar surprise tak ambik gambar, so terpaksa ambik gambar dalam ofis aje |
Ucapan. Sweet tak adik IQ? hehe, Adik IQ ni tokey tudung Hello Kitty tau! Boleh follow Qratu Scarves di Instagram |
Hadiah bermakna buat IQ. Kartun ni kartun yang IQ dan Arwah Suami guna masa zaman bercinta kami. Adik IQ abadikannya di atas sehelai shawl satin. Suke sangat!! terus nangis masa tengok shawl ni..huuuu..terima kasih ateh.. |
Malam befday kononnya. Beli la sepotong kek. Ni je la kek yang IQ rasa sepanjang befday IQ ni. Tak ada orang nak belanja IQ kek. huhu. Sedih betul. Kalau Arwah ada, IQ mintak 10 slice pun dia tunaikan...hurmm.. |
Qa'id di samping kubur Arwah Ayahnya. tak terbuat lagi batu nisan dan kubur Arwah...tunggu masa sesuai... |
Tiap2 tahun sebelum ni, Arwah memang tak miss bagi hadiah pada IQ sejak IQ kenal dia, sometimes memang sengaja dia tanya sebelum befday tu IQ ni suka barang apa.....tup2 nanti ada la barang tu muncul depan mata masa befday IQ. Anyway, thats why IQ rasa macam Arwah cuba untuk tunaikan segala apa yang IQ sebelum dia pergi jauh...sampai hadiah last tahun lepas pun IQ sampai tak tahu teringin nak barang apa dah...kang cakap tak payah beli pape, dipaksa cakap jugak..tu la dia...Arwah Suami yang tercinta....last hadiah yang dia bagi, handphone Samsung A5 yang IQ guna sekarang...hari tu handphone tu rosak masa ulangtahun perkahwinan IQ yang lepas, nak nangis IQ dibuatnya...motherboard rosak, mujur masih under guaranty. Selamat la sikit duit. Kenapa motherboard rosak? tu haa, si kecik tu la, kalau pegang tak jatuh tak sah..kadang2 sengaja dijatuhkan...dah rosak plak motherboardnya...
Malam hari ulangtahun, IQ ajak adik2 ipar IQ tengok wayang. Nak harap orang belanja tak ada, so...belanja orang je la kan? so, bawak sekali budak kecik tu. First time bawak dia tengok wayang ni. Langsung tak tidur! Dan sangat seronok tengok cerita tu. Movie apa? The Boss Baby. Haaa..IQ bagi rating 8/10. Best la ceritanya tapi pada IQ, jalan cerita dah macam boleh baca dari awal...nak tahu apa yang best tentang movie ni? Pergi beratur, beli tiket dan tengok movie ni, best bawak anak-anak kecil sebab cerita ni cerita kartun baby yang tersangat la comel..haha!
tengok dekat GSC Datarang Pahlawan, Melaka. |
Beli kerusi untuk Qa'id sekali tapi tak nak duduk sendiri, nak duduk atas riba. Masa ni eksyen je, dah habis nak keluar pawagam, ambik gambar dekat seat lain. |
Pakai tudung hadiah befday yang adik IQ bagi. suka sangat shawl ni, panjang dan mudah dipakai. |
Fast furious 8 dah nak keluar. feveret cerita IQ dan Arwah jugak ni. Dua tahun lepas, IQ tengok wayang dengan Arwah tengok Fast Furious 7 pun tepat tarikh 1 April 2015. Tahun ni FF8 ditayangkan 11 April, lewat sikit...kalau tak mesti dah sama. heee...tapi tak dapat la nak tengok sebab tak boleh nak bawak Qa'id... 18PG rasanya...so...tak boleh...
Ok la, tu je nak cerita. till then, bye~
26 Comments
Sanah helwah sis. Semoga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yg baik. Amin.
ReplyDeleteterima kasih ana, Amiin, terima kasih atas doanya. =)
DeleteHappy Belated Birthday IQ, kita sama-sama April Person... Semoga bahagia selalu dan sihat sentiasa...
ReplyDeleteTerima kasih bro azlan. yeay! april person! terima kasih atas doanya =)
DeleteSelamat hari jadi, semoga IQ selalu bahagia, murah rezeki dan sihat.
ReplyDeleteSebak baca entry ni, bab yg lawat kubur arwah... tak terbayang kekuatan IQ menempuh kehidupan tanpa org tersayang. Semoga sentiasa tabah.
terima kasih mrs pip. Kekuatan tu datang bila pandang anak kecil yang sedang membesar, di situ la kekuatan IQ. Terima kasih mrs pip =)
DeleteHappy belated birthday kak... May Allah bless you always and forever... :D
ReplyDeleteterima kasih dik. Amiin ya rabb =)
DeleteHappy belated birthday IQ. Moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Moga terus diberi kecekalan dan kekuatan hati. Kita sama April babies hehe.
ReplyDeleteterima kasih nadia! lewat nau wish...haha! wish paling ditunggu2 ni..haha~terima kasih banyak2...yeay! april babies jugak!!
DeleteHappy birthday iq.. U share the same birth date with my dad. Hehehe
ReplyDeleteterima kasih! yeke? wahh, ucapkan happy belated birthday utk ur dad yer! =)
DeleteSaya doakan awak sentiasa sihat, sentiasa bahagia, dan sentiasa diberkati oleh Yang Maha Esa
ReplyDeleteAmiin, terima kasih banyak2
DeleteSanah helwah Achik.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.
terima kasih warisan petani. Amiin
DeleteSelamat Hari Lahir IQ. Semoga diberi kerahmatan dunia akhirat ye. Semoga arwah juga tenang di sana InsyaAllah
ReplyDeleteterima kasih afzalsukasuki! amiin, mudah2an..
DeleteHAPPY BELATED BEZDAY dik..
ReplyDeletesemoga dimurahkan rezki, somga kuat & cekal membesarkan qa'id..sebak rasanya baca IQ ziarah kubur arwah, klu sy ditmpat IQ belum tentu kuat mcm IQ..
terima kasih zie azi!! Amiin...kekuatan tu datang dari anak, anak je la penguatnye
DeleteHappy belated Birthday IQ :D
ReplyDeleteterima kasih =)
Deletebaru baca entri ni. walaupun dah wish kat IG nak wish jugak happy birthday IQ. keep strong n keep smiling.
ReplyDeletecantik la shawl IQ tu. adik IQ memang wat customade shawl ke?
tenkiu reen!!
Deleteaah, customade pun boleh, boleh ushar ig dia, Qratu Scarves =)
Happy belated birthday IQ. Saya pula yang sebak baca entry ni :(
ReplyDeletethanks syed~jangan la sedih2, IQ ok je...heeee
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)